Entah kenapa hati terasa kosong. Tenang? Ya..mungkin juga, ketenangan dalam kekusutan. Walaupun sebenarnya keadaan adalah kusut dan menyesakkan dada, tapi itu semua seperti tidak membawa apa-apa erti. Walau dalam keadaan yang duji begini, tidak apa yang diharapkan melainkan keampunan Allah. Tugasan masih tetap dilaksanakan tapi roh dan jiwa tidak disitu.
sumber |
Mungkin juga kerana diri ini berada dalam pengaruh sedar yang tinggi, 'stress' hanyalah membunuh.. membunuh ketenangan diri, membunuh sel-sel sihat, membunuh masa-masa kualiti bersama tersayang. Jadi diri yang penuh kesedaran ini memilih untuk tidak membiarkan "stress" menguasai diri. Bagaimana untuk melakukan itu? Entahlah..yang pasti serahkan hati yang sakit kepada pembuat hati itu, DIA tahu bagaimana menyembuhkannya. Pasrah dan redha dengan ketentuannya, kita merancang, DIA juga merancang, pastinya perancangan DIA adalah yang terbaik. Juga jangan diletakkan dunia dihati, kerana yang abadi hanya di akhirat nanti. Apa ditangisi sesuatu yang sementara, kejarlah sesuatu yang abadi. Hidup didunia, hiduplah sebagaimana kehidupan sementara, bukan seperti kehidupan yang abadi.
Ketenangan itu kurniaan Allah, Diperolehi dengan zikrullah,
"Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."(Al A'raf,7:204)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(ArRad,13:28)