Sunday, April 1, 2012

From river to the sea, Palestine will be free


"Ayah, kawan kata buang masa saja pi program hari ni, baik dia balik rumah tidur" kata anak kedua kepada suamiku dalam perjalanan kami ke program MYGMJ hari Jumaat yang lalu.  

"Cakap kat dia, nanti kalau kita dalam kesusahan dan bila kita minta tolong orang tu cakap 'buang masa saja baik balik tidur', macammana rasa?"

Mungkin ada antara kita pun merasa seperti kawan anak saya tu bila ada demo, bila ada perhimpunan seperti MYGMJ ni.  Rasa buat apa la semua tu... buang masa.. buang tenaga... baik balik rumah tidur...

Tetapi bagi mereka yang ditimpa musibah seperti saudara-saudara kita diPalestine yang telah memakan masa puluhan tahun, mereka tidak pernah berhenti berjuang. Pasti mereka juga tertanya-tanya "apakah kami keseorangan dalam perjuangan kami ini?"  

Dalam dunia internet hari ini, apa saja yang berlaku dicerok mana pun ia berlaku pasti akan terlepas keruang siber, pasti saudara-saudara kita di sana juga tahu yang "Oh! kami tidak keseorangan, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami di seluruh dunia bersama-sama kami menyokong perjuangan kami".

Kenapa kita berdemo dan berkumpul hanyalah untuk menunjukkan kepada saudara-saudara kita yang  "saudaraku, anda tidak berseorangan, sokongan padu kami sentisa bersamamu saudaraku"

Semoga setiap tanda sokongan dengan lelah, kepenatan, kepanasan, kesusahan yang sedikit itu dikira sebagai amal jariah kita dalam perjalanan menuju taman akhirat yang abadi.

From river to the sea, Palestine will be free!

No comments:

Post a Comment