Friday, September 21, 2012

"Innocent of Muslim"



KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
20 Sept 2012  / 4 Zulkaedah 1433H
Isu Filem Menghina Nabi Muhammad s.a.w

IKRAM mengecam dengan sekeras-kerasnya filem “Innocent of Muslim“ yang diarahkan oleh Sam Becile, seorang pengarah filem keturunan yahudi Israel Amerika. 

Filem ini secara terang-terangan dan melampau telah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan tuduhan yang direka-reka.  Ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia sehingga ada di antaranya telah bertindak keras dengan melakukan rusuhan, membakar bangunan kedutaan khasnya di Libya yang telah menyebabkan Duta Amerika Syarikat dan 3 orang pekerja kedutaan terbunuh.

Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan bukan juga yang terakhir. Cukuplah bagi kita dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Al-Quran tentang tuduhan, umpatan, cacian golongan kafir dan musyrikin terhadap Baginda s.a.w. semasa masih hidup lagi. Baginda  dituduh orang gila, tukang sihir, pemecah belah masyarakat dan sebagainya yang tidak logik pada akal lebih-lebih lagi Baginda s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang terpilih.

Dalam zaman alam Islam dijajah negara-negara Barat, tuduhan-tuduhan  melampau yang sama dilakukan oleh golongan Orientalis Barat untuk menggugat keyakinan ummah terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w.  Ia telah ditangkis oleh para ulama serta pemikir-pemikir ummah sepanjang pertarungan tersebut  menerusi tulisan-tulisan mereka yang amat meyakinkan.

Tuduhan dan tohmahan seumpama ini juga berlaku kepada semua para Rasul utusan Allah s.w.t.  Para Rasul menghadapi semua itu dengan penuh bijaksana dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur provokasi musuh.

Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan untuk memelihara para Nabi dan Rasul.  Allah s.w.t. yang memilih dan melantik mereka dan Allah s.w.t. tidak akan membiarkan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya.

Firman Allah s.w.t :
Surah Al-Maidah: 67. “….dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir”
Surah Al-Hijr: 95 “Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu”
Surah Al-Syarh: 4 “dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? “
Pertubuhan IKRAM Malaysia ingin mengajak segenap lapisan masyarakat Muslim di negara ini agar bertenang, bertindak bijaksana dan optimis bahawa Allah s.w.t  tetap akan memelihara dan memenangkan agama ini.

Mempertahan dan membela Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dibataskan dengan slogan-slogan, syiar-syiar dan demonstrasi sahaja. Bahkan kasih dan sayang kita kepada Nabi s.a.w. dibuktikan dengan perkara yang lebih asas lagi, iaitu mengikuti jejak perjalanan hidup dan perjuangannya serta menegakkan Islam  dalam kehidupan peribadi , masyarakat, negara dan dunia amnya.

Tindakan menunjuk rasa biarlah berlangsung secara aman, ditujukan kepada peribadi dan kumpulan yang membuat onar dan kesalahan  bukan kepada peribadi atau pihak-pihak  yang tidak terlibat melakukannya. Sikap adil harus kekal dalam semua situasi , marah atau suka.

Jangan sama sekali kita melibatkan diri dengan tindakan provokasi yang memarakkan permusuhan, menebalkan kebencian, pemusnahan harta benda, rusuhan dan seumpamanya.  Bukalah laluan-laluan dakwah ke arah mereka seluas-luasnya, menerusi langkah-langkah kebijaksanaan, nasihat yang baik serta dialog yang terbaik.
 Allah sw.t  tetap akan memenangkan agamaNya walau pun orang-orang yang kafir membencinya; 

Surah Al-Taubah: 32 “mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). “

Mereka (orang-orang kafir) sentiasa melakukan tipu daya, dan Allah juga akan memperdaya mereka, Sedangkan Allah itu adalah sebaik-baik zat yang memperdayakan.

Surah Al 'Imraan: 54.  “(Apabila) mereka membuat makar (tipu daya), Allah membalas makar (tipu daya) mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalas makar (tipu daya)”
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad 
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Wednesday, September 19, 2012


"Daipada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." ( AlBukhori dan Muslim)

Selain dari itu tak perlulah "menensionkan" diri dengan perasaan iri hati atas apa yang menjadi milik orang lain.
Kenapa sesuatu itu tidak menjadi milik kita?  Mungkin milik orang lain itu memang terbaik untuk dia miliki, ujian untuknya.  
Mungkin jika menjadi milik kita, ianya adalah perkara terburuk yang pernah kita miliki, atauoun terus kita jatuh kufur nikmat! 
Bukanlah Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita? 
Jadi janganlah merosakkan diri dan hati dengan perasaan iri hati yang tidak dilandasi dengan syariat Islam.

Tuesday, September 18, 2012

Tak mungkin miliki semuanya...


Dalam kehidupan di dunia ini, jangan diharap kepada kesempurnaan ataupun untuk memiliki segala-galanya!

Ada orang punyai segala-galanya kesenangan di dunia ini, kereta mewah, rumah besar, harta bertimbun tetapi tidak memiliki kebahagiaan hati.  Dalam hati tiada syurga, dalam hati hanyalah merana, jiwa tidak tenang, hati tidak tenteram.

