Tajuk muka depan Harian metro hari ni. Rasanya selalu dah dengar berita tentang kematian bayi sebab tersedak susu. Kenapa bayi boleh tersedak susu?
1) Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
2)Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3) Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
Jadi persoalannya, sebab bayi boleh tersedak susu ni sebab kelalaian ke sebab tak sengaja sebab terjadi ke sebab memang takdir ke?
Dari sebab-sebab kenapa boleh terjadinya tersedak susu ni, sebab musabab yang paling tip-top adalah ---- KELALAIAN.
Kenapalah anak yang tak berdosa tu menjadi mangsa kelalaian kita?
No comments:
Post a Comment