Monday, April 18, 2011

Bila orang lain masak..

Anak-anak saya memang suka makan tomyam.  Tapi setiap kali makan diluar selalunya pasti ada saja yang tak kena. Kebanyakannya adalah kerana kepedasan tomyam itu.  Macammana lagi nak dibuat walaupun telah diberitahu kurang pedas tapi masih dapat yang pedas.  Apa boleh dibuat?  Nak marah tukang masak kedai tu? Mungkin kalau bawa masuk mahkamah pun (kali ni kita usung tomyam lak masuk mahkamah... sebelum ni pakat usung tilam..hee..hee) tak mungkin akan menang.  Tahap kurang pedas tukang masak tu mungkin memang itulah yang kita dapat, setelah dikurangkan kepedasannya tapi tetap pedas. Tahap kepedasan yang berbeza.
Apa yang boleh dikatakan "bersyukurlah dengan rezeki yang ada" apatah lagi jika ianya adalahg percuma!

No comments:

Post a Comment