Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Cukuplah...

Sekiranya kita mengikuti ajaran Islam ini dengan sebenarnya, mengikut Al-Quran dan As Sunnah, pastinya kehidupan kita di dunia ini aman dan tenteram dan pastinya benar-benar menjadi 'syurga dunia'.

Andai kita ambil satu area saja - sekiranya tidak ada perasaan irihati yang membawa padah dihati manusia tentu hidup kita aman dan damaikan.  Jika kita tidak irihati dengan kekayaan yang dimiliki oleh saudara kita @ jika kita tidak irihati dengan rumah besar, kereta mewah, intan berlian, perniagaan jutaan pulangan yang dimiliki oleh sahabat kita@ jika kita tidak merasa marah dengan tolakan sipujaan hati hanya kerana kita miskin! Jika kita ada rasa irihati dan ianya sekadar di hati kita, alhamdulillah, kerana kita mampu "berjihad" dengan sifat mazmumah (sifat yang keji dan tercela) kita. Tetapi bagi yang terlalu terpedaya dengan tipu daya syaitan (syaitan gak yang salah!!), adakalanya kerana irihati tu kita melakukan sesuatu yang melanggar hukum Islam dan juga hukum kemanusiaan!


Kenapa kita ada rasa irihati dan marah?  Kerana kita tidak ada sifat Qanaah --> merasa cukup dengan apa yang ada sebagaiman yang dikurniakan oleh Allah tetapi kita tetapi ianya tidak menghalang kita untuk berusaha bagi menambah baikan keadakan kita. Sifat yang tidak membawa keburukan dan kemudaratan kepada orang lain. 

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi) 

Rasulullah saw bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Ini hanya satu dari ajaran Islam, bagaimana jika kita melaksanakan ajaran Islam sebagai Ad Deen (cara hidup) kita? Dapat di bayangkan tak apa yang akan terjadi? 

Monday, October 20, 2014

nikmatilah kesihatanmu...

sumber
Adakalanya terasa malas nak bangun awal, macam best saja kalau boleh tidur sampai tengahari! Tetambah kalau hari tu hari cuti. Dalam erti kata lain, minta-minta dapat rehat lama sikit disuatu pagi yang nyaman itew...

Suatu hari melalui kawasan yang nampak macam sebelumnya ada aktiviti berkebun dengan tanah yang masih ada dalam polisterin (betul ke eja in BM? -  polystyrene) dengan terpacaknya tiang-tiang kayu untuk pokok menjalar. Tapi masa tu telah ditinggalkan begitu saja. Apakah cerita disebalik pemandangan itu? Kemanakah manusia yang mengusahakan 'kebun' tu? Apakah dia terlalu sibuk kini ataupun dia kini dimamah usia! Usia yang tidak lagi membolehkannya bangun untuk berkebun lagi, tidak lagi membolehkannya untuk walaupun sekadar bangun dari tidur walaupun dia sangat ingin berbuat begitu! Di saat di mana dia ingin sangat untuk bangun pagi-pagi dan memulakan aktiviti pagi tapi tidak lagi mampu!

Diri ini tersentak - bermonolog sendiri  "Dimana disaat diri ini masih mampu untuk bangun pagi dan melaksanakan urusan rumahtangga dan tanggungjawab, bangunlah, jangan malas. Andai ditarik kembali nikmat itu darimu jangan menyesal! Hargailah dan nikmatilah nikmat kesihatan yang masih Allah kurniaankan padaMu."




(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (Yaa Siin,36:67)


Thursday, June 26, 2014

Kesilapan dan Ramadhan

Ramadhan semakin menghampiri...

Semoga Allah temukan kita dengan Ramadhan tahun ini. Bulan yang penuh kerahmatan ini pastikan kita lalui dengan kejayaan yang sebernarnya.  Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh untuk sebuah kejayaan dalam pekerjaan ataupun pelajaran, semoga kita sama-sama berjaya mengharungi tarbiyyah Ramadhan kali ini dengan lebih berjaya berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Nikmat yang Allah berikan untuk kita dapat lalui Ramadhan (temukan kami ya Allah, insyaallah..) janganlah kita sia-siakan.  Semoga kita mampu untuk memperolehi A diakhir Ramadhan nanti.

