Friday, March 23, 2012

Selagi kita masih punya segala


Selagi kaki masih boleh melangkah
Langkahlah kearah cahaya Allah
Selagi tangan masih boleh diangkat
Angkatlah untuk memohon keampunan Allah
Selagi mata masih boleh menangis
Tangisilah dosa-dosa silam
Selagi hati masih basah
Basahilah jiwamu dengan ayat-ayat Allah
Selagi lidah masih berfungsi
Tuturkanlah zikir-zikir memuji Allah
Selagi kita masih sempurna
Selagi kita masih bernyawa
Selagi kita masih punya masa
Jangan ditangguh untuk taubat nasuha
Jangan diketepikan amal ibadah
Jangan dicari masa lain untuk melaksanakan tuntutan agama
Apa ditunggu masa lapang
Ia mungkin bukan milik kita
Apa diharap masa kaya
Kita mungkin makin alpa
Apa dinanti masa tua
Ia mungkin tidak kita lalui jua

Kita semakin tidak punya masa
Titik kematian semakin menghampiri jua
Setiap detik yang telah melewati kita
Mendekatkan ia ketitik pengakhiran kita
Tahukah kita masanya bila?
Tibanya tidak bertanda
Mungkin bertahun lagi lamanya
Mungkin esok mungkin lusa
Mungkin tiba-tiba sahaja

Cukupkah sudah bekalan kita?
Untuk dihadapkan pada yang Esa
Sebagai bukti kita khalifahNya
Yang telah berjaya mengisi masa
Diperuntukkan untuk kita didunia

Ya Allah Ya Rabbi Ya Baqi
Andai amalanku tidak melayakkan diri
Untuk menempatkan diri disyurgaMu yang hakiki
Ku mohon rahmatMu Ilahi
Ku mohon ampunanMu Ya Rabbi
Ku mohon belas kasihMu Al Rafi'
Untuk menempatkan hambaMu yang hina ini
Ditaman yang abadi
Tempat tinggal hamba-hambaMu yang Kau kasihi


No comments:

Post a Comment