Showing posts with label suara hati. Show all posts
Showing posts with label suara hati. Show all posts

Monday, October 20, 2014

nikmatilah kesihatanmu...

sumber
Adakalanya terasa malas nak bangun awal, macam best saja kalau boleh tidur sampai tengahari! Tetambah kalau hari tu hari cuti. Dalam erti kata lain, minta-minta dapat rehat lama sikit disuatu pagi yang nyaman itew...

Suatu hari melalui kawasan yang nampak macam sebelumnya ada aktiviti berkebun dengan tanah yang masih ada dalam polisterin (betul ke eja in BM? -  polystyrene) dengan terpacaknya tiang-tiang kayu untuk pokok menjalar. Tapi masa tu telah ditinggalkan begitu saja. Apakah cerita disebalik pemandangan itu? Kemanakah manusia yang mengusahakan 'kebun' tu? Apakah dia terlalu sibuk kini ataupun dia kini dimamah usia! Usia yang tidak lagi membolehkannya bangun untuk berkebun lagi, tidak lagi membolehkannya untuk walaupun sekadar bangun dari tidur walaupun dia sangat ingin berbuat begitu! Di saat di mana dia ingin sangat untuk bangun pagi-pagi dan memulakan aktiviti pagi tapi tidak lagi mampu!

Diri ini tersentak - bermonolog sendiri  "Dimana disaat diri ini masih mampu untuk bangun pagi dan melaksanakan urusan rumahtangga dan tanggungjawab, bangunlah, jangan malas. Andai ditarik kembali nikmat itu darimu jangan menyesal! Hargailah dan nikmatilah nikmat kesihatan yang masih Allah kurniaankan padaMu."




(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (Yaa Siin,36:67)


Friday, September 12, 2014

Si kecil burung...

Sejak tahun lepas, anak ke empat bersekolah sessi pagi, jadi semualah anak-anak bersekolah sessi pagi.  Sejak itu, ummi mereka mengambil alih untuk keluar awal pagi dan hantar mereka ke sekolah. Walaupun agak kelam kelibut pepagi hari nak siapkan breakfast dan kemudian bersiap untuk ketempat kerja terus (kalau terlewat bangun lagilah parah keributannya!!!). Tetapi kekadang tu terasa "malas" juga nak bangun awal-awal dan kemudian kelua awal, best kalau dapat dok bawah selimut lagi, tapi pagi ni bila keluar awal, terasa bersemangat pulak. 


Keluar awal pagi, suasana yang tenang (walaupun penuh kereta!!), tapi alam amat tenang sekali. Melihat burung berterbangan, terasa nak ambil semangat burung tu pagi ni, ibrah (pelajaran) dari sikecil burung. Burung pagi-pagi lagi dah keluar, sang burung keluar tanpa kepastian apa rezeki yang menanti atau dimana rezeki itu berada, tetapi mereka tetap keluar mencari rezeki. Berterbangan kesana kemari, seperti tiada tujuan!. Tapi sebenarya mereka ada tujuan yang pasti!

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran (ibrah) yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."  (An-Nahl: 66 & Al-Mu'minum:21)

Mungkin juga kerana kita rasa, at the end of the day, gaji tetap ada, sebab tu kita rasa malas nak pi kerja! Dengan tekanan-tekanan di tempat kerja lagi lah tinggi tahap kemalasan itu! Mari kita betulkan niat kita kenapa kita bekerja? Semoga setiap waktu yang kita lalui sepanjang hari itu akan dikira sebagai ibadah dan tidak sekadar letih dan lelah dengan sia-sia.  Jadikan rezeki yang kita perolehi di akhir bulan itu berkat dengan membetulkan niat kita. Lakukan sesuatu kerana Allah bukan untuk manusia.

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Mulk 67:19)





Tuesday, August 26, 2014

Keamanan???

Sibuk betul sebulan dua ini.  Bermula dari Ramadhan yang pastinya penuh dengan pegisian kerohanian dan perebutan pahala yang berganda. Bagaimana diri ini selepas Ramadhan? Hu...hu... harap subsidi Ramadhan sajalah jawabnya :-(, apapun semoga kemaafan Allah telah kita perolehi dari Ramadhan yang telah berlalu.

Dibulan Ramadhan juga mengajar semester 3 yang baru saja berakhir dengan "pergelut" dengan kertas-kertas jawapan peperiksaan akhir semester..fuhh... mencabar betul kali ini.

Syawal semakin berlalu tapi majlis kesyukuran masih belum berhenti lagi diterima.

Bulan ini adalah bulan kemerdekaan.  Sebut tentang merdeka kalau di radio tu bila diwawancara makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang super veteran yang sering diingatkan kita anak-anak merdeka ini adalah
"Bersyukurlah kita dan hargailah kemerdekaan yang telah kita perolehi.  Alhamdulillah, negara kita aman dari komunis.."