Ada orang yang tidak memiliki segala kesenangan dunia, hidup hanya sekadarnya, tapi dia miliki kebahagiaan hati, hati tenang, jiwa tenteram, anak-anak yang soleh dan solehah, hidup penuh keberkatan.

Antara dua kehidupan ini,

biarlah berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat,

biarlah bersusah di dunia tetapi bersenang di akhirat

Tapi

jangan berbahagia di dunia tetapi menderita di akhirat.

jangan menderita didunia lebih menderita di akhirat sana - perjalangan kehidupan yang paling malang!


"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan."
(Al-Baqarah 2:86)

"(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan." (Az-Zukhruf 43:32)

Tuesday, August 28, 2012

kufur nikmat!!

Dalam perjalanan pulang dari kampung, kami singgah di RnR Tapah (yang sentiasa penuh!), tempat yang selalu 'dilawati' dalam perjalanan yang jauh begini pastilah "tempat termenung".  Ketika sedang menuggu giliran ternampak seorang perempuan muda datang dengan bertongkat di kedua-dua belah tangannya.  Oh! berkaki satu rupanya!.  

Melihat keadaannya begitu, timbul rasa kasihan di hati, bertambah kasihan melihat cara pemakaiannya.  Dalam keadaan cacat begitu, dia masih tega berpakaian seksi meksi. Dia menerima keadaan dirinya begitu (perempuan muda tapi cacat), tapi tidak dapat menerima apakah hikmah dia dijadikan sedemikian rupa. Masih melanggar hukum Allah.  Ada orang yang sedar tapi tidak kuat untuk mentaati perintah dan larangan Allah.  Semoga Allah membantu dan memberi taufiq kepadanya.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


Nota: sumber
Pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut .

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!


Friday, August 24, 2012

Serupa tapi tak sama rasanya!

Pantas sungguh masa berlalu.  Tup tap tup tap dah selesai sebulan berpuasa, kini di syawal ke enam sudah! Puasa sunat syawal belum terlaksana lagi.  Bercuti hari raya di kampung tidak memungkinkan untuk memulakan puasa enam segera.  Hari-hari beginilah di ambil untuk melawat sanak saudara.  Dari pagi keluar hinggalah kemalam dari satu rumah ke satu rumah dilawati.  Pengertian raya pasti berbeza antara anak-anak dan kita yang dewasa.  Di zaman kanak-kanak dulu, setiap kali mendengar penyimpan mohor besar raja-raja (dulu-dulu begitulah panggilannya), mengisytiharkan "esok raya", wah.. gegak gempita rumah dengan sorakan.  Entah apa yang paling seronok pun tidak pasti kini, seronok tak payah berpuasa lagi, atau seronok nak kumpul duit raya atau seronok nak pakai baju raya (yang dah beberapa kali dicuba sepanjang ramadhan :-)) atau seronok nak beraya di rumah kawan-kawan. Yang pasti, seronok betul bila tiba hari raya.
 
Tetapi apabila telah dewasa dan bergelar ibu dan ayah, makcik dan pakcik, keseronokan itu entah hilang kemana! Kita menyambut syawal yang sama tapi tidak serupa rasanya! Itulah yang sepatutnya terjadi, pengertian raya kanak-kanak tidak sama lagi dengan kita yang dewasa.  Di akhir-akhir Ramadhan, kesedihan dan kepedihan terasa kerana bulan yang mulia, penuh keberkatan dan keampuan kini hampir meninggalkan kita.  Telah berjayakah kita meraih ketakwaan sepanjang Ramadhan yang kita lalui? 

Bagaimana ketaqwaan mampu kita miliki andai keampunan Allah tidak kita perolehi?  Semoga segala usaha yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan melayakkan kita untuk mendapat keampunan Allah dan melayakkan kita untuk meraikan syawal dengan sebenarnya.

"Ya Allah, andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhirku, semoga ianya adalah Ramadhan terbaik yang

Friday, August 3, 2012

Pergi tak kembali...

"Bulan ni saya ada bonus nak bagi pada semua pekerja saya" kata big boss di dalam satu mesyuarat bulanan.
"Wah..bestnya boss..." kata kawan
"Dapat apa boss?" tanya yang lain pula

Bingit jadinya bilik meeting yang kecil tu.

"Kamu buat segala yang terbaik dalam bulan ni, ganjarannya bergantung kepada usaha yang telah kamu buat. Lagi banyak kebaikan dan improvement yang kamu buat maka lebih BESARlah ganjarannya.  Apa bentuk ganjarannya bergantung kepada penilaian saya atas prestasi kamu",Sambung boss panjang lebar.

Jika itulah senario yang tejadi ditempat kerja kita, agaknya apa yang akan berlaku di bulan tersebut?  Pasti prestasi kerja yang tinggi dan terbaekkk yang akan kita tunjukkan ya. Ganjanran dunia pasti membuat kita teruja.

Realiti: Kita kini berada di bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang penuh keberkataan, penuh rahmat. Ganjaran yang berlipat kali ganja telah dijanjikan oleh Allah untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim

Kenapa tahap keterujaan kita tidak sama dengan situasi diatas? Apakah bulan yang mulia ini hanya akan meninggalkan kita dengan penuh kemuliaan, tanpa kita perolehi apa-apa kemulian darinya?

Ramadhan masih berbaki, rebutlah kemuliaanya sebelum ia pergi dan tak kembali lagi..