Cuti lagi... banyak betul cuti diawal-awal tahun ini. Bila cuti produktiviti pun menurun. Patutnya cuti diisi dengan masa bersama keluarga, tapi bagaimana masa itu nak diisi dengan bermakna apabila difikiran masih memikirkan tentang tugasan pelajaran yang belum siap. PhD ini terlalu menguasai diri walaupun cuba untuk tidak menjadikannya sebagai punca "stress" tapi ia tetap menguasai diri selagi tidak habis. Semoga tidak mendapat "permanent head damage (PhD) ) sudahlah!
Cuti panjang kali ini hanya dirumah saja. Dari sabtu - ahad, anak kedua ada program di Nur Laman Bistari program anjuran kelab kelas tingkatan 2 yang telah tertunda beberapa kali(dari kelab kelas tingkatan satu, hingga sekarang dah jadi kelab kelas tingkatan 2), program " we are born champions" Semoga anak-anak yang hadir akan menjadi "champions" di dunia dan akhirat.
Suami pula ada mukhayyam di Jeram, ahad- selasa. Yang lain hanyalah dirumah.
Cuti maulidur rasul, sana sini perarakan dan sambutan bukan main meriah lagi. Macam-macam acara ada. Ada juga tajuk seperti "Rasulullah contoh terbaik". Ya! Rasulullah adalah role model terbaik. Setiap tahun rasanya berbagai acara diadakan, tapi cukupkah itu saja yang kita lakukan setiap tahun? Kalau rasullah ada, akan tersenyum gembirakah baginda dengan segala macam bentuk acara yang kita adakan untuk baginda ini? Andai program yang dianjurkan dapat mendekatkan lagi kita kepada baginda, alhamdulillah, tapi bagaimana jika ianya hanya sekadar program tanpa terkesan langsung dihati?
Kita tahu baginda adalah contoh terbaik, tapi setakat manakah kita mengikuti baginda? Baginda yang menyintai kita umatnya sehingga hujung nyawa "ummati..ummati..", terbalaskah kita cinta baginda itu? Benar-benar kenalkah kita akan Rasul kita ini? Orang kata tak kenal tak cinta, kita bagaimana?
Tidak ditanya persoalan ini melainkan untuk diri sendiri yang lemah ini jua...
Raihan...Ya Rasulullah
No comments:
Post a Comment