Amankah kita? Ya! kita memang aman dari ancaman komunis, tapi amankah kita dari rompakan, amankah kita dari tergolek-golek di ragut, amankah kita dari perogol, penembak, pencabul? Amankah anak--anak kita untuk dibiarkan bermain jauh dari pandangan mata kita? Amankah anak-anak perempuan kita, anak-anak lelaki kita dari perogol dan penculik? Amankah lagi untuk ibubapa kita dikampung membiarkan pintu utama rumah terbuka dari subuh hingga senja?

Ketika zaman komunis, peragut dan penggugat keamanan kita hanya satu --> Komunis.  Tapi di zaman era anak-anak merdeka ini seribu satu macam bentuk "peragut"dan "penggugat" keamanan dan keselamatan kita dan keluarga!

Selamat Hari Merdeka. 
Disini lahirnya sebuah Cinta..

Tuesday, July 8, 2014

Teropong, Cabaran, Telur ayam :-D

Teropong
Hampir 10 Ramadhan berlalu!.  Pantas memang pantas, lebih pantas bila banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan setiap minggu ada saja program!
Biras : "Bila nak kumpul-kumpul, iftar sekali?". 
Me: "Nanti kami 'teropong' tarikh dulu ya"
Cam tak nampak cahaya saja di hujung teropong tu! Err... kena pinjam teropong tok moh tu kot!! :-D

Cabaran
Cabaran menghabiskan Ramadhan kali ini
-Menu sahur suami dan anak-anak! Kalau sendiri saja puasa kurma dan air dah cukup. Apa pun Alhamdulillah Allah beri peluang untuk beramal dengan tugasaan penyediaan makanan untuk orang-orang berbuka dan bersahur. :-). Alhamdulillah.

Telur ayam
Semalam suami minta buatkan telur kicap (telur hancur+kicap+sos(s)) - permintaan yang mudah, no problem ..suka..suka. :-D. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan suami dan anak-anak yang tidak cerewet bab makanan.

Berbalik cerita telur ayam.  kat luar rumah ada sepasang "ayam gelandangan". Rasanya tahu ayam sapa tapi bila di tanya, tak nak ngaku dan tak sapa nak ngaku!.  Jadi kami ambil jadikan "ayam angkat" sebab dah "bermastautin" kat rumah kami sejak berbulan-bulan dulu. Si ayam tina masih bertelur.  Jadi dapatlah kami "telur ayam kampung" (walaupun dok kat Taman :-)).  Oh BTW, pasangan ayam ni dah ada anak, dah teruna dah anak mereka, bertelur dan menetas kat rumah. Sekarang si maknya tengah mengeram lagi, kali ni atas "monitoring" ayah manusia dapatlah ayam betina tu ram 5 biji telur. Kalau mak manusia yang "monitor" sebijik saja la yang ada (hee...hee...).

Macam nilah lebih kurang
 bezanya semalam
(sumber)
Berbalik cerita telur kicap semula(:-)), semalam "combine" telur ayam beli dan telur ayam free.

Tengah kalut-kalut tu terlepas sebiji telur kedalam sinki!, Alhamdulillah, tak pecah!.  Bila pecahkan, kedengaran lain kekerasan telur kulit ayam beli dan ayam free. Warna kuning telurnya pun lain. Lebih kuning telur ayam free dari telur ayam beli. Katanya lebih kuning telur ayam itu lebih tinggi beta carotennya, semakin tinggi vitamin A nya! Doakan banyak lagilah anak ayam betina yang akan menetas nanti supaya dapat kami telur ayam yang lebih berkhasiat.  Tapi boleh ke biarkan saja mereka bergelandangan begitu?  ;-)


Friday, May 2, 2014

Mampu jika mahu!

Alhamdulillah telah 12 hari "terlibat" dengan group odoj (one day one juz).  Masa mula-mula nak join rasa ...
hmm... tak sempat la nak habiskan satu juz sehari ni!!  Tapi atas paksa rela diri sendiri, register juga dalam group tu.  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lebih bnyk masa di habiskan bersama alquran dan mampu untuk di habiskan satu juzuk satu hari.  Masa2 terluang diisi dengan ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya kita mampu jika kita mahu. Kita ada masa yang cukup dan mungkin hanya perlu diletakan mana yang utama dan mana yang kedua.

Dari hikmahnya odoj, satu lagi cabaran di lalui, marathon 5.5km.  Sama lebih kurang masa nak mula odoj, berpeluh rasanya nak habiskan satu pusingan dalam stadium pun! 400m saja apatah lagi nak habiskan 5.5km!! Fikirkan saja pun dah rasa nak pitam! Tapi sekali lagi mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan diusia muda dulu apatah lagi diusia yang meningkat senja ini. Ya sekali lagi, kita mampu jika kita mampu. Sekadar mengetahui dan amalkan teknik pernafasan yang betul kita mampu untuk pergi berpusingan-pusingan sebenarnya walaupun kita berada di usia senja begini.  Alhamdulillah, mampu juga di habiskan 5.5km.

Tarbiyyah dari dua peristiwa ini, setiap apa yang kita lalui ada hikmahnya dan memang benar kita belum lagi menggunakan sepenuhnya potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Kita mampu pergi lebih jauh jika kita mahu. Ya benar kata-kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".


Tuesday, January 21, 2014

My Problem?? Naaa....

Suatu hari ketika sibuk isikan minyak dalam kereta, saya di tegur oleh seorang kakak dari tempat kerja.

Sambil tengok dalam kereta saya,

"Everyday you are like this? Angkut semua ni? Banyaknya bag!"

Dengan muka yang mengekpresikan(??) "kesiannya dia!". Macam masalah yang BESAR yang saya tanggung!!

Tu... dia baru tengok 2 orang anak saya yang paling kecil dan bag pun kecil2, tak tengok lagi 3 yang atas yang besar! Tak cukup satu bag, 2 bag tak cukup, pengang lagi ngan tangan (anak2 sekolah zaman sekarang...'kaya' dengan buku...ilmu belum tahu!).

Walaupun setiap pagi dan setiap hari saya buat perkara yang sama, saya tak rasa masalah pun, tak perlu pun simpati sesiapa.  Sekurang-kurangnya saya masih ada beberapa minit masa extra dengan anak-anak saya sebelum mereka 'berpisah' dari saya hari tu.  Entah-entah itulah kali terakhir kami bersama!

Moralnya, orang lain nampak macam masalah dan susah, tetapi kita yang tetapkan itu masalah atau tidak. Apa yang orang lain rasa dan fikirkan tentang kita, TAK PENTING, yang penting apa yang kita rasa dan fikirkan tentang kita. We... who we think we are! Jangan izinkan orang lain mempengaruhi apakah kita perlu bersedih atau bergembira! They have no right what so ever...

Monday, January 13, 2014

He was there all along...

Terkesima dengan quotation ini. Menusuk-nusuk dan menghiris-hiris hati ini atas kebenaran satu kenyataan! Bila kita ditimpa ujian kesusahan, kita pasti merintih, memohon keringanan daripada Allah. Tetapi apabila kita keluar dari doa kita, kita tetap rasa keseorangan.. Sedangkan hakikatnya, Allah is there with us all along... Dia tahu apa yg kita lalui,Dia tahu kesakitan kita, Dia tahu kesusahan kita, Dia yang sedang menguji kita! Bukan kerana Dia membenci tetapi sebagai tanda kasih-sayangNya... Ya Allah, Ya Ilahi, Ya Rabbi...Ampuni hambaMu ini..
posted from Bloggeroid

Saturday, January 11, 2014

One true love...

Hari ni berkesempatan menonton cerita frozen, disney cartoon. Selalu bab movie ni memang ketinggalan.. Apa pun no big deal tertinggal movie asalkan tak tertinggal solat..kan..kann...



Musical movie,..tapi yg paling menyerlah adalah macammana definisi "one true love" di beri nafas baru dalam filem ni. Mula-mula tengok yg untuk menyelamatkan puteri perlukan "one true love", terfikir...macam tu gak crita ni? Asyik-asyik kena hancurkan 'curse' dgn a kiss from one true love! But at the end it turns out, her sister's love is the one true love! Ending yang berlainan dr biasa tetapi penuh makna dan lebih bermakna :-D

"Allah is our one true love"


posted from Bloggeroid

Sunday, December 15, 2013

Manusia kebinatangan: bagaimana mungkin?

Kisah anakanda Ammar yang insyaallah semoga syahid miliknya, adalah satu dari kisah kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa insan yang masih berbaki kehidupan kita di dunia ini.  Pastinya pengakhiran begini yang kita inginkan kerana sebaik-baik kematian adalah syahid.

Tetapi sebaliknya pula bagi beberapa paparan (yang bukanlah berita baru di bumi Malaysia ni..). Kisah sikecil yang dibuang macam sampah! Tau buat kemudian buat-buat tak tau!! Dah dosa berzina di tambah lagi dengan dosa membunuh! Alhamdulillah (Alhamdullilah???) jika anak yang suci dan tidak berdosa itu tak mati!.

Apa punya manusia pun tak pasti yang tak punya sifat belas kasih, kemanusiaan..bersifat kebinatangan... Binantang pun tak buat macam tu!

Dimanakah nilai kemanusiaan andai ditinggalkan anak yang kecil yang tak mampu buat apa-apa di tepi longkang! Tidak rasakah betapa tersiksanya di kecil itu andai di gigit semut-semut api yang menghurungnya, sedangkan dia tidak mampu untuk menepis apakah lagi lari dari siksaan itu.  Sanggupkah siibu bayangkan anaknya di siat-siat dagingnya oleh gigi-gigi tajam anjing jalanan (sangguplah agaknya sebab tu tinggalkan anak tepi longkang.. :-( ). Jika kita berhukum dengan hukum Islam kita boleh laksanakan hukuman Qisas.  Kalau sabit kesalahan, rendamkan saja ibu dan ayah sikecil ni dalam sarang semut api tak pun ikatkan pada pokok yang penuh dengan kerengga...

“Kalian akan tahu siapa yang akan mendapat tempat terbaik di akhirat dan sesungguhnya orang-orang zalim itu tidak akan beruntung.” (QS. al-An’am: 135)

Rasulullah SAW bersabda,
  • “Takutlah kamu akan berbuat zalim! Karena perbuatan zalim itu menyebabkan kegelapan di hari Kiamat." (HR.al-Bukhary dan Muslim)
  • “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla menangguhkan (mengulur-ulur) azabnya terhadap orang zalim dan bila Dia mengazab-nya tidak akan luput (tidak akan di lepaskan lagi)." (HR. Muslim)

Thursday, August 22, 2013

Raya kita, raya mereka...

Lama tak berbicara disini. Bukan tak ada yang nak menulis, tapi "chek malaih" bertandang!

Dah separuh syawal berlalu, tapi puasa enam masih berbaki lagi!  Kali ni sebab cuti raya di sambung pula dengan cuti sekolah, maka panjanglah rehatnya.  Inilah rasanya kali pertama sejak bertahun dalam dunia PhD bercuti panjang.  Walaupun ada perkara yang belum selesai, tapi biarkanlah dulu.  Insyaallah akan ditangani selepas cuti.  Sebab cuti, puasa enam pun "bercuti" gak.

Setelah sebulan rutin bertukar di bulan ramadhan, rindu pula nak meneruskan rutin begitu.  Siang tak habis masa dengan makan - makan pagi, makan tengahari, makan petang - tu lom masuk kunyah-kunyahan di antara masa-masa tu! Makan saja.  Seronok dibulan Ramadhan tak yah habis masa dengan makan! Diet? Idak laa.. walaupun rasa bulan puasa ni penurunan kg (kilogram) amat tidak begitu significant.

Peristiwa yang berlaku kepada saudara seislam kita di Mesir, Syria dan Palestine menambah rasa tidak selera untuk makan. Raya kita penuh open house, raya mereka??

Mesir

Syria


Semoga gelaran syudaha menjadi milik mereka. Berbahagialah kalian di sana kerana syurga pasti milik kalian.

Tuesday, June 11, 2013

Disini dan disana, ada persamaannya...

Baru-baru ini berada dalam satu majlis penerimaan award untuk pelajar cemerlang UPSR, SPM, STPM, O-level dan A-Level. Yang mendapat awardnya anak-anaklah. Berada di dalam majlis ini, tidak kiralah siapa pun ibubapa anak-anak itu, mereka berada di atas pentas hasil usaha mereka untuk berjaya. Mereka berada di atas pentas menuai hasil tidak cukup tidur, hasil menelaah berkali-kali, hasil usaha memahami apabila ada yang tidak difahami, hasil tuaian yang telah mereka semai berbulan-bulan sebelum itu!  Tidak kira apa status ibubapa mereka, tidak kira dilevel mana pangkat ibubapa mereka, mereka di pentas kerana merekalah yang telah dipilih oleh Allah untuk berjaya. Dipilih secara individu.

Melihat dan memuhasabah dari peristiwa ini, apa saja yang kita lakukan di dunia ini adalah refleksi  perjalanan kehidupan kita di dunia dan akhirat nanti. Tidak kira apa pun status kita, apa pun stasus ibubapa kita, kita akan tetap kembali ke tanah.  Dengan balutan pakaian yang tidak diperbuat dari sutera, tidak juga dari satin, maupun english cotton berbunga ceria. Tapi hanya dengan sepasang kain cotton putih bersih tanpa noda. Itulah pakaian kita walaupun kita seorang raja di dunia ini.  


Di sana nanti, tidak kira apa status kita di dunia ini, apa pangkat kita di dunia ini, cantikkah kita di dunia ini, kita semua akan menuai hasil yang telah kita semai bertahun-tahun ketika di dunia dulu. Jika usaha kita A++, itulah hasil yang akan kita raikan di akhirat nanti.  Kita akan "naik ke pentas Allah" sebagai seorang hamba A++. Disana nanti kita akan di hisab secara individu. Walaupun kita cuba untuk menyalahkan orang lain atas apa yang kita lakukan tetapi at the end of the day, kitalah yang akan bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang  telah kita buat di duniai ni. Di mana kita di akhirat nanti, adalah hasil usaha kita di dunia ini. Andai syurga idamannya, di dunia lagi perlu diusahakan agar dapat diberikan syurga sebagai ganjarannya.

Wednesday, May 8, 2013

Sekadar luahan..



Masa kecil2 dulu, pilihanraya? Apabenda tu? Yang tau time-time macam tu, kampung meriah dengan bendera. Sana sini ceramah.  Mulalah orang 'besaq-besaq" masuk kampung. Tapi ada kami kesah? Naaa.... life move on as usual..main, makan, tidur, main lagi, makan lagi, tidur lagi...itulah kehidupan anak-anak kampung. Time main...main, time belajar pun main :-D.  Sekolah rendah dikampung, apa sangatlahkan... Ke sekolah sebab seronok jumpa kawan nak main. Mana ada main hide and seek kat ipad ke iphone ke, yang ada polissentry, batu seremban, guli, lompat getah, galah panjang (main toi kata org utara), main teng-teng, congkak, aci ligan.... Tak main la sembunyi2 dalm komputer, tembak2 dalam ipad, bandminton dalam wii :-D. Nak cakap hal politik, politik pondok2 ada la..

Tapi anak-anak sekarang, celik-celik mata nampak iphone (sebab ayah dok ambil gambar guna iphone!). Baru 6 bulan dah kenal komputer. Umur 2 tahun dah boleh main "angry bird". 3 tahun dah boleh ON komputer sendiri.  12 tahun dah celik apa itu pilihanraya! Pilihanraya macammana yang adil, pilihanraya macamaman yg telus, pilihanraya mana yang penuh "hanturaya". Mereka belajar apa itu pimpinan dan siapa  yang mereka pimpin. Mak ayah selalu ajar "jangan mencuri...dosa besar". Tapi masa pilihanraya mereka dengar "sana curi, sini curi".  Mereka diajar "tak boleh rasuah adik macam tu!" Tapi, pemimpin dikatakan bagi rasuah lagi teruk, bukan setakat bagi sugus singgit, juta-juta maa..! Anak-anak dibagitau "Jangan cakap cina itu cina ini, macam la anak2 ummi ni keturunan melayu asli!" Tapi bila mereka baca surat khabar, pemimpin cakap, cina itu, cina ini, india itu, india ini...!! Contoh apa yang pimpinan kita paparkan pada anak-anak rakyat mereka ini?

Apa contoh terbaik untuk mereka contohi pimpinannya? Suruh baca seerah, boleh la baca tapi anak-anak zaman ipad, iphone ni perlukan contoh physical yang mereka boleh nampak. Jadi nak suruh contohi pihak pemerintah? Nahi..nahi... mereka sendiri pun tau mana salah mana betul. Macammana nak jadi contoh, anak isteri freehair! Anak-anak kita, time ada kawan nak masuk, mereka cakap kat kawan 'kejap". Then cari ummi "ummi pakai tudung, kawan nak masuk"

Contoh terbaik pemimpin yang ada sekarang Tuan Guru Nik Aziz. Dah kena cop pembangkang, tak bersyukur... tak ke konfius anak-anak ummi ni.  Tapi alhamdulillah mereka dapat bezakan mana yang betul mana yang salah. Hati mereka masih bersih dan tidak ditutup oleh Allah untuk melihat kebenaran. Tidak seperti sebahagian dari kita yang sudah berumur, yang mungkin jua telah ditutup hatinya dari melihat kebenaran. Tak dapat lagi membezakan, mana yang zalim, mana yang adil, mana yang telus, mana  yang hitam, mana yang wangi mana yang busuk, mana Malaysian, mana Bangladeshian!

Monday, April 22, 2013

My other car is a Rolls Royce


Terlihat satu signage kat belakang kereta kancil "My other car is a Rolls Royce".
Apa yg terdetik dihati kita kalau ternampak signage tu? Dari satu segi nak bagitau yang "walaupun saya naik kancil hari ni tapi saya kayaaa sebenarnya!". Dari segi yang lain, sekadar bahan lawak saja. "Main-main saja" kata anak lelaki saya bila dia buat sesuatu yang nampak serius tapi zahirnya tidak.

Itulah sifat kita manusia. Kekadang kita tak miliki apa pun tetapi sebab nak menunjuk juga (ego??), kita cakap kat orang kita ada itu ini yang pastinya lebih mahal, lebih cantik dan segala macam lebih lagi dari orang yang kita lawan cakap itu. Apa yang lebih yang kita miliki ingin saja kita nak khabarkan satu dunia kalau boleh. Bangga kita dengan apa yang kita miliki.Macam itulah milik kita yang hakiki. Sedangkan hakikatnya, kita tidak miliki apa-apa di dunia ini. Segalanya hanyalah pinjaman semata-mata.


