Thursday, March 21, 2013
Merentas desa di kota...
Acara tahunan sekolah di bandar ini masih dinamakan "merentas desa". Entah kenapa masih belum berubah namanya sedangkan bukan desa lagi yang direntasi dibandar batu ini. Anak-anak yang membesar dicelah-celah bandar batu ini tidak merasai apa itu acara merentas desa yang sebenarnya.
Teringat dizaman sekolah dulu, acara merentas desa ini antara acara yang seronok tapi tak larat nak ikut serta. Satu seronok dapat masuk ke kebun getah, berlari dibatas bendang (sawah), melalui tali air, melihat alam ciptaan Allah yang begitu indah ini. Suasana di kampung juga berlainan. Nyaman dan menyegarkan diwaktu pagi. Hidup dengan berbagai hidupan, liar dan jinak. Kicauan burung disana sini, bukan deruman kenderaan. Desiran angin menyentuh dedaun, gemersik, pemandangan saujana mata memandang. Suasana dan persekitaran yang sentiasa dirindui.......
Yang tak seronoknya merentas desa ini adalah jaraknya, mak aiii... lagi tinggi darjah kesenioran disekolah lagi jauhlah jaraknya! Dengan latihan pun ala kadar, lelah lah nak habiskan larian berkilometer tu. Tapi selalunya demi semangat kesukanan dan kerumahan (ada ke??) pasti tetap dihabiskan juga larian ini.
Merentas desa disebuah desa
Berlainan sekali iramanya
Bukan sekadar memenuhi masa
Tapi terisi dengan keindahan ciptaanNya
Kehijauan padi menyejukkan mata
Kekuningannya penenang jiwa
Kicauan burung memeriahkan suasana
Tapi berlainan sekali suasananya
Merentas desa di bandaraya
Walau nama tetap sama
Tapi suasana amat berbeza
Deruman kenderaan membingit telinga
Ketidaksabaran si pemandu kereta
Akibat perjalanan kini tergendala
Dek acara "merentas desa"
Tapi mereka tetap gembira
Dapat menyumbangkan sebutir dua
Jumlah mata tetap dikira
Semangat kesukanan tetap dipelihara
Biarlah asal mereka bahagia...
Thursday, March 7, 2013
tarbiyyah paip pecah dan sinki bocor...
"Ujian adalah
Tarbiyyah dari Allah
Apakah kitakan sabar
Ataupun sebaliknya.."
Begitulah bait-bait lagu nyayian asalnya oleh The Zikr, tapi dirakam semula oleh Raihan atau Nazeri saja, tak pasti.
Ya.. ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Apakah kita akan menjadi hambanya yang berjaya atau pun hambanya yang kufur dek kegagalan mengharungi ujian itu. Setiap ujian yang menimpa kita pastinya ada hikmah dan tarbiyyah yang ingin Allah berikan pada kita.
Teringat pada tahun 2006, ketika suami perlu ke luar negara selama 6 bulan. Itulah pertama kali kami berpisah lama didalam masa perkahwinan kami. (Tak faham macammana pasangan muda sekarang sanggup menjadikan trend weekend wife or weekend husband! Apakah kerjaya adalah segala-galanya?). Selepas menghantar suami ke airport bermulalah episod lemah longlai, tak bermaya, tak larat nak bangun, kalau boleh nak tidur saja dan tak mau diganggu. (Tu baru berpisah 6 bulan, kalau berpisah selama-lamanya, tak taulah macam mana pula episodnya). Walaupun anak-anak ada tetapi kekuatan diri ini tidak ada!
Tapi Allahkan berfirman dalam surah Al Baqarah, 2 ayat 286 yang bermaksud
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
Allah tahu kita mampu, kita saja rasa kita tidak mampu. Malam pertama pemergian suami, terdengar bunyi macam air terjun kat luar rumah.
