Dari Aisyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan MalaikatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbuatannya yang tersebut: satu darjat." (Imam Ahmad dan Ibn Majah)
Teringat pengalaman menunaikan haji tahun lalu, entah kenapa orang Malaysia bila solat kebanyakkannya tidak mahu merapatkan saf. Kekadang kena marah ngan ibu Iran, ibu Arab etc tapi masih tetap "berdegil" tak nak rapatkan saf.
Satu sebab, setiap orang ada sejadahnya masing-masing. Macam-macam rupa sejadah yang cantik-cantik dan murah kat sana, semua main "tangkap" sorang satu. Sejadah pula bukan la kecilnya 'size', satu sejadah kekadang boleh muat dua orang. Dah tu bila solat, masing "berkeras" nak solat atas sejadah masing-masing! Tak kisah la sebelah menyebelah lopong pun tak pa! Kekadang rasa nak larang saja guna sejadah tu! Bila tegur, jawapannya "tau.. takkan la tak tau, sebab tu saya tarik kawan sebelah saya dekat ngan saya". Kawan sebelah dia saja, yang sebelah kawan dia dibiarkan lopong, dah terputus saf!
Sekali tu solat sebelah ibu Turki, bergerak kekanan untuk rapatkan saf, panggil dia bergerak sekali ke kanan, dia ikut rapatkan saf, lepas tu dia kata "hfjaksdfl kfafl" (dalam bahasa dia la...") sambil tunjuk pada sejadah dia, terus dia bergerak balik ke sejadah dia! Orang belakang pulak bila di suruh kedepan untuk isikan saf tak mau lak kedepan! Itu baru bab saf, bab lain... menangis melihat sikap umat Muhammad yang berkelakuan macam-macam ketika berada di tanah suci Mekah dan dihadapan Rumah Allah ini...Inikah yang nabi kata umatnya diakhir zaman ramai, tapi macam buih-buih... :-(
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: 'Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuahn kami! Berilah rahmat kepadanya'." (Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment