Friday, April 22, 2011

Suami perlukan testosterone dan Isteri perlu oxytocin untuk kurangkan stres

Ahmad Shafiai Uda Jaafar

(Tulisan ini untuk bacaan bersantai sahaja.)

Abu pulang ke rumah dengan keadaan letih. Sesampai di rumah, dia melabuhkan badan yang separuh longlai terbenam di dalam sofa malasnya dan mengangkat kaki di atas pelapik kaki berlunjur ke arah tv. Dia terus mencapai alat kawalan jauh, mengetik-ketik mencari saluran berita dunia di sana sini. Fikirannya terasa lega kerana dapat mencampakkan ke belakang masalah yang menghantuinya di pejabat tadi. Niatnya semata-mata untuk memulihkan tenaga yang telah hilang di pejabat tadi dan bersedia untuk menyumbang tenaga dan tanggungjawab yang mungkin diperlukan di rumahnya ini.


Sebaliknya, Aminah, isteri Abu yang pulang lebih awal dari pejabatnya, berada di dapur sambil menyusun pinggan mangkuk dan periuk kuali yang sudah kering di rak pinggannya, merasa hairan mengapa suaminya tidak menegurnya, diam membatu menengok tv. Adakah dia sakit? Atau adakah dia marah padanya?. Apa salahnya dia ceritakan masalah yang dia hadapi berkongsi dengannya? Atau tanya padanya masalah yang dia hadapi di pejabatnya? Adakah dia tidak nampak yang isteri berada di dapur ini? Sambil menjeling sekali sekala melalui tepian matanya ke arah suaminya yang sedang tenggelam hanyut, fikirannya terus membuat bermacam-macam andaian hingga ke peringkat adakah dia ini masih cinta pada dirinya lagi?. 
Aminah bertambah stres.

Aminah sangat hairan memikirkan suaminya semakin hari bertambah dingin terhadapnya.

Abu pula bertambah bingung mengapa akhir-akhirnya ini, isterinya mudah saja melenting dan marah-marah atas perkara yang dianggapnya remeh temeh.

Kedua suami isteri ini telah bernikah atas dasar cinta yang sejati yang telah mereka ikatkan pada tujuh  tahun yang lalu. Namun cinta yang disanjung itu tidak mampu untuk mengekalkan kemanisan berbulan madu hingga ke hari ini. Mengapakah perkara begini boleh terjadi?.

Mari kita imbas kembali bagaimana Allah mencipta kita seawal umur satu hari hingga kelapan minggu semasa ruh kita di tiupkan ke dalam janin kita. Sahabat saya Dr Danial Zainal Abidin yang mempelopori Minda Super, mengatakan, Allah menentukan jantina kita semasa kita berumur enam atau lapan minggu. Sebelum enam minggu, semua janin adalah perempuan.  Bagi janin yang ditentukan menjadi lelaki, maka ia mengeluarkan hormon testosterone yang tinggi kepekatannya dan merubah bentuk menjadi lelaki. Manakala janin yang ditentukan menjadi perempuan, akan terus menjadi perempuan tanpa dibekalkan dengan hormon testosterone yang banyak.

Kajian terkini menyatakan bahawa wanita mengeluarkan hormon oxytocin untuk menangani stres manakala lelaki mengeluarkan testosterone untuk tujuan yang sama. Kesan pengeluaran oxytocin di dalam wanita yang mengalami stres dikatakan boleh menyebabkan wanita berasa selamat, bekerjasama, rasa prihatin, membantu dan belai membelai. Bagi lelaki pula, pengeluaran testosterone semasa kecemasan ialah menyebabkan dia bingkas bangun bertindak segera, berkorban diri untuk kepentingan umum dan bermotivasi menyelesaikan masalah. Dengan perbezaan ini dan ketidakfahaman fungsi hormon dan kesan kepada lelaki dan wanita inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara lelaki dan wanita di mana juga sama ada di pejabat ataupun di rumah.
                                                    
Memang tepatlah kenyataan lelaki (rijal) di dalam Surah An Nisa ayat 34, itu sebagai pengawal, penjaga dan pemimpin wanita yang telah dibekalkan oleh Allah dengan hormon ini agar lelaki bermotivasi menjaga diri, keluarga dan masyarakatnya daripada serangan musuh dan wanita pula dibasahi dengan hormon oxytocin agar bermotivasi memelihara, membelai dan menjaga hubungan peribadi dengan suami, anak-anak dan masyarakat sekelilingnya.

