Thursday, November 22, 2012

Sekadar luahan..

Hmm... hampir bersawang lagi blog ni! Sebulan tidak menulis apa-apa disini.  Kekangan masa yang dimiliki kerana tumpuan banyak kepada menyiapkan thesis yang memeningkan ini.

Dah boleh bernafas dengan tenang sekarang?

Oh! belum lagi. Perjalanan masih panjang apatah lagi bilamana orang yang bertanggungjawab seperti tidak faham tanggungjawabnya! Bila di kejan-kejan di katanya kita tunjuk pandai, unethical action! Hish! susah apabila kita menegakkan hak kita, dipandang seperti penderhaka! Orang yang cuba menolong kita juga terpalit sama dalam "konpirasi penderhakaan" ini.

Apapun ianya hanyalah 0.00001% dari apa yang perlu di hadapi oleh rakan-rakan yang lain yang menghadapi masalah yang lebih berat.  Dan pastinya 0.00000000% harganya dari pada apa yang perlu dihadapi dan dilalui oleh saudara-saudaraku dan anak-anak2 ku di Palestin.  Mereka di anggap "terrorist" kerana mempertahankan Islam dan tanah tumpah darah mereka yang dimuliakan Allah itu. Anak-anak kecil ahli syurga dibunuh tanpa belas kasihan. Penderitaan mereka lebih lagi berbanding dengan masalah thesis yang mungkin tidak ada nilainya disisi Allah.

"Ya Allah, hanya padaMulah tempat kami memohon dan mengadu. Kami merancang, KAU juga merangcang, pastinya perancanganMulah yang terbaik. Tidak ada apa yang akan terjadi tanpa keizinanMu dan sekali KAU menghalangnya tiada sesiapa mampu melaksanakannya."


No comments:

Post a Comment