Sedekah
memberi keberkatan pada harta.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti
akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR.
Muslim, no. 2588)
Apa
yang dimaksud hartanya tidak akan berkurang? Dalam Syarh Shahih Muslim, An
Nawawi menjelaskan:
“Para
ulama menyebutkan bahawa yang dimaksud disini mencakupi 2 perkara:
Pertama,
iaitu hartanya diberkati dan dihindarkan dari bahaya. Maka pengurangan harta
menjadi ‘dibayar’ ditutupi oleh berkat yang tidak dapat dilihat.
Kedua,
jika secara zatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut ‘dibayar’
ditutupi pahala yang diperoleh, dan pahala ini dilipatgandakan sampai berkali
ganda banyaknya.
Allah
melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
Allah
Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik
lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik,
niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka
pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Terdapat
pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
“Orang memberikan menyumbangkan dua
harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga:
“Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari
golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu
solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu
jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari
pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666,
Muslim no. 1027)
Sedekah
akan menjadi bukti keimanan seseorang.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)
An
Nawawi menjelaskan: “iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh kerana itu sedekah
dinamakan demikian kerana merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran
imannya)”
Sedekah
dapat membebaskan dari siksa kubur.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sedekah
akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, di shahihkan
Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873)
Sedekah
dapat mencegah peniaga melakukan maksiat dalam jual-beli
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa keduanya hadir dalam
jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” (HR. Tirmidzi
no. 1208, ia berkata: “Hasan shahih”)
No comments:
Post a Comment