Ustaz Zaharudin adalah menulis beberapa tahun yang lalu "Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan". Semoga bermanfaat.

*********************************************************************
Oleh
 Zaharuddin  Abd Rahman
  
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur hingga tidak puasa. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian
*********************************************************************

Tuesday, June 11, 2013

Disini dan disana, ada persamaannya...

Baru-baru ini berada dalam satu majlis penerimaan award untuk pelajar cemerlang UPSR, SPM, STPM, O-level dan A-Level. Yang mendapat awardnya anak-anaklah. Berada di dalam majlis ini, tidak kiralah siapa pun ibubapa anak-anak itu, mereka berada di atas pentas hasil usaha mereka untuk berjaya. Mereka berada di atas pentas menuai hasil tidak cukup tidur, hasil menelaah berkali-kali, hasil usaha memahami apabila ada yang tidak difahami, hasil tuaian yang telah mereka semai berbulan-bulan sebelum itu!  Tidak kira apa status ibubapa mereka, tidak kira dilevel mana pangkat ibubapa mereka, mereka di pentas kerana merekalah yang telah dipilih oleh Allah untuk berjaya. Dipilih secara individu.

Melihat dan memuhasabah dari peristiwa ini, apa saja yang kita lakukan di dunia ini adalah refleksi  perjalanan kehidupan kita di dunia dan akhirat nanti. Tidak kira apa pun status kita, apa pun stasus ibubapa kita, kita akan tetap kembali ke tanah.  Dengan balutan pakaian yang tidak diperbuat dari sutera, tidak juga dari satin, maupun english cotton berbunga ceria. Tapi hanya dengan sepasang kain cotton putih bersih tanpa noda. Itulah pakaian kita walaupun kita seorang raja di dunia ini.  


Di sana nanti, tidak kira apa status kita di dunia ini, apa pangkat kita di dunia ini, cantikkah kita di dunia ini, kita semua akan menuai hasil yang telah kita semai bertahun-tahun ketika di dunia dulu. Jika usaha kita A++, itulah hasil yang akan kita raikan di akhirat nanti.  Kita akan "naik ke pentas Allah" sebagai seorang hamba A++. Disana nanti kita akan di hisab secara individu. Walaupun kita cuba untuk menyalahkan orang lain atas apa yang kita lakukan tetapi at the end of the day, kitalah yang akan bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang  telah kita buat di duniai ni. Di mana kita di akhirat nanti, adalah hasil usaha kita di dunia ini. Andai syurga idamannya, di dunia lagi perlu diusahakan agar dapat diberikan syurga sebagai ganjarannya.

Thursday, March 7, 2013

tarbiyyah paip pecah dan sinki bocor...


"Ujian adalah
Tarbiyyah dari Allah
Apakah kitakan sabar
Ataupun sebaliknya.."

Begitulah bait-bait lagu nyayian asalnya oleh The Zikr, tapi dirakam semula oleh Raihan atau Nazeri saja, tak pasti.

Ya.. ujian adalah tarbiyyah dari Allah.  Apakah kita akan menjadi hambanya yang berjaya atau pun hambanya yang kufur dek kegagalan mengharungi ujian itu.  Setiap ujian yang menimpa kita pastinya ada hikmah dan tarbiyyah yang ingin Allah berikan pada kita.

Teringat pada tahun 2006, ketika suami perlu ke luar negara selama 6 bulan.  Itulah pertama kali kami berpisah lama didalam masa perkahwinan kami. (Tak faham macammana pasangan muda sekarang sanggup menjadikan trend weekend wife or weekend husband! Apakah kerjaya adalah segala-galanya?).  Selepas menghantar suami ke airport bermulalah episod lemah longlai, tak bermaya, tak larat nak bangun, kalau boleh nak tidur saja dan tak mau diganggu. (Tu baru berpisah 6 bulan, kalau berpisah selama-lamanya, tak taulah macam mana pula episodnya).  Walaupun anak-anak ada tetapi kekuatan diri ini tidak ada!

Tapi Allahkan berfirman dalam surah Al Baqarah, 2 ayat 286 yang bermaksud
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Allah tahu kita mampu, kita saja rasa kita tidak mampu. Malam pertama pemergian suami, terdengar bunyi macam air terjun kat luar rumah.