"hmm..sejak bila pula ada ai terjun ni!!..Bunyi apa sebenarnya", hati berbicara sendiri. Nak keluar dengan amaran-amaran yang didengari tentang perbuatan jahat manusia durjana untuk "mengeluarkan" penghuni rumah dengan membuka air paip diluar rumah mengekang diri ini dari keluar memeriksa apa yang berlaku. Tetapi apabila bunyi tu masih kedengaran setelah beberapa lama, diri ini memberanikan juga untuk menjenguk keluar. Kelihatan paip air tak terbuka, jadi bunyi apa yang masih setia mengeluarkan bunyi ya!Keluar juga memeriksa, Ya Allah, paip pecah rupanya ditimpa bata yang entah dari mana datangnya! Malam-malam ni nak buat apa? Dah tengah malam nak minta tolong sesiapa. Cuba untuk menghentikan pengaliran air tetapi tidak berjaya, hanya dapat menghentikanya dengan menutup kepala paip utama. Tidak berairlah rumah kami sepanjang malam dan hingga esoknya.
Esoknya awal-awal pagi telefon biras yang tinggal berdekatan kerana abang ipar pandai bab-bab baiki ni. Tapi dapat tahu abg ipar tidak dalam "good mood". Oh! terasa begitu keseorangan sekali. Tetapi tarbiyyah Allah itu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Disaat merasakan tidak mampu untuk hidup tanpa suami disisi, Allah turunkan pengajarannya sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 286 itu. Ujian paip pecah ini adalah cara Allah tarbiyyahkan diri ini bahawa "kau mampu". Melihat ke arah paip yang dah kering tu, Allah datangkan idea "aku mampu baikinya sendiri ni". Berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan melihat suami dan arwah ayah baiki paip, paip itu alhamdulillah dapat dibaiki setelah Allah memudahkannya dengan adanya segala kelengkapan untuk membaiki paip (gergaji, gam dan paip penyambung) :-D. Alhamdulillah. Pentarbiyyah pertama dari Allah, "kau mampu".
Habis bab paip, tengaharinya , dalam sibuk nak masak, sinki pula tersumbat. Dah la tersumbat dalam dok godek-godek nak cuci , dush!! tercabut besi yang lubang2 (filter) antara singki dan penyambung paip (sinki lama). Alamak! macammana nak sambung balik ni!! Bawa keluar ke belakang rumah, tengah dok cuci-cuci sambil berfikir macamana la nak sambung ni... Dah habih akal dah tak tau macamana nak buat, kakak sebelah keluar.
K.Siti : "Rajinnya cuci sinki".
Aku: "Tersumbatlah kak, dah tu ni haa tercabut pulak!"
K.Siti:"Akak pun pernah tercabut jugak dulu, kena skru balik dari bawah ..bla..bla..."
Aku:"Terima kasih kak". Dengan senyum sebab dah dapat jawapan pada persoalan yang lebih susah dari soalan C programming :-D
Itulah dua tarbiyyah yang Allah berikan, disaat diri ini terasa tak mampu nak bergerak atau buat apa-apa. Bukan tak mampu sebenarnyakan tapi tak mahu... Tarbiyyah itu menyedarkankan diri ini bahawa ujian perpisahan ini mampu untuk kuharungi sebab itu Allah pilih aku untuk menghadapinya. Tarbiyyah ini juga menyedarkan aku agar tidak selamanya bergantung kepada suami dalam hal-hal pembaikan ini. Kalau tak sendiri baiki pun setidak-tidaknya tahu macammana nak menyelenggara dan membaikinya.
Ya..benar..ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Semoga kita menjadi hamba-hambaNya yang berjaya disetiap ujian yang Allah kurniakan pada kita kerana "Setiap ujian yang datang itu , hadir dengan nama kita tertulis diatasnya. Jangan ditanya 'kenapa aku?' Tetapi tanyalah 'kenapa tidak aku!" - Dari Dr Harlina".
Yang sukar adalah untuk mengekalkan momentum setelah tarbiyyah itu diperolehi sebagaimana sukarnya untuk mengekalkan kemabruran haji! Ujian kesenangan pastikan lebih susah untuk diharungi...
Wednesday, February 27, 2013
Wednesday, February 6, 2013
Matematik sedekah
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)." (Al-An'aam 6:160)
Dari ayat ini Ustaz Yusuf Mansur memberi gambaran matematik sedekah yang amat berbeza dari yang kita pelajari.
Matematik biasa yang kita belajar dari tadika lagi,
10 - 1 = 9
10 - 2 = 8
10 - 3 = 7 dan seterusnya.
