"Straighten your saff, pray as if this is your last prayer". Imam masjid bersuara sebelum solat.
My last prayer! Kalau inilah solatku yang terakhir, semoga Allah akan terus kekalkan pahala solat ini sehingga akhir hayatku. Andai ini solatku terakhir, semoga ia adalah yang terbaik. Andai ini solatku terakhir, masih mampu menerawang fikiranku ke sana sini?
Tapi cukupkah sekadar melakukannya diakhir waktu untuk "cover" semua masa yang telah berlalu?
Lakukanlah sesuatu amal itu seperti itulah yang terakhir, semoga setiap amalan yang berlalu adalah yang terbaik yang telah kita persembahkan buat bekalan di akhirat sana.
Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). (Al-An'aam 6:72)
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Hajj 22:77)
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Al-Hadiid 57:20)
No comments:
Post a Comment