"Saya tak nak sambung lagi madam". katanya H di semester pertama di university
"Kenapa?"
"Susahlah madam, english saya tak berapa baik, susah saya nak faham international lecturer cakap", Sambung H.
Saya faham apa yang dimaksudkannya, memang ada sesetangah lecturer agak susah nak difahami apa yang dicakapkan kerasa sebutannya yang penuh "slang".
"We need to make sure it is miserable..."
Miserable? Kenapalah nak kena make sure sesuatu experiment tu miserable? Miserable betul!!
Apa yang cuba disampaikan oleh prof ni adalah
"we need to make sure it is measureable" Bukan ke lain maksudnya tu!! Miserable..miserable
Mengikuti perkembangan bekas murid saya ini mengingatkan saya terus-terusan akan "tidak akan terjadi sesuatu itu tanpa izin Allah", mengingatkan saya tentang bergantunglah kepada Allah pasti akan ditunjukkan jalanNya. Berusahalah, berdoalah dan kemudian bertawakallah kepadaNYA.
Dalam keadaan H yang hampir putus asa, dan ingin berpindah ke university lain tetapi mendapat tentangan yang hebat dari ibu dan abangnya. Kenapa dia di UIA juga adalah atas 'perintah' ibu dan abangnya. Dalam keadaan yang hampir mematahkan semangatnya, saya cuba untuk 'berada di situ' bila diperlukan. Walaupun tidak dapat memberikan penyelesaian kepada masalahnya, tapi saya pastikan saya cuba menjadi pendengar yang baik bagi setiap masalahnya. Mengetahui jatuh bangunnya, suka dukanya, sepanjang pengajian ini, saya bersyukur sangat-sangat pada Allah apabila mendapat panggilannya pagi ini.
"Assalamualaikum madam, madam sihat?"
"Alhamdulillah sihat, H macammana, masih kerja kat ITD?"
"Kerja tu sampai bulan 3 saja, saya dapat offer kerja baru madam, kat UK"
Saya macam tak dengar yang hujung tu,terdetik dalam hati "ni nak buat april fool ke apa ni? takkan la dia boleh dapat offer kat UK! ke Ulu Klang?" Itulah manusiakan, ada juga prejudise tu...
"Kat mana?"
"Kat UK madam.."
"Amboi jauhnya...alhamdulillah.."
bla..bla...bla..blaa... Berbagai pandangan dan nasihat yang diminta. Saya jawab apa yang dapat dijawab.
Begitulah ketentuan Allah. Apabila Allah telah bukakan rezekiNya, dan rezekinya milik kita, ia akan tetap menjadi milik kita. Hanya samada kita akan beringat setelah timbul bahagia selepas duka untuk terus mendekatkan diri kita kepadaNya atau kita terus hanyut dari mengingati yang DIAlah Allah yang telah menetapkan rezeki dan bahagia ini milik kita. Bahagia atau derita ia tetap ujian buat kita sebagai hambaNYA. Dimanapun kita bekerja (berada), ingatlah itu semua hanyalah wasilah (jalan) untuk Allah sampaikan sumber rezeki atau bahagia buat kita. Majikan kita, pelindung kita bukanlah pemberi semua itu, tapi Allah yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi.
No comments:
Post a Comment