"hmm..sejak bila pula ada ai terjun ni!!..Bunyi apa sebenarnya", hati berbicara sendiri.  Nak keluar dengan amaran-amaran yang didengari tentang perbuatan jahat manusia durjana untuk "mengeluarkan" penghuni rumah dengan membuka air paip diluar rumah mengekang diri ini dari keluar memeriksa apa yang berlaku.  Tetapi apabila bunyi tu masih kedengaran setelah beberapa lama, diri ini memberanikan juga untuk menjenguk keluar.  Kelihatan paip air tak terbuka, jadi bunyi apa yang masih setia mengeluarkan bunyi ya!

Keluar juga memeriksa, Ya Allah, paip pecah rupanya ditimpa bata yang entah dari mana datangnya!  Malam-malam ni nak buat apa?  Dah tengah malam nak minta tolong sesiapa. Cuba untuk menghentikan pengaliran air tetapi tidak berjaya, hanya dapat menghentikanya dengan menutup kepala paip utama.  Tidak berairlah rumah kami sepanjang malam dan hingga esoknya.

Esoknya awal-awal pagi telefon biras yang tinggal berdekatan kerana abang ipar pandai bab-bab baiki ni.  Tapi dapat tahu abg ipar tidak dalam "good mood".  Oh! terasa begitu keseorangan sekali.  Tetapi tarbiyyah Allah itu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.  Disaat merasakan tidak mampu untuk hidup tanpa suami disisi, Allah turunkan pengajarannya sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 286 itu.  Ujian paip pecah ini adalah cara Allah tarbiyyahkan diri ini bahawa "kau mampu".  Melihat ke arah paip yang dah kering tu, Allah datangkan idea "aku mampu baikinya sendiri ni".  Berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan melihat suami dan arwah ayah baiki paip, paip itu alhamdulillah dapat dibaiki setelah Allah memudahkannya dengan adanya segala kelengkapan untuk membaiki paip (gergaji, gam dan paip penyambung) :-D.  Alhamdulillah. Pentarbiyyah pertama dari Allah, "kau mampu".

Habis bab paip, tengaharinya , dalam sibuk nak masak, sinki pula tersumbat. Dah la tersumbat dalam dok godek-godek nak cuci , dush!! tercabut besi yang lubang2 (filter) antara singki dan penyambung paip (sinki lama). Alamak! macammana nak sambung balik ni!! Bawa keluar ke belakang rumah, tengah dok cuci-cuci sambil berfikir macamana la nak sambung ni... Dah habih akal dah tak tau macamana nak buat, kakak sebelah keluar.

K.Siti : "Rajinnya cuci sinki".

Aku: "Tersumbatlah kak, dah tu ni haa tercabut pulak!"

K.Siti:"Akak pun pernah tercabut jugak dulu, kena skru balik dari bawah ..bla..bla..."

Aku:"Terima kasih kak".  Dengan senyum sebab dah dapat jawapan pada persoalan yang lebih susah dari soalan C programming :-D

Itulah dua tarbiyyah yang Allah berikan, disaat diri ini terasa tak mampu nak bergerak atau buat apa-apa.  Bukan tak mampu sebenarnyakan tapi tak mahu... Tarbiyyah itu menyedarkankan diri ini bahawa ujian perpisahan ini mampu untuk kuharungi sebab itu Allah pilih aku untuk menghadapinya.  Tarbiyyah ini juga menyedarkan aku agar tidak selamanya bergantung kepada suami dalam hal-hal pembaikan ini.  Kalau tak sendiri baiki pun setidak-tidaknya tahu macammana nak menyelenggara dan membaikinya.

Ya..benar..ujian adalah tarbiyyah dari Allah.  Semoga kita menjadi hamba-hambaNya yang berjaya disetiap ujian yang Allah kurniakan pada kita kerana "Setiap ujian yang datang itu , hadir dengan nama kita tertulis diatasnya.  Jangan ditanya 'kenapa aku?' Tetapi tanyalah 'kenapa tidak aku!" - Dari Dr Harlina".

Yang sukar adalah untuk mengekalkan momentum setelah tarbiyyah itu diperolehi sebagaimana sukarnya untuk mengekalkan kemabruran haji! Ujian kesenangan pastikan lebih susah untuk diharungi...

