Wednesday, March 28, 2012

Kekuasan Maha Pencipta


"Tadi Sofwan dengar kat youtube, singa tu cakap 'Allah' ".  Kata anakku yang ke empat dalam perjalanan menghantarnya ke sekolah.

"Ye ke? Singa dah boleh bercakap?" 

"Kawan sofwan kata ada satu video tu malaikat ke, nabi ke keluar dari matahari"

"Mana ada... ishh.. tak yah tengok la benda-benda2 cam ni!"

Haaah... ummi is doing it again! Kekadang bila dengar anak-anak bercerita dengan penuh rasa takjub tentang sesuatu yang pada pendengaran mula menyalahi aqidah, ayat pertama yang akan hadir dalam kepala ini hanyalah arahan supaya mereka tidak tengok perkara-perkara macam ni.

Tersedar kesalahan diri, ayat lain menyusul.

"Tu semua hanya untuk menunjukkan kekuasaan Allah.  Kalau Allah nak singa keluar dari matahari pun boleh"

"Boleh ke?"

"Kenapa pula tak boleh? Kalau Allah izinkan semua boleh jadi. Tengok hari ni, kalau Allah tak izinkan hujan, tak hujan kat tempat kita ni, hujan kat tempat lain.  Tengok pokok tu, tu makhluk Allah juga, tapi dia taat kepada perintah Allah, Allah suruh dia duduk diam-diam kat situ, jangan jalan kemana-mana. Allah suruh dia dok diam-diam kat situ buat kerja dia, bagikan kita oksigen dan teduhkan kita dari panas matahari. Kalau Allah izinkan boleh je pokok tu berjalan sana sini"

"Sama juga kita ni, hari ni kita dapat bangun dan hidup lagi ni pun dengan izin Allah juga. Kalau Allah tak izinkan tak dapat kita nak ke sekolah hari ni. Boleh ke kita hidup kalau roh kita dah keluar dari jasad kita ni?" 

"Roh kita keluar ke ummi? Kalau dia tak masuk balik?"

"Kalau tak masuk balik, tak boleh bergerak la kita, matilah namanya tu!Apa pun semua tu hanya nak menunjukkan yang Allah tu Maha Berkuasa dan setiap yang berlaku tu atas keizinan Allah jua"

The story goes on... biasalah budak-budak, macam-macam soalan ada!

Moral of the story: Gunakanlah setiap peluang yang ada untuk kita menanam aqidah Islam kepada anak-anak kita. Disetiap ciptaan Allah itu ada bukti kekuasaanNYA. 

Tuesday, March 27, 2012

Antara dua kerehatan


Sambil buat kerja sambil dengar ceramah ustaz Shamsuri online.  Ustaz membawa hadith ini yang rasanya tak pernah dengar sebelum ini.


Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah saw. Lalu Baginda was bersabda, "Kerehatan atau direhatkan daripadanya. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda saw: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! (HR Bukhari & Muslim)


Semoga kita menjadi hambanya yang direhatkan oleh Allah saat kematian mengunjungi kita dan bukan hamba yang direhatkan makhluk Allah yang lain daripada kejahatan kita.

Friday, March 23, 2012

Selagi kita masih punya segala


Selagi kaki masih boleh melangkah
Langkahlah kearah cahaya Allah
Selagi tangan masih boleh diangkat
Angkatlah untuk memohon keampunan Allah
Selagi mata masih boleh menangis
Tangisilah dosa-dosa silam
Selagi hati masih basah
Basahilah jiwamu dengan ayat-ayat Allah
Selagi lidah masih berfungsi
Tuturkanlah zikir-zikir memuji Allah
Selagi kita masih sempurna
Selagi kita masih bernyawa
Selagi kita masih punya masa
Jangan ditangguh untuk taubat nasuha
Jangan diketepikan amal ibadah
Jangan dicari masa lain untuk melaksanakan tuntutan agama
Apa ditunggu masa lapang
Ia mungkin bukan milik kita
Apa diharap masa kaya
Kita mungkin makin alpa
Apa dinanti masa tua
Ia mungkin tidak kita lalui jua

Kita semakin tidak punya masa
Titik kematian semakin menghampiri jua
Setiap detik yang telah melewati kita
Mendekatkan ia ketitik pengakhiran kita
Tahukah kita masanya bila?
Tibanya tidak bertanda
Mungkin bertahun lagi lamanya
Mungkin esok mungkin lusa
Mungkin tiba-tiba sahaja

