Hari ini hari ketiga Ramadhan kita lalui. Dua hari telah meninggalkan kita, tanpa akan
kembali lagi. Bagaimana prestasi kita setakat ini? Dah tercapai KPI kita?
Jika kita mampu untuk usahakan dalam mencapai KPI tugasan kita, ketika 'accreditation' setiap tahun dalam mengejar habuan dunia. Kita
pasti mampu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh, penuh bersistem untuk mengejar habuan dari Allah, hadiah yang
paling istimewa yang pernah kita dapat!
Jika sebelum ini belum kita lakukan solat dhuha, mulalah
hari ini semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan istiqamahlah
sepanjang Ramadhan ini semoga selepas
melalui university Ramadhan ini amalam itu akan terus kekal bersama kita ke
akhir hayat.
Jika belum lagi kita amalkan solat sunat subuh dan solat
witir, mulakanlah hari ini, insyaallah, hari ini akan lebih baik dari semalam.
Jika belum kita hidupkan hati dengan zikirullah, mulakan
sekarang. Ketika melangkah dari satu tempat ke satu tempat, berzikirlah.
Setiap masa, sambil membuat kerja-kerja rutin yang dah macam "by
default", pejam mata pun boleh siap! Dalam hati berzikirlah, perempuan
mampu untuk buat banyak perkara dalam satu-satu masa, pasti kita boleh basahkan
hati kita dengan zikirullah setiap masa.
Selain hikmah rohani, bulan ramadhan juga memberi faedah
kepada jasmani kita. Ambillah peluang
ramadhan ini untuk mengoptimumkan kesihatan kita. Jangan terlebih makan ketika berbuka dan
bersahur. Jangan ambil melebihi keperluan yang diri kita perlukan. Jangan
ditambah lemak yang telah tersedia terkumpul dalam diri kita. Jika tidak, pasti
kita terlepas hikmah Ramadhan yang satu ini. Banyak terdengar kawan-kawan dan
juga adik-adik "tiba-tiba rebah", "tiba-tiba jatuh",
"tiba-tiba kena strok".
Biarlah kita diuji begitu setelah kita berusaha untuk menjaga kesihatan
kita, bukan kerana kelalaian kita dalam menjaga kesihatan. Andai kita
"tiba-tiba" jatuh dan terus tak bangun lagi, Alhamdulillah, kerana
kita tidak menyusahkan orang lain untuk menjaga kita. Bagaimana jika kita
"tiba-tiba rebah" dan kita masih hidup tapi tidak lagi dapat
bercakap, tidak memahami apa yang berlaku sekeliling kita, tidak lagi dapat
berjalan, sampai bilalah mereka yang menyayangi kita mampu untuk bersabar
menjaga kita?
Rebutlah peluang Ramadhan ini mencapai tingkat ketakqwaan
yang dijanjikan oleh Allah dari segi rohani dan jasmani kita.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang
sebelumnya.
No comments:
Post a Comment