Thursday, January 31, 2013

Janganlah...

Di dalam usia yang semakin meningkat, lutut ada yang mula terasa nyilu-nyilu bila naik tangga, diri ini mula terasa risau.  Apatah lagi melihat kakak-kakak yang mula bersolat diatas kerusi. Semoga diri ini tidak sampai begitu jadinya sehingga hujung nyawa.

"Ya Allah, tidak mahu aku kehilangan rasa nikmat sujud kepadaMu. Sujud yang sebenar-benar sujud.  Tanda rendahnya hambaMu ini berbanding denganMu. Untuk terus mengingatkan diri ini, nikmatMu yang manakah yang ingin aku dustakan?"


 "Sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)." (QS Al-'Alaq: 19).

 "Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan  Tuhannya adalah ketika ia sedang sujud" (HR. Muslim).

Friday, January 4, 2013

New year!

Dah 4 hari di tahun baru Masihi.  Tahun baru Hijrah dah lama kita lalui.  Selalunya yang meriah hanyalah di tahun baru Masihi tetapi kebanyakannya hanya diisin dengan program yang tidak meningkatkan darjat iman.

Tahun baru bermakna setahun lagi kehidupan kita telah berlalu.  Apakah yang telah kita isi selama setahun kehidupan kita yang berlalu itu?  Setahun bermakna 365 hari bersamaan 8760 jam bersamaan 525600 minit telah kita habiskan. Itu belum dikira dah berapa tahun kita hidup di dunia ini!

Semoga tahun ini, 365 hari yang bakal kita lalui akan lebih baik dari yang sebelumnya.  Tanamlah di tahun ini dengan benih-benih amalan yang baik semoga tuaian kita diakhirat nanti adalah yang terbaik hasil benih yang baik.


"Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar. " (An-Nisaa' 4:146)

"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Al-Baqarah 2:86


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 


Thursday, December 20, 2012

I.... yg mahal!


Pernah alami situasi yang begini?
sumber

1) Aiii.... takkan lecturer naik kancil kot!

2) Aii... anak cikgu takkan dapat B semua dlm upsr!

3) Aiii... belajar sampai luar negara, takkan hantaran 5 ribu sj!

4) Aii... cikgu takkan kasut 'chokia' (murah) saja kot!


the list is on and on and on...

Apabila ada standard yang tak pernah diwartakan begini, maka secara tidak langsung mendatangkan stress yang tak sepatutnya kepada kita!

Kenapa perlu jika dilevel begini, perlu begini?  Standard siapa yang kita ikut? Hal dunia yang sementara ini kenapa perlu menjadi pengikut?

Anak-anak kita dizaman ini, terlalu mudah menjadi pengikut dengan standard yang entah siapa yang merekacipta dan kadang kala melanggar batas-batas agama.  Terlalu rapuh jati diri anak-anak kita sekarang ini!

Solutionnya?           "Perlu kembali kepada fitrah Islam yang mulia"

Nabi junjungan yang mulia tidak pernah meletakkan hal dunia sebagai standard kepada sahabat ataupun kita umatnya.  Siapa kita di sisi Allah itulah yang lebih perlu dijaga standardnya.


"Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan." (Al-An'aam 6:132)

"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya" (Taha 20:75)

"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka"(Al-Hadiid 57:19)

Thursday, October 25, 2012

AMAT diperlukan...

Tahun lepas disaat-saat begini, ketika berada di Mudzalifah dengan jutaan manusia berlandaskan langit luas sebagai bumbung terasa benar seperti suasana di padang masyar sebagaimana di gambarkan.  Seluas-luas kawasan hanya dipenuhi dengan manusia yang berpakaian serba putih.
sumber
Tahun lalu, kami diuji dengan perlu berada di Mudzalifah sehingga pagi menjelma, walaupun mina dekat sahaja tapi kerana perlu menunggu bas-bas datang, kami terpaksa merasakan keperikan matahari walaupun waktu itu pagi.  Tampa tempat untuk berteduh keperitan sinar mentari begitu menyengat!  
Andai inilah suasana di padang masyar nanti, memang semestinya kita memerlukan syafaat dari Nabi Muhammad saw untuk mempercepatkan hisab kita di padang masya yang tidak ada apa-apa naungan dari terik mentari!


Antara Syafaat Nabi Muhammad saw di akhirat (dengan izin Allah swt)

1. Meringankan penderitaan makhluknya di Padana Masyar dengan mempercepatkn hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Hanya Nabi saw, nabi kecintaan kita yang dapat memberikan syafaat buat umatnya. Akan mengakukah nabi kita umatnya andai ketika di dunia ini tidak kita ikuti sunnahnya? Arahannya? Larangannya? Sesungguhnya, kita AMAT memerlukan syafaatnya. Bersempena bulan pengorbanan ini, berazamlah untuk kita korbankan sedikit kesenagan dunia yang sementara ini untuk memperolehi kesenangan akhirat yang abadi.


Tuesday, October 16, 2012

Sharing...


To be human is to be prejudiced. We get used to seeing things in a certain way. At times we do not even notice we are seeing something from a certain perspective. It is like forgetting you have sunglasses on and thinking that the day has become dark!

So we see somebody behaving in a certain way and we link it back to our own behaviour and we usually know why we do something- usually, but not always. We then equate what the other person did with a hidden intention within that other person. Worse still, we then use our perception to make an accusation and maybe we are right but, maybe we are wrong!

Have you done that lately? Have you accused somebody of showing off? Of wanting a free ride, or of trying to impress? Do you know or, is it a perception based on your own view point which includes your filters?
It matters if you work with people, it also matters if you are a doctor and even more when you are a homeopath to know you have filters and know when you are being opinionated and when you are being objective in your recording the symptoms and signs of the case.

As an example, a patient starts to bat their eyelids at you and you immediately go on your guard because you think she is flirting. It turns out she has dust in her eyes. So the filter you have is your past experience of other women who bat their eyelids at you!

Another example would be when a person is good at something and demonstrates what they are good at. You immediately think: “Show off! ” It may just be that the person is just being her/him self and does not even think very much of what he/she is good at, simply because it is part and parcel of him/her.

So the point I am driving at is, to be aware of your filters, do not make assumptions and worse still accuse people based on your interpretation of their behaviour. Ask if you need to and find that person’s reasons, not the ones you think are that persons reasons!

from
http://drsuriyakhatun.com/2012/01/05/watch-your-filter/
http://drsuriyakhatun.com

Wednesday, September 19, 2012


"Daipada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." ( AlBukhori dan Muslim)

Selain dari itu tak perlulah "menensionkan" diri dengan perasaan iri hati atas apa yang menjadi milik orang lain.
Kenapa sesuatu itu tidak menjadi milik kita?  Mungkin milik orang lain itu memang terbaik untuk dia miliki, ujian untuknya.  
Mungkin jika menjadi milik kita, ianya adalah perkara terburuk yang pernah kita miliki, atauoun terus kita jatuh kufur nikmat! 
Bukanlah Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita? 
Jadi janganlah merosakkan diri dan hati dengan perasaan iri hati yang tidak dilandasi dengan syariat Islam.

Tuesday, September 18, 2012

Tak mungkin miliki semuanya...


Dalam kehidupan di dunia ini, jangan diharap kepada kesempurnaan ataupun untuk memiliki segala-galanya!

Ada orang punyai segala-galanya kesenangan di dunia ini, kereta mewah, rumah besar, harta bertimbun tetapi tidak memiliki kebahagiaan hati.  Dalam hati tiada syurga, dalam hati hanyalah merana, jiwa tidak tenang, hati tidak tenteram.

Ada orang yang tidak memiliki segala kesenangan dunia, hidup hanya sekadarnya, tapi dia miliki kebahagiaan hati, hati tenang, jiwa tenteram, anak-anak yang soleh dan solehah, hidup penuh keberkatan.

Antara dua kehidupan ini,

biarlah berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat,

biarlah bersusah di dunia tetapi bersenang di akhirat

Tapi

jangan berbahagia di dunia tetapi menderita di akhirat.

jangan menderita didunia lebih menderita di akhirat sana - perjalangan kehidupan yang paling malang!


