Ketika berlaku gempa bumi baru-baru ini yang kembali menggegarkan Acheh dan juga kawasan disekelilingnya termasuk beberapa tempat di bumi Malaysia yang aman ini. Beberapa rentetan peristiwa dari kejadian itu dipaparkan samada dikaca tv mahupun di suratkhabar dan juga di ruang siber tanpa batasan ini. Sesuatu yang menarik perhatian ini adalah apabila berlaku gempa bumi yang membunyikan amaran tsunami ini, ramai yang berlari dan berlindung di masjid. Kenapa dalam keadaan musibah kita berlari ke masjid?
Berlainan benar dengan suasana ditempat yang aman. Walaupun tempat itu ada nama "Islam" didalamnya!
Apabila azan berkumandang, masih ramai meneruskan aktiviti yang telah dimulakan sebelum azan, tanpa ada tanda-tanda untuk menamatkannya dengan segera. Berlalu azan mereka juga berlalu pergi, bukan menuju kemasjid tetapi menuju ketempat masing-masing. Walaupun jarak masjid lebih dekat dari jarak tempat masing-masing!
Apakah perlu datangnya tsunami baru kita akan berlari dengan tergesa-gesa ke masjid walaupun tidak ada laugan azan berkumandang? Bagaimana jika sebelum tsunami tidak kita langkahkan kaki kita ke masjid, manakala bila berlaku malapetaka ingin benar kita melangkahkan kaki kita kemasjid, tapi kini Allah tidak izinkan lagi untuk kita melangkah? Ketika aman Allah izinkan kita melangkah ke tempat yang hampir dengan masjid dengan harapan kita akan terus juga melangkahkan kaki kita kemasjid apabila seruan Hayya 'ala-s-Salah berkumandang, tapi kita tidak menyahutnya!
Siapakah yang kejam?
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" (Al-Jumu'ah 62:9)
Allahu Akbar
God is Great
Ashhadu an la ilaha illa Allah
I bear witness that there is no god except the One God.
Ashadu anna Muhammadan Rasool Allah
I bear witness that Muhammad is the messenger of God.
Hayya 'ala-s-Salah
Hurry to the prayer (Rise up for prayer)
Hayya 'ala-l-Falah
Hurry to success (Rise up for Salvation)
Allahu Akbar
God is Great
La ilaha illa Allah
There is no god except the One God