Cukupkah sudah bekalan kita?
Untuk dihadapkan pada yang Esa
Sebagai bukti kita khalifahNya
Yang telah berjaya mengisi masa
Diperuntukkan untuk kita didunia

Ya Allah Ya Rabbi Ya Baqi
Andai amalanku tidak melayakkan diri
Untuk menempatkan diri disyurgaMu yang hakiki
Ku mohon rahmatMu Ilahi
Ku mohon ampunanMu Ya Rabbi
Ku mohon belas kasihMu Al Rafi'
Untuk menempatkan hambaMu yang hina ini
Ditaman yang abadi
Tempat tinggal hamba-hambaMu yang Kau kasihi


Thursday, March 22, 2012

Muda Remaja


Semua kita yang telah berumur ini pasti telah melalui zaman remaja. Perkembangan kita dijadikan Allah berperingkat-peringkat, tanpa ada satu peringkat yang tidak kita lalui.  Dari seketul darah menjadi bayi, dari bayi menjadi kanak-kanak, dari kanak-kanak menjadi remaja, dari remaja menjadi dewasa, dari dewasa menjadi tua... 

Diusia remaja, perasaan kita sama sahaja, mencari identiti diri, tercari-cari cinta untuk menyintai dan dicintai.  Cinta monyet kata orang (kenapa monyet ya, tidak ayam ke, kucing ke, harimau ke?). 

Teringat saya di usia muda remaja, bukan tidak ada spesis yang berlainan jenis yang kita sukai, yang berlainan jenis juga bukan tidak ada yang menyukai kita.  Tapi setiap huluran salam tidak berani nak disambut kerana memikirkan yang pastinya kena kejar dengan parang dengan ayah nanti! Sampai satu masa huluran salam disambut jua, tapi ianya menjadi rahsia yang teramat rahsia dari pengetahuan ayah.  Kalau boleh nak dimasukkan kedalam peti besi  yang kedap segala-galanya agar tidak bocor! Rasa tertekan dengan keluarga? Adalah juga rasanya, tapi tidak pernah dan tidak mungkin ada terfikir walau sekalipun untuk melarikan diri ke, keluar dari kampung ke, merajuk ke rumah kawan-kawan ke (perempuan laa.. lelaki.. memanglah tak terlintas pun!Rasa malu amat menebal..). Kenapa begitu ya?  Kenapa dalam setiap tindakan ketika itu dalam soal perhubungan lelaki dan perempuan ini wajah ayah pasti muncul?  Kenapa kini anak-anak remaja perempuan senang-senang saja menyakiti hati ibu dan ayah?  Lari dari rumah kerumah teman lelaki atas alasan tekanan perasaan!  Cetek benarkah pemikiran remaja sekarang atau tidak ada lagi "father figure" dalam keluarga?

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat." (Al- Baqarah, 2; 138)

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."(Al- Baqarah, 2: 208)

Tuesday, March 20, 2012

Demo..demo...


Dua Demo dalam 3 hari! Puas berdemo minggu lepas :-)

"Buat apa demo? Buat penat saja.. jalan jauh-jauh bukan ada kesan pun!" Luah seseorang...

Buat apa berdemo ya?  Demo jalanan katanya.. dibenarkan ke demo dalam islam ni? Kalau nak cerita panjang sangat.  Silalah ke laman-laman berikut 




Sedikit sedutan:
Sebagaian orang mungkin berkomentar 'apakah manfaatnya'? Mereka seharusnya menyadari bahwa melakukan aksi/demontrasi tidak terlarang kemudian jika seseorang tidak menyukainya, dimana mereka hanya berdiam diri saja maka seharusnya dia tidak mencela orang-orang yang melakukannya. Orang-orang itu hanya menginginkan untuk menutupi ketakutan mereka, mereka tidak pernah menyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran (amar ma'ruf nahi munkar) sama sekali. Mereka dalam ketakutan dan berfikir bahwa jika dia muncul dan melakukan aksi/demonstrasi mendukung Islam, maka kemudian dia akan disebut sebagai teroris.


Syekh Abu Muhammad Al Maqdisi, seorang ulama tauhid dan jihad, pengarang kitab Millah Ibrahim berpendapat bahwa aksi/demonstrasi itu dibolehkan dan terpuji bagi orang-orang yang melakukannya.


Syekh Salaman Al Audah pernah berkata tentang demonstrasi :


"Kami tidak menemukan kesalahanpun padanya, itu adalah salah satu bentuk mencegah kemunkaran... dan menunjukkan dukungan kepada Muslim."


Sepanjang aksi/demonstrasi tersebut bebas dari semua yang haram, karena hukum asalnya dibolehkan, bahkan telah dilakukan oleh Nabi Muhamamad SAW., dan para Shahabat di Mekkah.


Syekh Ali Al-Khudri juga berkata :


"Demonstrasi adalah datang secara berkelompok yang terorganisir untuk sebuah tujuan khusus; hukum asalnya adalah boleh. Muslim dengan Muslim lainnya adalah ibarat sebuah bangunan, mereka mendukung satu sama lain, itu adalah sebuah bentuk jihad, untuk menyeru kepada jihad, menyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran. Perkumpulan itu adalah sebuah demonstrasi dan itu adalah Sunnah dari Anbiyaa."

Monday, March 19, 2012

Timbang...timbangan...


sumber

"Hmmm.... naik lagi berat.., bila la nak turun ni!!" Konon-kononnya terkejut la.. Walhal, makan kenyang, tidur lena, mandi basah.. :-P


Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan dalam hidup di dunia yang sementara ini. Sehingga segar bugar diri kita, tenang senang keliling kita, aman damai kehidupan kita. Asyik saja kita timbang berapa berat badan kita. 

Nak naik kapalterbang, tak boleh terlebih muatan.  Tapi bagaimana timbangan kita diakhirat nanti?  Berat ke, ringan ke, terlebih muatan ke?

Jangan setiap kali kita timbang berat badan kita penimbang tu kata "anda gemuk", tapi diakhirat nanti timbangan amal kita berat lagi sayap nyamuk!

"Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya."(Al-A'raaf,7:8)

"Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya)."Al-A'raaf,7:9)

Friday, March 16, 2012

TRAGEDI DIRANG : DI MANAKAH PERIKEMANUSIAAN?


15 Mac 2012

KENYATAAN MEDIA : PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

IKRAM merakamkan perasaan sedih dan dukacita yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurul Nadirah (Dirang) Abdullah yang disyaki dibunuh dengan kejam selepas dilaporkan hilang seminggu yang lepas . Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan keluarga Allahyarham yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Dirang. Sesungguhnya, nama Dirang akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.

IKRAM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis yang menimpa Dirang kini menjadi satu lagi peristiwa hitam yang merakamkan keganasan dan kekejaman terhadap kanak-kanak di tanahair tercinta ini. Tragedi ini
mengingatkan kita semua mangsa kanak-kanak yang lain seperti Allahyarham adik Nurin Jazlin Jazimin, Nurul Huda Abdul Ghani, Haserawati Saridi dan Shearwey Ooi Ying Ying. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa
yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.

Dalam konteks saranan mengasihi kanak-kanak , Islam telah menggariskan contoh teladan melalui perilaku Rasulullah SAW yang digambarkan dalam mafhum hadith berikut :

Dari Abu Hurairah : Nabi SAW mencium Al-Hassan bin Ali dan di sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata : Aku punya 10 orang anak, tidak seorang pun dari mereka pernah kucium. Maka Rasulullah SAW pun melihat kepada Al-Aqro’ lalu baginda bersabda :
`Barangsiapa yang tidak merahmati atau menyayangi maka ia tidak akan dirahmati.
( HR Bukhari dan Muslim)

Nelson Mandela juga pernah mengatakan :

There can be no keener revelation of a society's soul than the way in
which it treats its children.”

Tiada petunjuk lebih tepat yang mampu menggambarkan roh atau intipati jiwa sesuatu masyarakat, selain daripada cara bagaimana ahli masyarakat tersebut melayan dan meladeni kanak-kanak.

Sesungguhnya, kejadian yang menimpa Dirang dan ramai lagi kanak-kanak mangsa kekejaman menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam masyarakat kita hari ini.

IKRAM menegaskan, fenomena peningkatan keganasan dan kekejaman di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan manusia. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu dan masyarakat.

IKRAM mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang harus diambil perhatian serius:

1. Meminta semua pihak memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah kepercayaan agama dan spiritualiti ini berakar umbi dalam jiwa khususnya generasi muda yang dibimbangi semakin longgar pegangan agama, nilai dan moral kemanusiaan.

2. Mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di dalam dan luar rumah, di samping mendidik anak-anak tentang kepentingan keselamatan diri mereka sendiri.

3. Menyarankan agar kesemua ibu bapa dan golongan dewasa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari
ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang nilai murni, akhlak, integriti, amanah dan keseimbangan.

4. Mengajak semua ahli masyarakat untuk mengambil berat dan mengutamakan kesejahteraan anak-anak dari segenap aspek – fizikal, mental, emosi, spiritual dan sosial. Semoga sikap keprihatinan tinggi yang ditunjukkanoleh Encik YP Chong yang dilaporkan bertindak pantas menyelamatkan Wan Hazim Wan Khadhir, kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari ditemui di rumahnya baru-baru ini, menjadi contoh teladan dan motivasi untuk kita semua.

5. Merayu pihak berwajib memberikan fokus serius dalam usaha menanamkan nilai murni berpaksikan moral, agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi.

6. Menuntut agar segala unsur-unsur perosak jati diri generasi muda seperti ketagihan dadah, pil khayal, alkohol, seks bebas dibendung dengan tegas, berkesan dan berhemah.

Sesungguhnya kesejahteraan dan keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama dan amanah buat semua golongan dewasa dalam masyarakat.

PASTIKAN KEMATIAN NURUL NADIRAH TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AGAMA DAN SPIRITUALITI YANG MANTAP DAN KUKUH.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Pengerusi JK Pembangunan Sosial IKRAM
012-3243134


Thursday, March 15, 2012

Cukupkah alasan kita?


"Ehh..jangan buang plastik tu kat luar", kataku pada anakku yang berumur 4 tahun ketika dia dengan senangnya menekan butang tingkap kereta untuk membuang satu plastik pembalut straw. 

"Kenapa tak boleh buang?".

 Memang inilah soalan yang popular dimulutnya sekarang ini.  Semuanya penuh pertanyaan "kenapa?"  Tak terjawab kekadang "kenapa" nya itu.  Selalunya, lagi dijawab lagi banyak soalan "kenapa" yang keluar. Jawapan menghasilkan  soalan! Sehingga tak ada jawapan kepada "kenapa"nya tu! 

Setiap apa yang kita buat ada alasannya ataupun tujuannya kita lakukan sesuatu. Kenapa Allah  jadikan bulan dan bintang? Kenapa Allah jadikan kita manusia sesempurna ini? Secantik-cantik penciptaan. Semulia-mulia makhluk.  Kenapa Allah jadikan kita didunia ini? 

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-An'aam,6 : 165)

"Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan." (Yunus,10 : 14)

Inilah tugas hakiki kita didunia ini sebenarnya. Telah tertunaikah tugasana kita ini? Apa  pula alasan kita nanti kepada Allah?  Cukupkah alasan kita itu untuk melepasi titian sirat? Cukupkah alasan kita itu untuk membolehkan kita sekurang-kurangnya mencium bau syurga?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (At-Taubah,9 : 111)

Benar-benar yakinkah Aku akan janji-janji Allah ini.  Ampunkan aku, hambaMu yang lemah dan hina ini....

Monday, March 12, 2012

Kejadian Alam

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."     (Al-Baqarah 2:164)

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran 
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan 
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;"   (A-li'Imraan 3:190)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa 
yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadianyang 
menakjubkan,  yang membuktikan keesaan 
Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, 
segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), 
dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah 
dan memberi amaran),  tidak akan memberi faedah kepada 
orang-orang yang tidak menaruh  kepercayaan kepadanya."   (Yunus 10:101)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (Ar-Rahmaan 55:13) 

Sunday, March 11, 2012

A Dead Duck & a Fat Bill


      A woman brought a very limp duck to a veterinary surgeon.
 
      As she laid her pet on the table, the vet pulled out his stethoscope and listened to the bird's chest.

      After a moment or two, the vet shook his head sadly and said, "I'm sorry, your duck, Cuddles, has passed away."
 
      The distressed woman wailed, "Are you sure?"
 
      "Yes, I am sure. The duck is dead," replied the vet..

      "How can you be so sure?" she protested. "I mean you haven't done
      any testing on him or anything. He might just be in a coma or something.
 
      The vet rolled his eyes, turned around and left the room. He returned a few minutes later with a black Labrador Retriever.

