Wednesday, June 6, 2012

Secawan air wudu'

Kadang-kadang bila naik kapalterbang yang memakan masa yang lama maknanya melangkaui satu solat ke solat yang lain, ada juga yang mengambil pendekatan untuk tidak solat atau juga ada yang solat tetapi dinamai menghormati waktu.  Saya tidak memegang pendapat  "solat menghormati waktu" sebagaimana saya berpegang tidak ada "solat qhada".  Mana mungkin solat dipandang ringan begitu kerana orang yang sakit pun tidak dibenarkan meninggalkan solat!.  Orang yang sakit diminta untuk solat walaupun dengan sekadar isyarat mata!  Itu menunjukkan betapa beratnya timbangan solat disisi Allah.

Kenapa ada yang memegang pendapat "solat menghormati waktu"?  Satu alasannya kerana kita tidak solat mengadap kiblat. 

Saya memegang pada ayat ini apabila bersolat dalam keadaan duduk di dalam kapal terbang tanpa saya perlu cari mana arah kiblatnya.

"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka kemana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka disitulah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurnianya), lagi sentiasa Mengetahui."  Al Baqarah, 2 : 115

Asbabun Nuzul ayat ini (sebab musabab turun ayat ini)
Telah berkata Ibnu Umar: "Pada saat dalam perjalanan dari Makkah menuju Madinah, baginda Rasul saw mengerjakan sembahyang sunah diatas untanya kemana pun arah unta itu, meskipun tidak mengadap kiblat" HR Muslim,Tarmizi dan Nasa'i)

Ada juga yang berkata "macammana nak solat, nak ambil wudu' pun tak boleh atas kapal terbang tu!"  Kenapa tak boleh ambil wuduk? Memanglah susah dan sukar kalau bila berwuduk perlu habiskan sebaldi air!  Boleh tak ambil wuduk hanya dengan secawan air? 

Ketika menunaikan haji tahun lepas, untuk berada dalam keaddan wudu' sepanjang masa bukanlah senang.  Untuk ke tandas ketika berada didalam masjidil haram apatah lagi ketika kemuncak waktu haji amatlah susah kerana manusia padat dan sepadat-padatnya kalau bangun kemungkinan untuk masuk semula memanglah tipis.  Jadi bagaimana kami berwudu'? Dengan menggunakan sprayer.  Spray saja keanggota wudu' apabila terbatal.  Jadi kenapa tidak boleh berwudu' hanya dengan secawan air?

Hadis nabi saw yang selalu diulang dengar diradio IKIM mengenai seorang sahabat yang berwuduk, nabi bertanya "pembaziran apakah ini?  Apabila kita mengambil wudu' menggunakan air, ianya dikira pembaziran walaupun kita mengambil wudu' di sungai yang mengalir.

Islam itu mudah, janganlah disusahkan.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment