Tuesday, August 28, 2012

kufur nikmat!!

Dalam perjalanan pulang dari kampung, kami singgah di RnR Tapah (yang sentiasa penuh!), tempat yang selalu 'dilawati' dalam perjalanan yang jauh begini pastilah "tempat termenung".  Ketika sedang menuggu giliran ternampak seorang perempuan muda datang dengan bertongkat di kedua-dua belah tangannya.  Oh! berkaki satu rupanya!.  

Melihat keadaannya begitu, timbul rasa kasihan di hati, bertambah kasihan melihat cara pemakaiannya.  Dalam keadaan cacat begitu, dia masih tega berpakaian seksi meksi. Dia menerima keadaan dirinya begitu (perempuan muda tapi cacat), tapi tidak dapat menerima apakah hikmah dia dijadikan sedemikian rupa. Masih melanggar hukum Allah.  Ada orang yang sedar tapi tidak kuat untuk mentaati perintah dan larangan Allah.  Semoga Allah membantu dan memberi taufiq kepadanya.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


Nota: sumber
Pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut .

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!


No comments:

Post a Comment