Tetapi ilmu matematik sedekah adalah seperti berikut
10 - 1 = 19
10 - 2 = 28
10 - 3 = 37
10 - 4 = 46
10 - 5 = 55
10 - 3 = 37
10 - 4 = 46
10 - 5 = 55
10 - 6 = 64
10 - 7 = 73
10 - 8 = 82
10 - 9 = 91
10 - 10 = 100
10 - 7 = 73
10 - 8 = 82
10 - 9 = 91
10 - 10 = 100
How come maa??
Allah berjanji dalam surah Al An'aam:160 diatas akan melipat gandakan amal kebaikan kita sepuluh kali ganda, jadi
10 - 2 = 28 ( derma 2, Allah balas 10 kali ganda, 2*10 =
20, tambah lagi 8 = 28)
Maksud tersirat lain, kalau kita ada RM10 dan kita derma RM 1, pahala yang akan kita dapat tidak sama sekiranya kita ada RM10 dan derma RM10! Fair right! :-D
Thursday, January 31, 2013
Janganlah...
Di dalam usia yang semakin meningkat, lutut ada yang mula terasa nyilu-nyilu bila naik tangga, diri ini mula terasa risau. Apatah lagi melihat kakak-kakak yang mula bersolat diatas kerusi. Semoga diri ini tidak sampai begitu jadinya sehingga hujung nyawa.
"Ya Allah, tidak mahu aku kehilangan rasa nikmat sujud kepadaMu. Sujud yang sebenar-benar sujud. Tanda rendahnya hambaMu ini berbanding denganMu. Untuk terus mengingatkan diri ini, nikmatMu yang manakah yang ingin aku dustakan?"
"Sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)." (QS Al-'Alaq: 19).
"Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang sujud" (HR. Muslim).
Thursday, January 17, 2013
4 golongan - dimana kita?
Berada di bulan pertama di tahun baru ni terasa macam bermimpi. Terasa tak percaya yang setahun lagi telah berlalu. Begitu cepat masa berlalu. Melewati tahun baru ni terasa macam "eh! baru je buat ni, dah kena ulang semula!". Apapun kehidupan yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Masa yang berlalu bermakna setahun hidup kita telah berlalu. Semoga setahun itu dikira sebagai ibadah kepada Allah. Setahun yang berlalu bermakna setahun lagi kita menghampiri saat kematian kita. Tak gitu?
Tahun ini alhamdulillah, masih lagi dapat menabur bakti bersama adik-adik di Raudhatus Sakinah. Semoga perkongsian ada manfaatnya. Nak kongsi sikit apa yang telah di kongsikan bersama adik-adik di RS.
Ikhlas dan empat jenis orang
Jenis Pertama ialah orang yang beramal dengan ikhlas lalu dia memperoleh pelbagai manfaat di sebalik amal itu sehingga akhirnya menjadikan dirinya bertambah-tambah ikhlas. Orang jenis pertama ini adalah yang terbaik. Jenis Kedua ialah orang yang pada awalnya tidak ikhlas dalam beramal. Namun semasa atau setelah beramal dia menemui pelbagai manfaat hingga akhirnya dia meneruskan amal itu dengan hati yang ikhlas. Jenis kedua ini ialah orang yang beruntung. Jenis Ketiga ialah orang yang pada awalnya ikhlas namun semasa atau selepas beramal hatinya berubah kepada meraih pujian orang atau mengharapkan keuntungan duniawi. Orang seperti ini ialah mereka yang menzalimi diri sendiri. Jenis Keempat ialah orang yang pada awalnya tidak ikhlas dan semasa atau selepas beramal, dia semakin tidak ikhlas dan melakukan amalan itu semata-mata kerana pujian orang atau keuntungan duniawi.
Semoga kita tergolong di dalam golongan yang pertama kerana rukun bagi amalan yang diterima adalah
1) Ikhlas
2) Bertepatan dengan sunnah dan syara'
Tahun ini alhamdulillah, masih lagi dapat menabur bakti bersama adik-adik di Raudhatus Sakinah. Semoga perkongsian ada manfaatnya. Nak kongsi sikit apa yang telah di kongsikan bersama adik-adik di RS.
