Thursday, March 8, 2012

Si ibu dan facebook :-(


Anak : "Ibu.. adik lapar"
Ibu  : "Ibu sibuk la adik...nak duit dan kertas ni, bawa gi kedai pakcik kat bawah tu bagikan kertas ni kat dia ya.."

Pergilah sianak yang kelaparan tanpa siibu sedar mungkin itulah kali terakhir pertemuan mereka.  Si ibu terus leka dengan facebook sehingga tidak sedar sianak belum pulang sejak keluar tadi!

Apakah niat sebenar si ibu apabila menyuruh si anak kecil 5 tahun pergi ke kedai?  Mungkin  niatnya "to get rid" anaknya yang padanya mengganggu kosentrasi dia melayari facebook. Dan  niat itu telah di makbulkan oleh Allah..  

Hati-hati wahai si ibu, apa yang kau ucapkan, apa yang kau fikirkan, apa yang kau niatkan, apa yang terlintas dihatimu, adalah doa-doa yang akan dimakbulkan oleh Allah.  Antara doa-doa yang dimakbulkan Allah adalah doa siibukan! Cuma masa yang belum pasti. Wahai ibu, apalah sangat facebook itu dibandingkan dengan "face" anakmu. Apakah berat sangat  permintaan anakmu, berbanding permintaan nafsumu? Susah sangatkah untuk menghilangkan kelaparan anak kecil yang berumur lima tahun hinggakan dia sendiri perlu keluar untuk mendapatkan makanannya? 

Hatiku disiat-siat berdarah..

Ya Allah selamatkan Nur Nadirah Abdullah, jauhi dia dari kesedihan, kelaparan, ketakutan, kesakitan oleh manusia durjana. Kembalikan dia kepada keluarganya. Jangan diseksa anak kecil ini hanya kerana kealpaan ibubapanya. Ya Allah semoga calon ahli syurga ini berada dibawah lindunganMu, dibawah rahmatMu dan dibawah kasih sayangMu. Lindungilah Nadirah, selamatkanlah Nadirah Ya Allah, Ya Rabbal Alamin. Tidak akan terjadi sesuatu tanpa keizinanMu dan akan terhalang sesuatu dengan keizinanMu.

No comments:

Post a Comment