"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan."
(Al-Baqarah 2:86)

"(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan." (Az-Zukhruf 43:32)

Tuesday, August 28, 2012

kufur nikmat!!

Dalam perjalanan pulang dari kampung, kami singgah di RnR Tapah (yang sentiasa penuh!), tempat yang selalu 'dilawati' dalam perjalanan yang jauh begini pastilah "tempat termenung".  Ketika sedang menuggu giliran ternampak seorang perempuan muda datang dengan bertongkat di kedua-dua belah tangannya.  Oh! berkaki satu rupanya!.  

Melihat keadaannya begitu, timbul rasa kasihan di hati, bertambah kasihan melihat cara pemakaiannya.  Dalam keadaan cacat begitu, dia masih tega berpakaian seksi meksi. Dia menerima keadaan dirinya begitu (perempuan muda tapi cacat), tapi tidak dapat menerima apakah hikmah dia dijadikan sedemikian rupa. Masih melanggar hukum Allah.  Ada orang yang sedar tapi tidak kuat untuk mentaati perintah dan larangan Allah.  Semoga Allah membantu dan memberi taufiq kepadanya.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


Nota: sumber
Pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut .

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!


Friday, August 24, 2012

Serupa tapi tak sama rasanya!

Pantas sungguh masa berlalu.  Tup tap tup tap dah selesai sebulan berpuasa, kini di syawal ke enam sudah! Puasa sunat syawal belum terlaksana lagi.  Bercuti hari raya di kampung tidak memungkinkan untuk memulakan puasa enam segera.  Hari-hari beginilah di ambil untuk melawat sanak saudara.  Dari pagi keluar hinggalah kemalam dari satu rumah ke satu rumah dilawati.  Pengertian raya pasti berbeza antara anak-anak dan kita yang dewasa.  Di zaman kanak-kanak dulu, setiap kali mendengar penyimpan mohor besar raja-raja (dulu-dulu begitulah panggilannya), mengisytiharkan "esok raya", wah.. gegak gempita rumah dengan sorakan.  Entah apa yang paling seronok pun tidak pasti kini, seronok tak payah berpuasa lagi, atau seronok nak kumpul duit raya atau seronok nak pakai baju raya (yang dah beberapa kali dicuba sepanjang ramadhan :-)) atau seronok nak beraya di rumah kawan-kawan. Yang pasti, seronok betul bila tiba hari raya.
 
Tetapi apabila telah dewasa dan bergelar ibu dan ayah, makcik dan pakcik, keseronokan itu entah hilang kemana! Kita menyambut syawal yang sama tapi tidak serupa rasanya! Itulah yang sepatutnya terjadi, pengertian raya kanak-kanak tidak sama lagi dengan kita yang dewasa.  Di akhir-akhir Ramadhan, kesedihan dan kepedihan terasa kerana bulan yang mulia, penuh keberkatan dan keampuan kini hampir meninggalkan kita.  Telah berjayakah kita meraih ketakwaan sepanjang Ramadhan yang kita lalui? 

Bagaimana ketaqwaan mampu kita miliki andai keampunan Allah tidak kita perolehi?  Semoga segala usaha yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan melayakkan kita untuk mendapat keampunan Allah dan melayakkan kita untuk meraikan syawal dengan sebenarnya.

"Ya Allah, andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhirku, semoga ianya adalah Ramadhan terbaik yang

Friday, August 3, 2012

Pergi tak kembali...

"Bulan ni saya ada bonus nak bagi pada semua pekerja saya" kata big boss di dalam satu mesyuarat bulanan.
"Wah..bestnya boss..." kata kawan
"Dapat apa boss?" tanya yang lain pula

Bingit jadinya bilik meeting yang kecil tu.

"Kamu buat segala yang terbaik dalam bulan ni, ganjarannya bergantung kepada usaha yang telah kamu buat. Lagi banyak kebaikan dan improvement yang kamu buat maka lebih BESARlah ganjarannya.  Apa bentuk ganjarannya bergantung kepada penilaian saya atas prestasi kamu",Sambung boss panjang lebar.

Jika itulah senario yang tejadi ditempat kerja kita, agaknya apa yang akan berlaku di bulan tersebut?  Pasti prestasi kerja yang tinggi dan terbaekkk yang akan kita tunjukkan ya. Ganjanran dunia pasti membuat kita teruja.