Mari kita memahami kesan testosterone terhadap lelaki dan wanita. Tingginya tahap testosterone di dalam lelaki akan menyebabkan stresnya rendah. Sebaliknya bagi wanita memang hormon ini boleh menyebabkan rasa tinggi berkuasa, berupaya dan kelihatan lebih seksi tetapi ia tidak merendahkan stres baginya. Malah menyebabkan wanita bertambah agresif dan mudah melenting.

Lelaki memerlukan dua keadaan iaitu mengeluar dan membina testosterone. Pertama semasa mengeluarkan testosterone, seperti sedang menukarkan tayar bocor, lelaki dapat merasai nikmat kepuasannya pengeluaran hormon ini. Selepas itu, lelaki memerlukan aktiviti untuk membina semula testosterone yang telah digunakan tadi seperti tidur, makan, main permainan, tengok berita di tv dan membaca akhbar. Ia juga merasakan kepuasan semasa testosterone dibinakan semula ini.
Manakala banyaknya oxytocin di dalam wanita akan menyebabkan turunnya stess mereka tetapi tidak kepada lelaki. Memang orang lelaki akan bertambah jujur, empati dan pemurah sikapnya tetapi tingginya kepekatan hormon ini akan menyebabkan lelaki bertambah stres dan jadi mengantuk melemahkan hormon testosterone.

Wanita memerlukan juga dua keadaan iaitu mengeluar dan membina oxytocin. Semasa mengeluarkan hormon ini seperti melayani anak dan suami, wanita rasa puas dan stresnya turun. Kedua semasa menerima belaian dan batuan kerja rumah daripada suami akan menyebabkan hormon ini terbina dan dia merasa puas juga.

Kembali kita kepada senario di atas tadi. Abu merasai dirinya stres setelah tidak berjaya menyelesaikan masalah di pejabatnya tadi. Perbuatannya mendiamkan diri dan menonton tv adalah semata-mata untuk membina hormon testosterone yang telah kurang. Isterinya boleh membantu mempercepatkan proses ini dengan membiarkannya “menggua” di depan tv dan memberinya air minum kesukaannya tanpa mengeluarkan apa-apa ungkapan. Apabila Abu terasa kembali segar, pasti dia akan ke dapur bertemu isteri kesayangannya itu. Waktu inilah giliran isterinya pula menambahkan hormon oxytocin setelah hilang melayan anak-anak sekembali daripada pejabat, apabila suaminya mula menghampirinya. Teknik yang terbaik ialah bisikkan kepada suaminya dengan ungkapan, “Alhamdulillah, tolong Minah untuk bereskan ini, Minah perlukan pertolongan abang, terima kasih Abang”, seolah-olah bantuan penyelesaian diperlukan daripada suaminya yang “pakar-menyelesaikan-semua-masalah” itu.

Abu dengan mudah bersedia membantu kerana hormon testosterone telah banyak dan bersedia untuk mengeluarkannya melalui aktiviti “Menyelesaikan Masalah” yang diperlukan oleh isterinya.

Selamat mencuba.
Pak Utih

Sebahagian artikel ini telah ditulis di dalam Majalah Anis

p/s: Ada pula yang bertanya, "kat mana nak beli testosterone ni? Boleh jadi pengedar?"  Grrrr....grrrrr....


Thursday, April 21, 2011

Suatu hari yg indah...

Al kisah di sebuah rumah:
Suami: "Fix line phone kita ni jarang-jarang guna, internet pun tak selalu pakai.  Kita potong sajalah."
Isteri : "Ok je, lagipun kita banyak guna handphone"


Di suatu hari ketika lunch date"
Suami: "Yang tau tak no telefon 12347122 no siapa?"
Isteri : "Tau, no K.L. Kenapa?"
Suami: "No tu la abg pi potong hari tu"
Isteri: "Haa......apasal abg potong no K.L? Patut la dok call rumah dia tak dapat..."
Suami: "Line kitakan 2, abg ingat kalau satu 12347121, lagi satu tu 12347122 la....."
Isteri: "haa...haa... bukanlah, lagi satu tu 12347131... tak pasal2 no bekas bos telekom kena potong..mentang2 dia tah bersara...:-D"

Moral of the story.....

