Thursday, January 19, 2012

Munafik?

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersanda yang bermaksud
"Tiga tanda orang munafik; Apabila dia berkata dia berbohong. Apabila dia berjanji dia
mungkir. Apabila dia diberi tanggungjawab dia khianati"  (HR:Al Bukhari, Muslim, At-tirmizi dan An Nasaie).

Kadang-kala kita merasakan "tak mungkin aku termasuk dalam golongan ini!". Kita ambil satu bahagian saja, "bohong".  Tidak pernahkah kita berbohong? Bohong pada anak? "Jangan nangis, nanti balik kita beli aiskrim nak?" Angguk2 la anak kita, petangnya kita balik, kita lupa atau buat2 lupa sebab anak tak menangis lagi. Tidak masuk dalam kategori berbohongkah kita?

Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Abdullah b Amir b Rabiah berkata:"Ketika saya kecil, Rasulullah saw pernah datang ke rumah kami.  Ketika itu saya ingin keluar bermain, lalu ibu saya berkata: Wahai Abdullah, mari sini saya mahu beri sesuatu. Apakah yang engkau mahu berikan kepadanya, tanya Rasulullah saw. Ibu menjawab?:Buah tamar. Baginda bersabda: Sekiranya engkau tidak memberikannya nescaya tercatatlah dosa menipu ketasmu."

Imam Ahmad bin Hanbal, kerana menghayati teladan Nabi saw ini telah tidak mahu menerima riwayat daripada seorang lelaki. Kerana apa? Imam Ahmad telah mengembara begitu jauh untuk menerima hadis daripada lelaki tersebut.  Tetapi bila Imam sampai ketempat lelaki tersebut, dia melihat lelaki itu merapatkan pakaiannya seolah-olah mengendong makanan, kemudian memanggil baghalnya seolah2 mahu menberikan makanan.(hakikatnya lelaki tersebut berbohong kepada baghalnya!).

Inilah antara pembinaan akhlak dalam jiwa dan peribadi muslim.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment