Friday, April 20, 2012

Rindu


Tiba-tiba hati diulit rindu lagi
Kerinduan yang tidak bertepi
Yang mengundang sendu sendiri
Sepi sunyi dengan kerinduan ini


Setiap kali mengahadapMu Ilahi
Terbayang dimata hati ini
Suasana damai dirumahMu yang suci
Walaupun lautan manusia membanjiri
Tetapi terasa damai tatkala dihati
Berbicara sepi memohon simpati

Walaupun rindu ini menyakiti
Dengan sepenuh hati
Kutetap memohon padamu Ya Rabbi
Kekalkan kerinduan ini
Kerana ia benteng diri
Kerana ia sentiasa memuhasabah diri
Agar terus mengingati
Setiap bait janji-janji
Setiap patah yang telah dituturi
Suatu ketika dihadapanMu Ilahi
Biarlah ia terus dihati
Kerana tiada apa yang lebih kuharapi
Dalam kehidupan aku diduniawi
Hanya keampunanMu Ilahi
Semoga kerinduan ini 
Mampu lebih mendekatkan diri yang hina ini
Kepada Mu Tuhan yang Maha Mengetahui
Yang Maha Mengasihi
Yang Maha memahami

Jemputlah aku kembali..jemputlah aku kembali 



No comments:

Post a Comment