Diizinkan Allah untuk bersama-sama adik di Raudhatus Sakinah untuk berbincang tentang topic "Ikhlas". Secara ringkasnya, setiap amal soleh kita akan diterima jika kita melakukanya dengan ikhlas dan bertepatan dengan sunnah dan syarak. Jika kita ikhlas melakukannya tetapi melanggar hukum syarka, amalan kita itu akan tertolak begitu juga sebaliknya.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”
Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :
“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”
Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :
“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”
“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”
Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :
“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”
Wahai kaum hawa, jika ada yang berkata "aku ikhlas menyintaimu" tetapi meminta kehormatan diri kita diserahkan untuk membuktikan ikhlasnya kita pula menyintainya. Benarkah tutur bicaranya "ikhlas" menyintai kita. Lelaki yang ikhlas adalah mereka menjadi pelindung bukan perosak...
No comments:
Post a Comment