Wednesday, June 27, 2012

kurang siuman? Tidak siuman?


Kelmarin terbaca berita tentang seorang bapa yang membunuh anaknya yang kurang siuman kerana suka berjalan dalam keadaan bogel.  Bapanya membunuh anaknya dengan begitu kejam sekali!  Menikam mata anaknya dengan batang kayu dan menjolok mulut anaknya juga dengan batang kayu!

Siapakah sebenarnya yang tidak siuman?  Samakah tidak siuman dengan kurang siuman? Kalau ikut pemahaman diri ini. Kurang siuman bermakna kurang sini sikit, sana sikit.  Tapi kalau tidak siuman bermakna langsung tidak ada apa-apa! (terjemahan sendiri).

Siapakah yang patut disalahkan?  Anak yang kurang siuman, bapa yang tidak siuman, syaitan yang sentiasa siuman (kalau dia tak siuman, mana mungkin dapat menggoda manusia yang siuman), atau suasana?

Entahlah... apa itu siuman???? hmm...

No comments:

Post a Comment