Bila baca novel ke, tengok drama ke, kebanyakannya pasti ada konflik dan diakhir cerita baru sinar bahagia muncul. Selalunya begitulah, sehingga kadangkala rasa malas nak baca atau tengok! Tapi itulah lumrah kehidupankan, setelah melalui ujian atau konflik dan diakhirnya terbentang kebahagiaan, ianya adalah satu kemenangan yang manis. Satu kebahagiaan yang amat bermakna.
Begitulah hakikat hidup kita dunia yang sementara ini. Kita disini sementara cuma, kita hanyalah pedagang yang dalam perjalanan pulan ke kampung halaman yang abadi. Untuk memastikan kehidupan yang bahagia dan penuh bermakna di kampung halaman yang abadi, berbagai onak dan duri, berbagai ujian yang perlu kita lalui. Bukankah jika kita berjaya melepasi setiap ujian itu dengan jayanya maka kebahagian yang abadi akan menjadi milik kita? Setiap ujian bukan untuk membuatkan kita derita tetapi untuk meningkatkan lagi darjat kebahahagiaan yang bakal kita kecapi.
Firman Allah yang bermaksud:
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
No comments:
Post a Comment