Terdengar celoteh ustaz (ustaz apa ya?) dalam program 'motivasi pagi' (dengar ulangan petang) bercerita tentang tindakan/emosi kita kadangkala bergantung kepada apa yang kita fikirkan. Ustaz bercerita tentang kisah seorang anak yang sedang mengadap makanan bersama keluarganya. Dia diminta oleh keluarganya untuk keluar dan mengambil satu barang. Dalam keadaan teragak-agak kerana merasakan "kalau pergi nanti, habis la makanan ni di makan oleh semua orang! Mereka mesti tak tunggunya aku kalau bab makan ni!", selepas dipujuk dan dijanji pergilah juga sianak tadi. Setelah lama menunggu, tak pulang-pulang lagi si anak, disebabkan terlalu lama dan lapar, ahli keluarga tadi mengambil keputusan untuk makan dulu sebelum si anak pulang. Ketika ahli keluarganya nak mula makan, tiba-tiba si anak melompak keluar dari tempat persembunyiannya dengan berkata "Tengok, aku dah kata, korang akan makan tanpa tunggu aku punya!" Rupanya dia tidak pergi langsung mengambil barang yang diminta sebaliknya bersembunyi untuk melihat benar ke tidak berlaku seperti apa yang difikirkannya! Apa yang difikirkannya itu berlaku kerana salah dirinya sendiri!
Jika sesuatu yang berlaku berulang-ulang kali kepada kita, fikir-fikirkanlah apakah ianya berlaku kerana itulah apa yang kita fikirkan dan harapkan? kata ustaz lagi. Sesuatu itu berlaku kerana tindakan kita yang memikir dan menanti ianya terjadi seperti apa yang kita fikirkan!
Pening? :-)
No comments:
Post a Comment