Thursday, February 9, 2012

Milik kitakah esok hari?

Bertaubat, perlukah kita nantikan ‘masa yang sesuai’ untuk bertaubat?  Bilakah ‘masa yang sesuai’ untuk bertaubat? “ Tua nantilah baru bertaubat.”  “Nanti bila dah betul2 tak nak buat maksiat, barulah bertaubat” “Muda lagi, banyak lagi nak buat, buat apa nak bertaubat?” Pastikah kita masa itu ada?  Pastikah kita ‘esok untuk kita’? Pastikah kita sesaat selepas ini kita masih bernyawa?


Ada juga yang berkata “bertaubat lepas tu buat jahat, lepas tu bertaubat lagi, lepas tu buat jahat lagi, buat apa.. baik tunggu bila sampai masa nak bertaubat, barulah betul-betul bertaubat”.  Lagi sekali, pastikah kita sempat jumpa masa itu?  Lakukanlah solat sunat taubat bila-bila masa dan ketika, walaupun selepas itu kita akan mengulangi dosa yang sama.  Laksanakan..laksanakan..teruskan saja bertaubat, insyaallah, jika selalu kita lakukan pasti ada masa dimakbulkan Allah dan saat itu pasti kita akan lakukan taubat yang sebenar-benar taubat. Allah itu Maha Pengasih , Maha Penyayang dan Maha Pemberi Taubat. 
Bila-bila masa, buatlah solat taubat, selepas zohor buatlah solat taubat, selepas isyak buatlah solat taubat, jangan ditunggu masa lain yang mungkin bukan milik kita.  Jangan ditunggu sepertiga malam yang mungkin hanya akan berlalu tanpa kita mengisinya dengan qiyamullail.  Betaubat selagi kita punya masa, masa  yang perg tidak mungkin kembali, dan masa yang tinggal mengingatkan kita masa kematian yang  semakin menghampiri.  


No comments:

Post a Comment