Tuesday, April 3, 2012

Life is not fair!


"Saya ni kerja dengan bersungguh-sungguh.  Tak curi tulang, amanah,bertanggungjawab, boleh kata pekerja contoh la.  Cuma satu saja yang saya tak sanggup nak buat.  Ampu boss. Pada saya biarlah saya dapat sesuatu tu kerana orang menilai tinggi hasil kerja saya bukan kerana ampu sana, ampu sini.  Tapi sampai sekarang saya masih di level yang sama, sedangkan yang masuk lambat dari saya pun dah ramai naik pangkat sebab mereka pandai ampu boss... life is not fair!"

Dimanakah akan kita perolehi keadilan yang sebenarnya?

Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya) dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.(Al-Jaathiyah, 45:22)

Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).(Al-Ahqaaf,46:19)

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.(Al-Qasas,28:84)


Hanya pencipta keadilan saja  yang mampu memberikan balasan yang penuh keadilan.

2 comments:

  1. kalau semua dah diperoleh di sini, tak perlu lagi syurga di akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu cikgu.. tapi tidak semua merasakan hakikat sebenar yang hidup didunia hanyalah sementara dan akhirat itu yang kekal. Semuanya mengharapkan syurga dunia tanpa memastikan syurga akhirat tetap milik kita...

    ReplyDelete