Wednesday, March 7, 2012

Wangian Syurga


Di cedok isinya dari Solusi isu No 40


Sesuatu yang wangi pasti menarik perhatian dan mengundangkan rasa senang.  Sesuatu yang busuk pastilah berlawan dari itu. 


Apakah wangian yang paling semerbak harum?


Wangian syurga. Ianya dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh. Orang-orang yang ditetapkan sebagai ahlinya dapat mencium bau wangi syurga sebelum mereka masuk ke dalamnya lagi.


Jika begitu jauh wangian syurga dapat dihidu, siapakah yang diharamkan wangian syurga?


Hanya mereka yang benar-benar rugi sahaja yang diharamkan daripadanya! 


Siapa mereka?


Mereka ialah orang yang sangat hina dan rendah darjatnya disisi Allah swt disebabkan dosa yang mereka lakukan.  Maka mereka menjadi lebih hina daripada haiwan.  


Menurut hadith Rasulullah saw, ada 3 golongn yang diharamkan wangian syruga


1) Wanita-wanita yang telah dicabut rasa malu dari hati mereka sehingga rela mendedahkan aurat dihadapan awam
Rasulullah saw menyebut sifat-sifat ahli neraka dalam sabdanya yang bermaksud
"Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan lenggang-lenggok, kepala mereka seperti bongol unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium wangiannya.  Padahal wangian syurga boleh dihidu daripada perjalanan sejauh begini dan begini (sangat jauh)" HR:Muslim

2)Pengkhianat yang tidak menghormati perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan para bukan Islam di dalam sebua negeri
Daripa Abu Bakr, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang membunuh ahli zimmi bukan pada masanya, maka ia tidak akan dapat menghidu wangian syurga.  Padahal wangian itu dapat dihidu dari jarak 70 tahun perjalanan" HR: An-Nasai dan Abu Daud

3)Penuntut ilmu agama yang tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, malah menggunakannya untuk meraih kemasyuran dan harta dunia
Daripada Abu Hurairah, Nabi saw bersabda yang bermaksud "Sesiapa yagn menuntut ilmu yang diharapkan redha Allah padanya, namun ia mempelajarinya untuk mendapatkan keuntungan dunia, maka ia tidak akan dapat menghidu bau wangian syurga" HR : Abu Daud


Berkata Al-Hafiz Ibnal Qayyim dalam Hadi al-Arwah "Sungguh Allah telah memperlihatkan kepada hambaNya kesan-kesan dan contoh-contoh kenikmatan syurga dimuka bumi ini, seperti wangian harum, kelazatan yang menyelerakan, pemandangan yang indah, kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaan hati."

Jika ini telah dapat kita nikmati di dunia ini, apakah lagi yang menghalang kita untuk terus kekal abadi memilikinya? Apakah lagi halangan untuk kita mengubah sempadan iman? Tidak cukupkah janji-janji Allah meyakinkan kita?  Janji siapakah lagi yang benar dan pasti ditunaikan selain janji Allah, Pencipta diri dan empunya syurga itu.

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?"  An-Nisa',4:122

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." Luqman,31:33

No comments:

Post a Comment