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."  (Ghaafir 40:39)



"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap  hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).  Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"(Al-Baqarah 2:255)



Thursday, March 21, 2013

Merentas desa di kota...


Acara tahunan sekolah di bandar ini masih dinamakan "merentas desa".  Entah kenapa masih belum berubah namanya sedangkan bukan desa lagi yang direntasi dibandar batu ini.  Anak-anak yang membesar dicelah-celah bandar batu ini tidak merasai apa itu acara merentas desa yang sebenarnya.

Teringat dizaman sekolah dulu, acara merentas desa ini antara acara yang seronok tapi tak larat nak ikut serta.  Satu seronok dapat masuk ke kebun getah, berlari dibatas bendang (sawah), melalui tali air, melihat alam ciptaan Allah yang begitu indah ini.  Suasana di kampung juga berlainan.  Nyaman dan menyegarkan diwaktu pagi.  Hidup dengan berbagai hidupan, liar dan jinak. Kicauan burung disana sini, bukan deruman kenderaan.  Desiran angin menyentuh dedaun, gemersik, pemandangan saujana mata memandang. Suasana dan persekitaran yang sentiasa dirindui.......

Yang tak seronoknya merentas desa ini adalah jaraknya, mak aiii... lagi tinggi darjah kesenioran disekolah lagi jauhlah jaraknya! Dengan latihan pun ala kadar, lelah lah nak habiskan larian berkilometer tu. Tapi selalunya demi semangat kesukanan dan kerumahan (ada ke??) pasti tetap dihabiskan juga larian ini.

Merentas desa disebuah desa
Berlainan sekali iramanya
Bukan sekadar memenuhi masa
Tapi terisi dengan keindahan ciptaanNya
Kehijauan padi menyejukkan mata
Kekuningannya penenang jiwa
Kicauan burung memeriahkan suasana

Tapi berlainan sekali suasananya
Merentas desa di bandaraya
Walau nama tetap sama
Tapi suasana amat berbeza
Deruman kenderaan membingit telinga
Ketidaksabaran si pemandu kereta
Akibat perjalanan kini tergendala
Dek acara "merentas desa"

Tapi mereka tetap gembira
Dapat menyumbangkan sebutir dua
Jumlah mata tetap dikira
Semangat kesukanan tetap dipelihara
Biarlah asal mereka bahagia...

Thursday, March 7, 2013

tarbiyyah paip pecah dan sinki bocor...


"Ujian adalah
Tarbiyyah dari Allah
Apakah kitakan sabar
Ataupun sebaliknya.."

Begitulah bait-bait lagu nyayian asalnya oleh The Zikr, tapi dirakam semula oleh Raihan atau Nazeri saja, tak pasti.

Ya.. ujian adalah tarbiyyah dari Allah.  Apakah kita akan menjadi hambanya yang berjaya atau pun hambanya yang kufur dek kegagalan mengharungi ujian itu.  Setiap ujian yang menimpa kita pastinya ada hikmah dan tarbiyyah yang ingin Allah berikan pada kita.

Teringat pada tahun 2006, ketika suami perlu ke luar negara selama 6 bulan.  Itulah pertama kali kami berpisah lama didalam masa perkahwinan kami. (Tak faham macammana pasangan muda sekarang sanggup menjadikan trend weekend wife or weekend husband! Apakah kerjaya adalah segala-galanya?).  Selepas menghantar suami ke airport bermulalah episod lemah longlai, tak bermaya, tak larat nak bangun, kalau boleh nak tidur saja dan tak mau diganggu. (Tu baru berpisah 6 bulan, kalau berpisah selama-lamanya, tak taulah macam mana pula episodnya).  Walaupun anak-anak ada tetapi kekuatan diri ini tidak ada!

Tapi Allahkan berfirman dalam surah Al Baqarah, 2 ayat 286 yang bermaksud
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Allah tahu kita mampu, kita saja rasa kita tidak mampu. Malam pertama pemergian suami, terdengar bunyi macam air terjun kat luar rumah.

"hmm..sejak bila pula ada ai terjun ni!!..Bunyi apa sebenarnya", hati berbicara sendiri.  Nak keluar dengan amaran-amaran yang didengari tentang perbuatan jahat manusia durjana untuk "mengeluarkan" penghuni rumah dengan membuka air paip diluar rumah mengekang diri ini dari keluar memeriksa apa yang berlaku.  Tetapi apabila bunyi tu masih kedengaran setelah beberapa lama, diri ini memberanikan juga untuk menjenguk keluar.  Kelihatan paip air tak terbuka, jadi bunyi apa yang masih setia mengeluarkan bunyi ya!