      As the duck's owner looked on in amazement, the dog stood on his hind legs, put his front paws on the examination table and sniffed the duck from top to bottom.
 
      He then looked up at the vet with sad eyes and shook his head.

      The vet patted the dog on the head and took it out of the room..

      A few minutes later he returned with a cat.
 
      The cat jumped on the table and also delicately sniffed the bird from head to foot. The cat sat back on its haunches, shook its head, meowed softly and strolled out of the room.

      The vet looked at the woman and said, "I'm sorry, but as I said, this is most definitely, 100% certifiably, a dead duck"

      The vet turned to his computer terminal, hit a few keys and produced a bill, which he handed to the woman.

      The duck's owner, still in shock, took the bill. "$150!" she cried.
"$150 just to tell me my duck is dead!"

      The vet shrugged, "I'm sorry. If you had just taken my word for it, the bill would have been $20, but with the Lab-Report and the Cat-Scan, it's now $150
.

Thursday, March 8, 2012

Si ibu dan facebook :-(


Anak : "Ibu.. adik lapar"
Ibu  : "Ibu sibuk la adik...nak duit dan kertas ni, bawa gi kedai pakcik kat bawah tu bagikan kertas ni kat dia ya.."

Pergilah sianak yang kelaparan tanpa siibu sedar mungkin itulah kali terakhir pertemuan mereka.  Si ibu terus leka dengan facebook sehingga tidak sedar sianak belum pulang sejak keluar tadi!

Apakah niat sebenar si ibu apabila menyuruh si anak kecil 5 tahun pergi ke kedai?  Mungkin  niatnya "to get rid" anaknya yang padanya mengganggu kosentrasi dia melayari facebook. Dan  niat itu telah di makbulkan oleh Allah..  

Hati-hati wahai si ibu, apa yang kau ucapkan, apa yang kau fikirkan, apa yang kau niatkan, apa yang terlintas dihatimu, adalah doa-doa yang akan dimakbulkan oleh Allah.  Antara doa-doa yang dimakbulkan Allah adalah doa siibukan! Cuma masa yang belum pasti. Wahai ibu, apalah sangat facebook itu dibandingkan dengan "face" anakmu. Apakah berat sangat  permintaan anakmu, berbanding permintaan nafsumu? Susah sangatkah untuk menghilangkan kelaparan anak kecil yang berumur lima tahun hinggakan dia sendiri perlu keluar untuk mendapatkan makanannya? 

Hatiku disiat-siat berdarah..

Ya Allah selamatkan Nur Nadirah Abdullah, jauhi dia dari kesedihan, kelaparan, ketakutan, kesakitan oleh manusia durjana. Kembalikan dia kepada keluarganya. Jangan diseksa anak kecil ini hanya kerana kealpaan ibubapanya. Ya Allah semoga calon ahli syurga ini berada dibawah lindunganMu, dibawah rahmatMu dan dibawah kasih sayangMu. Lindungilah Nadirah, selamatkanlah Nadirah Ya Allah, Ya Rabbal Alamin. Tidak akan terjadi sesuatu tanpa keizinanMu dan akan terhalang sesuatu dengan keizinanMu.

Wednesday, March 7, 2012

Wangian Syurga


Di cedok isinya dari Solusi isu No 40


Sesuatu yang wangi pasti menarik perhatian dan mengundangkan rasa senang.  Sesuatu yang busuk pastilah berlawan dari itu. 


Apakah wangian yang paling semerbak harum?


Wangian syurga. Ianya dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh. Orang-orang yang ditetapkan sebagai ahlinya dapat mencium bau wangi syurga sebelum mereka masuk ke dalamnya lagi.


Jika begitu jauh wangian syurga dapat dihidu, siapakah yang diharamkan wangian syurga?


Hanya mereka yang benar-benar rugi sahaja yang diharamkan daripadanya! 


Siapa mereka?


Mereka ialah orang yang sangat hina dan rendah darjatnya disisi Allah swt disebabkan dosa yang mereka lakukan.  Maka mereka menjadi lebih hina daripada haiwan.  