Realiti: Kita kini berada di bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang penuh keberkataan, penuh rahmat. Ganjaran yang berlipat kali ganja telah dijanjikan oleh Allah untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim

Kenapa tahap keterujaan kita tidak sama dengan situasi diatas? Apakah bulan yang mulia ini hanya akan meninggalkan kita dengan penuh kemuliaan, tanpa kita perolehi apa-apa kemulian darinya?

Ramadhan masih berbaki, rebutlah kemuliaanya sebelum ia pergi dan tak kembali lagi..

Tuesday, July 31, 2012

Demi Masa!

Begitu pantas masa berlalu, sekarang dah di minggu kedua Ramadhan!  Bagaimanalah prestasi kita pada seminggu yang telah berlalu?  Semoga keuntungan yang kita perolehi dan bukan kerugian.


Monday, July 23, 2012

Jangan terlepas!


Hari ini hari ketiga Ramadhan kita lalui.  Dua hari telah meninggalkan kita, tanpa akan kembali lagi. Bagaimana prestasi kita setakat ini? Dah tercapai KPI kita? 

Jika kita mampu untuk usahakan dalam mencapai KPI tugasan kita, ketika 'accreditation' setiap tahun dalam mengejar habuan dunia. Kita pasti mampu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh, penuh bersistem  untuk mengejar habuan dari Allah, hadiah yang paling istimewa yang pernah kita dapat!

Jika sebelum ini belum kita lakukan solat dhuha, mulalah hari ini semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan istiqamahlah sepanjang  Ramadhan ini semoga selepas melalui university Ramadhan ini amalam itu akan terus kekal bersama kita ke akhir hayat.

Jika belum lagi kita amalkan solat sunat subuh dan solat witir, mulakanlah hari ini, insyaallah, hari ini akan lebih baik dari semalam.

Jika belum kita hidupkan hati dengan zikirullah, mulakan sekarang.  Ketika melangkah  dari satu tempat ke satu tempat, berzikirlah. Setiap masa, sambil membuat kerja-kerja rutin yang dah macam "by default", pejam mata pun boleh siap! Dalam hati berzikirlah, perempuan mampu untuk buat banyak perkara dalam satu-satu masa, pasti kita boleh basahkan hati kita dengan zikirullah setiap masa.

Selain hikmah rohani, bulan ramadhan juga memberi faedah kepada jasmani kita.  Ambillah peluang ramadhan ini untuk mengoptimumkan kesihatan kita.  Jangan terlebih makan ketika berbuka dan bersahur. Jangan ambil melebihi keperluan yang diri kita perlukan. Jangan ditambah lemak yang telah tersedia terkumpul dalam diri kita. Jika tidak, pasti kita terlepas hikmah Ramadhan yang satu ini. Banyak terdengar kawan-kawan dan juga adik-adik "tiba-tiba rebah", "tiba-tiba jatuh", "tiba-tiba kena strok".  Biarlah kita diuji begitu setelah kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita, bukan kerana kelalaian kita dalam menjaga kesihatan. Andai kita "tiba-tiba" jatuh dan terus tak bangun lagi, Alhamdulillah, kerana kita tidak menyusahkan orang lain untuk menjaga kita. Bagaimana jika kita "tiba-tiba rebah" dan kita masih hidup tapi tidak lagi dapat bercakap, tidak memahami apa yang berlaku sekeliling kita, tidak lagi dapat berjalan, sampai bilalah mereka yang menyayangi kita mampu untuk bersabar menjaga kita?

Rebutlah peluang Ramadhan ini mencapai tingkat ketakqwaan yang dijanjikan oleh Allah dari segi rohani dan jasmani kita.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Tuesday, July 17, 2012

Sijil tadika!

Dalam usia menginjak ke usia senja ini, ucapan selamat hari lahir tidak menghadirkan makna seperti dulu ketika kecil-kecil.  Kini hari lahir, mengingatkan kita sebenarnya semakin hampir ke penghujung usia. Jika dah berumur 40 tahun, mungkin memiliki dalam 20 tahun saja lagi untuk hidup.  Itu hanyalah mengambil kira kajian manusia tetapi perancangan Allah belum tahu bagaimana.