Monday, April 18, 2011

Bila orang lain masak..

Anak-anak saya memang suka makan tomyam.  Tapi setiap kali makan diluar selalunya pasti ada saja yang tak kena. Kebanyakannya adalah kerana kepedasan tomyam itu.  Macammana lagi nak dibuat walaupun telah diberitahu kurang pedas tapi masih dapat yang pedas.  Apa boleh dibuat?  Nak marah tukang masak kedai tu? Mungkin kalau bawa masuk mahkamah pun (kali ni kita usung tomyam lak masuk mahkamah... sebelum ni pakat usung tilam..hee..hee) tak mungkin akan menang.  Tahap kurang pedas tukang masak tu mungkin memang itulah yang kita dapat, setelah dikurangkan kepedasannya tapi tetap pedas. Tahap kepedasan yang berbeza.
Apa yang boleh dikatakan "bersyukurlah dengan rezeki yang ada" apatah lagi jika ianya adalahg percuma!

Thursday, April 14, 2011


Apabila seorang lelaki tu bila tidak lagi menyukai, menyayangi isterinya bukan setakat meninggalkan saja isterinya tetapi membunuh isterinya, apakah dia dapat diharapkan menjadi suami yang baik pada kita? Tidakkah perkahwinannya dulu itu berdasarkan cinta juga?  Apakah asasnya dia untuk menyukai kita? Apakah tidak berkemungkinan apabila kita tidak lagi disukai perkara yang sama akan berlaku pada kita? Hmmm... ngeri... Cinta tidak buta, tapi kita yang buta...

Saturday, April 9, 2011

Cantik bukan teras untuk dicintai

"Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi
enak apabila dgandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi
tanpa keperibadian dan iman yang padu anda
ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.  Sebaik
-baik kopi dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila
kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan
akan terus disukai.

Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab
kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh
lebih besar...."

Sedutan dari buku "Membina Peribadi Anggun" Dr HM Tuah Iskandar Al Haj.
Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, April 5, 2011

Nafsu Amarah

Seorang guru muda menghukum anak muridnya yang dituduh mencuri duit rakannya sebanyak RM7. Tetapi yang lebih tragis adalah apabila tujuan asal adalah untuk menghukum tetapi kerana dikuasai oleh syaitan maka nafsu amarah yang bermaharaja lela!  Natijahnya, anak kecil yang tidak berdosa itu kini tidak bernyawa lagi! Itulah akibatnya jika dikuasai oleh nafsu amarah, tidak lagi mampu berfikir dengan keimanan.

Dari Abu Hurariah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Bukanlah orang yang keras - kuat - itu dengan banyaknya berkelahi, hanyasanya orang-orang yang keras -kuat - ialah orang yang dapat 
menguasai dirinya di waktu sedang marah-marah."   (Muttafaq 'alaih)

Dari Mu'az bin Anas r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: 
"Barangsiapa yang menahan marahnya padahal ia kuasa untuk 
meneruskannya - melaksanakannya - maka Allah Subhanahu wa 
Ta'ala mengundangnya di hadapan kepala - yakni disaksikan 
-sekalian makhluk pada hari kiamat, sehingga disuruhnya orang
 itu memilih bidadari-bidadari yang membelalak matanya dengan 
sesuka hatinya."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:"Berilah wasiat padaku." Beliau s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengutanginya berkali-kali tetapi beliau s.a.w. tetap bersabda: "janganlah marah." (Riwayat Bukhari)

Monday, April 4, 2011

Virus!!

Entah kenapa, virus ni macam tahu lak kita menunggu-nunggu kehadiran parcel.. sampai je FedEx nya notification, tanpa berfikir panjang (dalam erti kata lain..gelojoh..) terus open..alamak!!! brzzzzz..... penuh dengan virus alert... arggg... dah la banyak kerja ni... langsung tak jadi kerja!!  Ish..ish... Habis semua site tak leh bukak, siap ngan warning lagi!

