Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012


"Daipada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." ( AlBukhori dan Muslim)

Selain dari itu tak perlulah "menensionkan" diri dengan perasaan iri hati atas apa yang menjadi milik orang lain.
Kenapa sesuatu itu tidak menjadi milik kita?  Mungkin milik orang lain itu memang terbaik untuk dia miliki, ujian untuknya.  
Mungkin jika menjadi milik kita, ianya adalah perkara terburuk yang pernah kita miliki, atauoun terus kita jatuh kufur nikmat! 
Bukanlah Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita? 
Jadi janganlah merosakkan diri dan hati dengan perasaan iri hati yang tidak dilandasi dengan syariat Islam.

Tuesday, March 27, 2012

Antara dua kerehatan


Sambil buat kerja sambil dengar ceramah ustaz Shamsuri online.  Ustaz membawa hadith ini yang rasanya tak pernah dengar sebelum ini.


Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah saw. Lalu Baginda was bersabda, "Kerehatan atau direhatkan daripadanya. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda saw: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! (HR Bukhari & Muslim)


Semoga kita menjadi hambanya yang direhatkan oleh Allah saat kematian mengunjungi kita dan bukan hamba yang direhatkan makhluk Allah yang lain daripada kejahatan kita.