Thursday, March 15, 2012

Cukupkah alasan kita?


"Ehh..jangan buang plastik tu kat luar", kataku pada anakku yang berumur 4 tahun ketika dia dengan senangnya menekan butang tingkap kereta untuk membuang satu plastik pembalut straw. 

"Kenapa tak boleh buang?".

 Memang inilah soalan yang popular dimulutnya sekarang ini.  Semuanya penuh pertanyaan "kenapa?"  Tak terjawab kekadang "kenapa" nya itu.  Selalunya, lagi dijawab lagi banyak soalan "kenapa" yang keluar. Jawapan menghasilkan  soalan! Sehingga tak ada jawapan kepada "kenapa"nya tu! 

Setiap apa yang kita buat ada alasannya ataupun tujuannya kita lakukan sesuatu. Kenapa Allah  jadikan bulan dan bintang? Kenapa Allah jadikan kita manusia sesempurna ini? Secantik-cantik penciptaan. Semulia-mulia makhluk.  Kenapa Allah jadikan kita didunia ini? 

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-An'aam,6 : 165)

"Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan." (Yunus,10 : 14)

Inilah tugas hakiki kita didunia ini sebenarnya. Telah tertunaikah tugasana kita ini? Apa  pula alasan kita nanti kepada Allah?  Cukupkah alasan kita itu untuk melepasi titian sirat? Cukupkah alasan kita itu untuk membolehkan kita sekurang-kurangnya mencium bau syurga?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (At-Taubah,9 : 111)

Benar-benar yakinkah Aku akan janji-janji Allah ini.  Ampunkan aku, hambaMu yang lemah dan hina ini....

No comments:

Post a Comment