Monday, February 27, 2012

Rahsia Apple cider


Tahun lalu, setelah lama tak buat check up, health check up, (kalau service kereta tu selalu la pulak, tapi "service" badan..hmm... bertahun sekali!) pergilah buat apatah lagi kat tempat kerja ada kemudahan ini.  Keputusannya!  

"Yang lain semua ok, bagus, cuma kolestrol puan ni"  Doctor muda lepasan UIA itu memulakan bicara.

"Bad kolesterol agak tinggi, tapi sebab good kolesterol puan juga masih tinggi saya tak akan mulakan ubat lagi.  Tapi 3 bulan lagi tolong datang check", sambung Doc.

Tiga bulan..hmm... ni dah melebihi 3 bulan...teramat-amat lebih dari tempoh 3 bulan tu! :-(

Saya: "Ada kemungkinan untuk terus naik ke doctor?"

"Kalau tak jaga memang akan naik, dan biasanya memang naik".

Barulah mula nak senaman pagi-pagi, jaga makan. Sorang kawan suggest untuk minum apple cider.  Dalam keterpaksaan, minumlah juga.  Bila search internet, ada satu brand yang katanya terbaik. 
sumber

Tapi tak taulah keberkesanannya, belum check lagi.  Lepas check nanti baru boleh nak bagi "cop sirim" ke "cop bakulsampah".  Buat masa ni masih mengamalkannya kerana satu yang pasti, sejak mengamalkan apple cider ni, period alhamdulillah dah normal semula (7 hari).  Sebelum ni (doctor kata sebab tension), period selalunya lebih dari 15 hari.  Separuh bulan! Memang menyeksakan...

Amaran : minumnya kena larutkan dalam air ya, kalau nak rasa penangan "cuka" bolehlah cuba terus direct saja minum.  Mau pitam! :-)

Dalam link bawah photo tu ada sedikit info pasal bragg apple cider ni.  Banyak gak benefitnya. Mungkin boleh cuba.  Ada sorang kakak penjual bagiatau, "minum apple cider ni lepas makan tengahari, boleh tolong control berat badan".  Ini dah cubalah juga, nak kata berjaya ke tidak tu tak surelah sangat, tapi dari ramadhan tahun lepas berat turun sikit, kemudian selepas balik haji, berat turun lagi (banyak berjalan), sampai sekarang berat tak la naik menggila sangat.  Wallahua'alam. 

No comments:

Post a Comment