Dengan pasrahnya cuba try test (bahasa!!!...)  cuba restore balik.  Alhamdulillah, my computers seem has no problem after that.  Hopefully, it will stay like that for a long time...  Moral of the story..jangan gelojoh dan berhati-hati di siberuang...

Terlalu banyak virus di dunia ini sekarang ni, virus yang menyerang physically dan juga yang menyerang spiritually.  Yang bahaya, yang menyerang hati dan keimanan kita.  Semoga allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya kepada kita.  Semoga penyudah hidup kita dalam keadaan yang baik.  Semoga sempat kita "restore" semula hati dan keimanan kita sebelum kita mengadapnya...

Mutiara itu dimana-mana....

Saturday, April 2, 2011

A Carrot, An Egg And A Cup of Coffee

Hari ni ambil masa sikit buat "spring cleaning" pada netbook ni.  Terjumpa cerita motivasi ni... Sharing is caring right!..


A young woman went to her mother and told her about her life and how things were so hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed as though just as one problem was solved, a new one arose.
Her mother took her to the kitchen. She filled three pots with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to a boil.

In the first, she placed carrots, in the second she placed eggs, and in the last she placed ground coffee beans. She let them sit and boil, without saying a word.

In about twenty minutes she turned off the burners. She fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and placed them in a bowl. Then she ladled the coffee out and placed it in a bowl.!

Turning to her daughter, she asked, "Tell me what you see."

Carrots, eggs, and coffee," she replied.

Her mother brought her closer and asked her to feel the carrots. She did, and noted that they were soft.

The mother then asked the daughter to take the egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hardboiled egg.

Finally, the mother asked the daughter to sip the coffee.
The daughter smiled as she tasted its rich aroma.
The daughter then asked, "What does it mean, mother?"

Her mother explained that each of these objects had faced the same adversity: boiling water. Each reacted differently.

The carrot went in strong, hard, and unrelenting. However, after being subjected to the boiling water, it softened and became weak.

The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but after sitting through the boiling water, its inside became hardened.

The ground coffee beans were unique, however. After they were in the boiling water, they had changed the water.
"Which are you?" she asked her daughter.
"When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a carrot, an egg or a coffee bean?"

Think of this: Which am I?
Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength?
Am I the egg that starts with a malleable heart, but changes with the heat? Did I have a fluid spirit, ... but after a death, a breakup, a financial hardship or some other trial, have I become hardened and stiff? Does my shell look the same, but on the inside am I bitter and tough with a stiff spirit and a hardened heart?
Or am I like the coffee bean? The bean actually changes the hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets hot, it releases the fragrance and flavor. If you are like the bean, when things are at their worst, you get better and change the situation around you.

When the hour is the darkest and trials are their greatest, do you elevate yourself to another level? How do you handle adversity?
Are you a carrot, an egg or a coffee bean?

The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way. The brightest future will always be based on a forgotten past; you can't go forward in life until you let go of your past failures and heartaches.
When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so at the end, you're the one who is smiling and everyone around you is crying. 
It's easier to build a child than to repair an adult...

This is so true - May we all be COFFEE

Friday, April 1, 2011

Teruskan bermimpi

Memuhasabah diri sepanjang perjalanan hidup ini, ada mimpi yang menjadi kenyataan ada  yang tinggal sekadar mimipi.  Begitu banyak impian yang diri ini impikan, tetapi banyak lagi kenyataan yang tidak pernah termimpi akan dimiliki.  Dan pastinya apa yang dimiliki kini lebih baik daripada apa yang pernah diimpikan sebelum ini. Sesungguhnya perancangan Allah sentiasa lebih baik dari perancangan kita. 
Teruskan bermimpi jikapun ianya tidak menjadi kenyataan kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.  Jangan gusar dan bersedih atas impian yang tidak menjadi kenyataan kerana pasti ada hikmahnya atas segala yang terjadi pada diri kita.  Pasti ada pengajarannya yang ingin DIA terjemahkan kepada kita.

La tahzan...