Keluar juga memeriksa, Ya Allah, paip pecah rupanya ditimpa bata yang entah dari mana datangnya!  Malam-malam ni nak buat apa?  Dah tengah malam nak minta tolong sesiapa. Cuba untuk menghentikan pengaliran air tetapi tidak berjaya, hanya dapat menghentikanya dengan menutup kepala paip utama.  Tidak berairlah rumah kami sepanjang malam dan hingga esoknya.

Esoknya awal-awal pagi telefon biras yang tinggal berdekatan kerana abang ipar pandai bab-bab baiki ni.  Tapi dapat tahu abg ipar tidak dalam "good mood".  Oh! terasa begitu keseorangan sekali.  Tetapi tarbiyyah Allah itu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.  Disaat merasakan tidak mampu untuk hidup tanpa suami disisi, Allah turunkan pengajarannya sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 286 itu.  Ujian paip pecah ini adalah cara Allah tarbiyyahkan diri ini bahawa "kau mampu".  Melihat ke arah paip yang dah kering tu, Allah datangkan idea "aku mampu baikinya sendiri ni".  Berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan melihat suami dan arwah ayah baiki paip, paip itu alhamdulillah dapat dibaiki setelah Allah memudahkannya dengan adanya segala kelengkapan untuk membaiki paip (gergaji, gam dan paip penyambung) :-D.  Alhamdulillah. Pentarbiyyah pertama dari Allah, "kau mampu".

Habis bab paip, tengaharinya , dalam sibuk nak masak, sinki pula tersumbat. Dah la tersumbat dalam dok godek-godek nak cuci , dush!! tercabut besi yang lubang2 (filter) antara singki dan penyambung paip (sinki lama). Alamak! macammana nak sambung balik ni!! Bawa keluar ke belakang rumah, tengah dok cuci-cuci sambil berfikir macamana la nak sambung ni... Dah habih akal dah tak tau macamana nak buat, kakak sebelah keluar.

K.Siti : "Rajinnya cuci sinki".

Aku: "Tersumbatlah kak, dah tu ni haa tercabut pulak!"

K.Siti:"Akak pun pernah tercabut jugak dulu, kena skru balik dari bawah ..bla..bla..."

Aku:"Terima kasih kak".  Dengan senyum sebab dah dapat jawapan pada persoalan yang lebih susah dari soalan C programming :-D

Itulah dua tarbiyyah yang Allah berikan, disaat diri ini terasa tak mampu nak bergerak atau buat apa-apa.  Bukan tak mampu sebenarnyakan tapi tak mahu... Tarbiyyah itu menyedarkankan diri ini bahawa ujian perpisahan ini mampu untuk kuharungi sebab itu Allah pilih aku untuk menghadapinya.  Tarbiyyah ini juga menyedarkan aku agar tidak selamanya bergantung kepada suami dalam hal-hal pembaikan ini.  Kalau tak sendiri baiki pun setidak-tidaknya tahu macammana nak menyelenggara dan membaikinya.

Ya..benar..ujian adalah tarbiyyah dari Allah.  Semoga kita menjadi hamba-hambaNya yang berjaya disetiap ujian yang Allah kurniakan pada kita kerana "Setiap ujian yang datang itu , hadir dengan nama kita tertulis diatasnya.  Jangan ditanya 'kenapa aku?' Tetapi tanyalah 'kenapa tidak aku!" - Dari Dr Harlina".

Yang sukar adalah untuk mengekalkan momentum setelah tarbiyyah itu diperolehi sebagaimana sukarnya untuk mengekalkan kemabruran haji! Ujian kesenangan pastikan lebih susah untuk diharungi...

Thursday, January 31, 2013

Janganlah...

Di dalam usia yang semakin meningkat, lutut ada yang mula terasa nyilu-nyilu bila naik tangga, diri ini mula terasa risau.  Apatah lagi melihat kakak-kakak yang mula bersolat diatas kerusi. Semoga diri ini tidak sampai begitu jadinya sehingga hujung nyawa.

"Ya Allah, tidak mahu aku kehilangan rasa nikmat sujud kepadaMu. Sujud yang sebenar-benar sujud.  Tanda rendahnya hambaMu ini berbanding denganMu. Untuk terus mengingatkan diri ini, nikmatMu yang manakah yang ingin aku dustakan?"


 "Sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)." (QS Al-'Alaq: 19).

 "Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan  Tuhannya adalah ketika ia sedang sujud" (HR. Muslim).

Wednesday, January 16, 2013

Ibu dan terataknya

Kadangkala kita terasa hati bila ibu kita macam tak mau nak berlama-lama di rumah kita.  Kejap saja nak balik dah.  Kekadang tu puas kita pujuk suruh datang, tapi tak maunya dia! Sedangkan pada kita 'mama datang saja, tak yah buat apa-apa, mama dok saja kat rumah kami.  Lagipun apa yang tak ada kat rumah kami tu, semua ada, insyaallah, tak menyusahkan mama".  Tetap juga tidak mahunya mak kita mengikut kita.