Setelah 40 tahun hidup kita didunia yang sementara ini, terjamin 'selamat"kah kita dari azab api neraka di perkampungan yang abadi nanti? Apakah level kita disisi Allah? Level Tan Srikah? Level PhDkah? Level Degreekah?  Atau sekadar level anak-anak di tadika?

Sementara masih ada ruang dan waktu untuk kita tingkatkan level kita, di kesempatan Ramadhan yang hampir tiba (Ya Allah sampaikahlah aku ke RamadhanMu), semoga keampunan, rahmat dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya dapat kita perolehi setelah melalui tarbiyyah Ramadhan tahun ini.  Alangkah ruginya kita jika Ramadhan tahun ini berlalu tanpa dapat kita tingkatkan level kita di sisi Allah.  Jika sanggup kita berusaha bersungguh-sungguh untuk tingkatkan taraf hidup kita di dunia ini, kita perlu bersungguh-sungguh juga untuk tingkatkan level kita di sisi Allah.  Taraf hidup bak raja di dunia ini tidak membawa erti dan makna apa-apa andainya taraf kita disini Allah hanyalah seperti orang yang ada sijil tadika! 

Banyakkan berdoa dan bertaubat semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lalu.

Monday, July 16, 2012

Ramadhan dan Kesihatan (akhir)

Fasa-fasa ber puasa

Fasa Pertama ( 2 – 3 hari berpuasa )
Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )
Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )

Fasa Pertama
Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa
Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar 
glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah sipuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.

Fasa Asidosis
Masa : hari ke 3 – 14
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan 
ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh sipuasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadan di mana sipuasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, sipuasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Sipuasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau perkerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan dan yang berbadan gemuk mempunyai bekalan lebih dari itu!
Di fasa ini badan mulai mengambil lemak sebagai bahan bakar dan tidak karbohidrat disebabkan bekalan karbohidrat sudah berkurangan. Keadaan ini hanya akan dihasilkan jika pengambilan makanan sipuasa kurang dari keperluan badan. Jika sipuasa mengurangkan penggunaan tenaga atau melebihkan rehat serta memakan berlebihan dan menukar aktiviti / jadual hariannya , keadaan ketosis ini tidak akan terhasil. Fasa ini adalah fasa pembuangan toksin dan bahan kotor dari badan. Gejala-gejala yang dihadapi berpunca dari pembuangan toksin ini. Lagi banyak toksin di dalam badan, lagi lamalah keadaan ini akan berlarutan. Jika anda mengesyaki badan anda mengandungi banyak toksin (selalunya orang yang berbadan gemuk, banyak memakan barang yang tercemar, banyak memakan ubat jenis `drugs', mengidap sembelit atau buang air besar jarang-jarang, mengidap penyakit yang berpunca dari toksin seperti sesetengah jenis penyakit artritis), anda boleh kurangkan kesan asidosis ini dengan membuat persediaan yang rapi dan latihan pra-puasa yang baik. Jika tidak, mungkin badan tidak mendapat sepenuhnya manfaat puasa dan mungkin membawa mudharat kepada hati yang terpaksa menanggung beban pembersihan toksin.

Fasa Akhir
Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan
Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` didalam badan berjalan lancar. Seperti yang disebutkan tadi, persediaan sebelum puasa akan dapat mengurangkan gejala-gejala yang dihadapi semasa puasa Ramadhan. Persediaan pra-puasa ini bertujuan membersihkan hati dan mengoptimakan fungsinya serta dapat mengurangkan toksin didalam badan. Tanda-tanda seseorang itu mempunyai banyak toksin di dalam badan atau mempunyai hati yang fungsinya kurang optima, ialah:
  • mengidap sakit kepala bila ia terlepas waktu makan
  • sembelit
  • sukar menghazamkan lemak
  • mengantuk selepas makan.
  • kerap kembung perut
  • mulut terasa pahit
  • jerawat dan ruam atau kulit kering
  • gemuk
  • nafas berbau
  • alahan makanan
  • masalah penghazaman
  • selalu merasai tekanan emosi, baran, cepat marah, sensitif

Semoga Ramadhan tahun ini akan kita perolehi ketaqwaan dan kesihatan yang lebih baik.