Menurut hadith Rasulullah saw, ada 3 golongn yang diharamkan wangian syruga


1) Wanita-wanita yang telah dicabut rasa malu dari hati mereka sehingga rela mendedahkan aurat dihadapan awam
Rasulullah saw menyebut sifat-sifat ahli neraka dalam sabdanya yang bermaksud
"Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan lenggang-lenggok, kepala mereka seperti bongol unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium wangiannya.  Padahal wangian syurga boleh dihidu daripada perjalanan sejauh begini dan begini (sangat jauh)" HR:Muslim

2)Pengkhianat yang tidak menghormati perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan para bukan Islam di dalam sebua negeri
Daripa Abu Bakr, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membunuh ahli zimmi bukan pada masanya, maka ia tidak akan dapat menghidu wangian syurga.  Padahal wangian itu dapat dihidu dari jarak 70 tahun perjalanan" HR: An-Nasai dan Abu Daud

3)Penuntut ilmu agama yang tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, malah menggunakannya untuk meraih kemasyuran dan harta dunia
Daripada Abu Hurairah, Nabi saw bersabda yang bermaksud "Sesiapa yagn menuntut ilmu yang diharapkan redha Allah padanya, namun ia mempelajarinya untuk mendapatkan keuntungan dunia, maka ia tidak akan dapat menghidu bau wangian syurga" HR : Abu Daud


Berkata Al-Hafiz Ibnal Qayyim dalam Hadi al-Arwah "Sungguh Allah telah memperlihatkan kepada hambaNya kesan-kesan dan contoh-contoh kenikmatan syurga dimuka bumi ini, seperti wangian harum, kelazatan yang menyelerakan, pemandangan yang indah, kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaan hati."

Jika ini telah dapat kita nikmati di dunia ini, apakah lagi yang menghalang kita untuk terus kekal abadi memilikinya? Apakah lagi halangan untuk kita mengubah sempadan iman? Tidak cukupkah janji-janji Allah meyakinkan kita?  Janji siapakah lagi yang benar dan pasti ditunaikan selain janji Allah, Pencipta diri dan empunya syurga itu.

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?"  An-Nisa',4:122

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." Luqman,31:33

Saturday, March 3, 2012

Entah apa-apa

Tetiba saja rasa nak buat kek la, nak buat roti la, nak buat pizza la... Macam-macam lak nak buat! Pagi tadi dengan senang hatinya (dengan senang hati.. :-)  Sejak sibuk ngan study ni malas saja nak buat itu ini...) buatkan donut for breakfast.  Lama dah tak buat, alhamdulillah salut chocolate kat atas, langsailah.  Nak buat roti la dulu... lepas tu nak try cinnamon rolls yang pernah buat sekali yang tak berapa nak jadi.  Kita 'study' dapur lah minggu ni... :-D 

Azan Asar telah berkumandang... 

Thursday, March 1, 2012

Tiada lagi peluang kedua!


Pernahkah kita berada di dalam situasi begini:
"Kenapa aku tak buat macam ni semalam?" setelah selesai satu tugasan yang diminta.
"Ish... kenapa cakap macam tu kat dia?" setelah selesai mengucapkan sesuatu pada seseorang.
"Awat la bodoh sangat aku ni! Pi kata, pi banding, pi buat macam tu kenapa?"
"Kenapalah aku ikut dia semalam? Kalau tak tak jadi macam ni!"

Kata-kata penyesalan setelah selesai sesuatu  perkara itu!  Kita harap kita boleh buat lebih baik dan lebih cantik dari apa yang telah kita buat semasa kejadian. Rasa sesal yang hadir  kerana kita tahu kita sebenarnya boleh buat yang lebih baik. Tapi perkara telah berlaku apa yang dapat kita buat?  Jika ada lagi peluang kita harap kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.  

Jika ada peluang!

Jika telah tidak ada peluang bagaimana pula?  Saat ketika betapa sesal pun kita tidak  mungkin kita dapat mengulanginya dan mengundurkannya kerana masa itu telah berlalu dan tak mungkin ada peluang kedua.  Peluang pertama yang diberikan kepada kita dengan segala macam "guidance" dan peringatan tidak kita ambil peduli dan pergunakan untuk melaksanakan sesuatu dengan sebaik mungkin. Jangan kita termasuk ke dalam golongan  yang disebut di dalam ayat-ayat dibawah. Ini yang benar dimaksudkan "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"

"Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah dia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya) dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu. (Yunus:10-54)

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar  sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!" (Az-Zumar:39-56)

"Atau berkata semasa dia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya  menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!(Az-Zumar:39-58)
"Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia? (Asy-Syura:42-44)