Dalam usia yang semakin meningkat ini, terasa diri ini mula faham kenapa ibu kita begitu.  Sekarang kalau keluar terlalu lama apabila sampai dirumah, terasa "Oh! rumahku syurgaku".  Tak ada tempat yang paling best selain dapat pulang semula ke rumah.  Terasa kuat sekali ikatannya dengan rumah kita.

Begitulah juga rasanya ibu kita dengan rumahnya.  Rumah yang dibina oleh suaminya.  Rumah di mana dia menyemai kasih, membina kehidupan, membesarkan anak-anak; suka dukanya semuanya tersemat dan tersemai di rumah itu. Setiap ruang yang ada, setiap ceruk yang dimiliki ada ceritanya tersendiri buat ibu kita. Apatah lagi jika suaminya kini tiada lagi disisi.  Walau apapun keadaan rumah kita, walau betapa cantik dan lengkapnya rumah kita pastinya tidak mungkin dapat menandingi rumah yang telah didiami dengan kasih sayang dan air mata, yang telah dibina dengan kerengat dan pengorbanan, yang tersemai seribu satu kenangan bersama suami dan anak-anak tercinta, pastinya tidak sama.



"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"



"Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka." (Maryam 19:14) 

Friday, January 11, 2013

"Ya Allah, ku terima ujianMu ini dengan redha.  Semoga ianya menjadi kafarah buat segala dosaku. Ianya menjadi muhasabah buat diri atas terlalu banyak pembaziran yang dilakukan.  Sesungguhnya dengan hidup sekadarnya, atas apa yang dimiliki tidak pun menjadi onar atau nanah yang menyesakkan.  Semoga tarbiyyah disaat diuji akan terus berkekalan dalam menjadi diri ini hambaMu yang lebih solehah, beriman dan bertaqwa.

Ya Allah ampunkan aku atas segalanya
Ampunkan aku atas amanah yang aku khianati
Ampunkan aku atas janji yang aku mungkiri
Ampunkan aku atas nikmat yang tidak kusyukuri
Ampunkan aku atas dosa yang kuulangi
Ampunkan aku ya Allah..ampunkan Aku..
Tiada apa yang lebih ku inginkan selain dari KeampunanMu


Taubat seorang hamba -Hafiz Hamidon

                               

Thursday, December 6, 2012

Rezeki Dhuha

Setiap kali selepas solat dhuha, kita akan titipkan doa ini


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”


Setiap kali menyebut rezeki, kebanyakan dari kita terbayangkan harta dan duit.  Apatah lagi kehidupan kita sekarang ini, RM100 tu dah macam RM10 saja!  Sekali buat grocery RM100 tu berapa benda sajalah yang kita dapat. 

Mari kita lebar luaskan pengertian rezeki.

Seandainya harta kita tidak bertambah, duit kita macam tu jugak, tengokkan rezeki lain yang allah telah berikan
- anak-anak yang taat 
- rumahtangga yang aman
- kesihatan yang baik
- kenderaan yang berfungsi
- makanan yang tak pernah putus-putus
- kerja yang lancar
dan banyak lagi.

Mungkin itulah rezeki yang Allah berikan hasil dari doa dhuha kita setiap hari. Bersyukurlah kerana rezeki kurniaan Allah ini.  
"NikmatNya yang manakah yang ingin kita dustakan?" 

Tuesday, December 4, 2012

Hikmahnya begitu..


"Kenapa cerita dalam Al-Quran itu melompat di sana sini? Kekadang cerita tengah best, tetiba masuk bab lain?"  Tanya ustaz di corong radio dalam siaran motivasi pagi di Radio IKIM.fm (lebih kurang ayat ustaz).

sumber
Ya lah.. memang dalam Quran ceritanya sedikit di sini sedikit disana.  Contoh kalau kita cari perkataan "Ibrahim", ada 89 ayat yang ada perkataan Ibrahim, bermula dari Al-Baqarah hinggalah ke Al-A'laa.  Cerita nya disana sini tentang Nabi Ibrahim.  Kalau Allah nak boleh saja dia buatkan satu cerita dari mula hingga akhir dalam satu surah, surah lagin cerita lain pula. Tapi kenapa tidak begitu?

"Kecik-kecik dulu kita suka main jigsaw puzzlekan?  Dah tua-tua begini suka pula sudoku?" Kata ustaz lagi.

"Untuk selesaikan kedua2nya kita kena berfikir, tak tersusun puzzlenya dan nombornya.  Itulah juga sebabnya Allah jadikan Al-Quran ceritanya disana sikit disini sikit, supaya kita berfikir" Ulas ustaz (pen - rephrase)


"....Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir" (Al Baqarah, 2:219) 




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya" (Al Maidah, 5:100)