Thursday, July 5, 2012

Ramadhan dan kesihatan (1)


Ramadhan semakin menghampiri.  Bulan penuh keberkatan dan rahmat.  Bulan untuk kita memperbaiki iman dan mencapai taqwa.  Kita sering menjaga amalan kita sepanjang ramadhan ini agar ianya solid dan molid resultnya.  Tapi ada satu lagi hikmahnya ramadhan ini dijadikan Allah untuk kita yang selalunya tidak kita ambil berat.  Ramadhan dan hikmahnya untuk kesihatan kita.  Sebagaimana amalan kita yang kita harap amat baik persembahannya, semoga tubuh badan kita juga mendapat manfaat yang terbaik sepanjang ramadhan ini.

Ramadhan adalah bulan dimana badan kita diberi kerehatan dari meneruskan tugasannya seperti hari-hari biasa di siang hari.  Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/ racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” 

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Kajiannya menunjukkan  orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesimpulan kongres itu menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

bersambung...insyaallah...

No comments:

Post a Comment