Friday, May 2, 2014

Mampu jika mahu!

Alhamdulillah telah 12 hari "terlibat" dengan group odoj (one day one juz).  Masa mula-mula nak join rasa ...
hmm... tak sempat la nak habiskan satu juz sehari ni!!  Tapi atas paksa rela diri sendiri, register juga dalam group tu.  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lebih bnyk masa di habiskan bersama alquran dan mampu untuk di habiskan satu juzuk satu hari.  Masa2 terluang diisi dengan ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya kita mampu jika kita mahu. Kita ada masa yang cukup dan mungkin hanya perlu diletakan mana yang utama dan mana yang kedua.

Dari hikmahnya odoj, satu lagi cabaran di lalui, marathon 5.5km.  Sama lebih kurang masa nak mula odoj, berpeluh rasanya nak habiskan satu pusingan dalam stadium pun! 400m saja apatah lagi nak habiskan 5.5km!! Fikirkan saja pun dah rasa nak pitam! Tapi sekali lagi mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan diusia muda dulu apatah lagi diusia yang meningkat senja ini. Ya sekali lagi, kita mampu jika kita mampu. Sekadar mengetahui dan amalkan teknik pernafasan yang betul kita mampu untuk pergi berpusingan-pusingan sebenarnya walaupun kita berada di usia senja begini.  Alhamdulillah, mampu juga di habiskan 5.5km.

Tarbiyyah dari dua peristiwa ini, setiap apa yang kita lalui ada hikmahnya dan memang benar kita belum lagi menggunakan sepenuhnya potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Kita mampu pergi lebih jauh jika kita mahu. Ya benar kata-kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".