Ikhlas dan empat jenis orang
Jenis Pertama ialah orang yang beramal dengan ikhlas lalu dia memperoleh pelbagai manfaat di sebalik amal itu sehingga akhirnya menjadikan dirinya bertambah-tambah ikhlas. Orang jenis pertama ini adalah yang terbaik. Jenis Kedua ialah orang yang pada awalnya tidak ikhlas dalam beramal. Namun semasa atau setelah beramal dia menemui pelbagai manfaat hingga akhirnya dia meneruskan amal itu dengan hati yang ikhlas. Jenis kedua ini ialah orang yang beruntung. Jenis Ketiga ialah orang yang pada awalnya ikhlas namun semasa atau selepas beramal hatinya berubah kepada meraih pujian orang atau mengharapkan keuntungan duniawi. Orang seperti ini ialah mereka yang menzalimi diri sendiri. Jenis Keempat ialah orang yang pada awalnya tidak ikhlas dan semasa atau selepas beramal, dia semakin tidak ikhlas dan melakukan amalan itu semata-mata kerana pujian orang atau keuntungan duniawi.
Semoga kita tergolong di dalam golongan yang pertama kerana rukun bagi amalan yang diterima adalah
1) Ikhlas
2) Bertepatan dengan sunnah dan syara'
rukun yang
pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir
Wednesday, January 16, 2013
Ibu dan terataknya
Kadangkala kita terasa hati bila ibu kita macam tak mau nak berlama-lama di rumah kita. Kejap saja nak balik dah. Kekadang tu puas kita pujuk suruh datang, tapi tak maunya dia! Sedangkan pada kita 'mama datang saja, tak yah buat apa-apa, mama dok saja kat rumah kami. Lagipun apa yang tak ada kat rumah kami tu, semua ada, insyaallah, tak menyusahkan mama". Tetap juga tidak mahunya mak kita mengikut kita.
Dalam usia yang semakin meningkat ini, terasa diri ini mula faham kenapa ibu kita begitu. Sekarang kalau keluar terlalu lama apabila sampai dirumah, terasa "Oh! rumahku syurgaku". Tak ada tempat yang paling best selain dapat pulang semula ke rumah. Terasa kuat sekali ikatannya dengan rumah kita.
Begitulah juga rasanya ibu kita dengan rumahnya. Rumah yang dibina oleh suaminya. Rumah di mana dia menyemai kasih, membina kehidupan, membesarkan anak-anak; suka dukanya semuanya tersemat dan tersemai di rumah itu. Setiap ruang yang ada, setiap ceruk yang dimiliki ada ceritanya tersendiri buat ibu kita. Apatah lagi jika suaminya kini tiada lagi disisi. Walau apapun keadaan rumah kita, walau betapa cantik dan lengkapnya rumah kita pastinya tidak mungkin dapat menandingi rumah yang telah didiami dengan kasih sayang dan air mata, yang telah dibina dengan kerengat dan pengorbanan, yang tersemai seribu satu kenangan bersama suami dan anak-anak tercinta, pastinya tidak sama.
Dalam usia yang semakin meningkat ini, terasa diri ini mula faham kenapa ibu kita begitu. Sekarang kalau keluar terlalu lama apabila sampai dirumah, terasa "Oh! rumahku syurgaku". Tak ada tempat yang paling best selain dapat pulang semula ke rumah. Terasa kuat sekali ikatannya dengan rumah kita.
Begitulah juga rasanya ibu kita dengan rumahnya. Rumah yang dibina oleh suaminya. Rumah di mana dia menyemai kasih, membina kehidupan, membesarkan anak-anak; suka dukanya semuanya tersemat dan tersemai di rumah itu. Setiap ruang yang ada, setiap ceruk yang dimiliki ada ceritanya tersendiri buat ibu kita. Apatah lagi jika suaminya kini tiada lagi disisi. Walau apapun keadaan rumah kita, walau betapa cantik dan lengkapnya rumah kita pastinya tidak mungkin dapat menandingi rumah yang telah didiami dengan kasih sayang dan air mata, yang telah dibina dengan kerengat dan pengorbanan, yang tersemai seribu satu kenangan bersama suami dan anak-anak tercinta, pastinya tidak sama.
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
"Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka." (Maryam 19:14)
Subscribe to:
Posts (Atom)






