Tuesday, January 10, 2012

CEDAW & Dasar Wanita Negara


CEDAW & Dasar Wanita Negara: Kesannya Terhadap Pembangunan Wanita

17 Disember 2011 bertempat UIAM Gombak telah berlangsung Wacana CEDAW & Dasar Wanita Negara : Kesannya Terhadap Pembangunan Wanita anjuran bersama IMAN (Interactive Muslimah Association), Wanita IKRAM dan WPRU (Women Progress & Research Unit IIUM). Wacana ini amat penting kerana ia memberi penerangan tentang dasar dan halatuju Dasar Wanita Negara dan CEDAW yang mencorak masa depan wanita, termasuk wanita muslim di negara ini. Keprihatianan terhadap perkara ini adalah untuk memastikan kedudukan dan kepentingan Islam dan umat, terutamanya kaum wanita Islam tidak terjejas.
(CEDAW - Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women)
Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim selaku Timbalan Ketua Wanita IKRAM telah menyampaikan ucapan aluan bagi pihak penganjur.
Wacana dirasmikan oleh Prof. Dato Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor UIAM.
Seramai lebih dari 80 orang menghadiri program. Dua orang daripada empat ahli panel pembentang adalah dari wanita IKRAM iaitu Prof. Dr. Najibah dan Puan Azlina Roszy Abd Ghaffar. Hampir lebih 20 orang ahli wanita IKRAM turut hadir sebagai peserta wacana.
Ucapan perasmian Prof. Dato Sri Dr. Zaleha Kamaruddin telah menceritakan tentang sejarah penubuhan CEDAW iaitu setelah PBB ditubuhkan pada tahun 1946. Ketika itu CSW (Commission on The status of Women) ditubuhkan. Antara peranannya adalah untuk menentang diskriminasi terhadap wanita dengan tujuan menaikkan status wanita.
CEDAW dipelopori oleh seorang aktivis wanita bernama Jane Connors yang merupakan satu perjuangan golongan feminis sebagai cara mereka membebaskan diri mereka dari diskriminasi. Malaysia adalah antara negara yang mengiktiraf atau menerima (ratify) CEDAW, maka mahu tidak implikasinya kepada wanita Malaysia perlu diberi perhatian penting.
Puan Azlina Roszy telah membentangkan kertaskerja Imbasan CEDAW dan Dasar Wanita Negara. Penglibatan beliau melihat sendiri perjuangan wanita feminis di CSW di United Nation (UN) telah memberikan perspektif tentang asal usul CEDAW ini. Kebaikan dan keburukan CEDAW ini telah dibentangkan.
Pembentangan seterusnya oleh kita Prof. Dr. Najibah mengenai Hak-hak asasi wanita : Perbandingan antara CEDAW dan Islam. Antara poin yg menarik perbincangan ini ialah mengenai hak kesamaan dan kesamarataan; dua perkara yang berbeza. Kepentingan CEDAW yg boleh membuat polisi, undang2 dan agenda ke United Nation,kesan kepada perundangan dan pindaan undang-undang negara yg berkaitan dengan wanita. Pembentangan Prof. Dr. Najibah merumuskan peranan dan tanggungjawab kita yg perlu mengadakan /membaharui undang-unadang ke arah yg lebih baik tentang hak, peranan dan tanggungjawab wanita, keluarga dan masyarakat.
Pembentang ketiga adalah Prof. Dr. Amriah Buang dari UKM yg membentangkan kertaskerjanya Pemberdayaan Pendidikan dan Politik Wanita Islam di Timur Tengah. Satu kajian beliau bagaimana wanita di negara-negara Arab seperti Arab Saudi di mana pendidikan wanita mereka ke hadapan (maju) namun di sudut politik penglibatan wanita masih kurang. Ini kelihatan sebagai satu paradox ( memperlihat satu keadaan atau suasana yang berlawanan.- a statement that contradicts itself)
Sesi terakhir adalah sesi dialog dan soal jawab yang dikendalikan Puan Kamar Ainiah seorang peguambela/peguamcara juga aktivis wanita. Antara yg ditimbulkan adalah tentang apa peranan kita bila melihat perlaksanaan CEDAW ini yg bercanggah dgn syariah , apa sikap kita terhadap golongan spt LGBTIQ dan perlunya kita mengetengahkan ‘working model’ yang boleh ditunjukkan dalam masyarakat bagaimana kita menaikkan martabat wanita dlm masyarakat.
Wacana diakhiri dengan ucapan ringkas penuh bermakna dari Prof. Madya Dr. Kamar Oniah, Pengerusi IMAN.
Menjadi harapan beliau agar usaha ini dapat diteruskan Antara inisiatif yang sedang dijayakan sekarang adalah penubuhan gabungan pertubuhan wanita yg akan memperjuangkan pemartabatan wanita Islam di Malaysia secara strategik. Penubuhan IMAANA dilihat sebagai satu wahana ke arah ini. Melalui usaha gabungan ini pelbagai cara boleh dilakukan utk menyatakan suara wanita dalam isu-isu yg membabitkan kepentingan wanita.

No comments:

Post a Comment