Tuesday, February 7, 2012

Mulianya mereka yang bertaubat

Dari buku ('7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG' - DR DANIAL)

MULIANYA MEREKA YG BERTAUBAT: Di zaman nabi, seorang wanita telah melakukan zina dan dengan penuh penyesalan telah menceritakan tentang perbuatannya itu kepada nabi. Beliau pun dihukum oleh nabi. Selepas beliau meninggal dunia, nabi melaksanakan solat jenazah ke atas mayatnya. Perbuatan nabi ini memelikkan Omar Al-Khattab lantas Omar pun bertanya, "Kamu bersembahyang ke atas mayatnya sedangkan beliau pernah berzina?" Nabi menjawab, "Dia telah bertaubat dengan satu taubat yang andai kata diagihkan taubat itu kepada tujuh puluh orang ahli-ahli maksiat di Madinah (yakni orang-orang munafik), nescaya ia mencukupi bagi mereka." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. 

Mengikut satu riwayat oleh Kalbi, "Dua orang sahabat, seorang dari Ansar dan seorang lagi dari Bani Thaqif, telah dipersaudarakan oleh nabi. Hubungan antara mereka berdua cukup mesra dan pada suatu hari sahabat dari Ansar telah keluar berperang bersama nabi. Beliau mengamanahkan sahabat beliau dari Bani Thaqif untuk menjaga isterinya ketika beliau tiada. Kesemuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Namun pada suatu hari ketika sahabat dari Bani Thaqif menziarahi rumah sahabatnya untuk meninjau keadaan isteri sahabatnya, beliau ternampak wanita itu dalam keadaan yang terdedah auratnya. Beliau terus masuk ke dalam rumah dan secara spontan terus menyentuh muka isteri sahabatnya serta mencium tangannya. Tiba-tiba beliau berasa malu atas perbuatannya dan terus melarikan diri ke atas bukit. Di situ beliau menjerit dan menangis meminta ampun kepada Allah tanpa henti. Apabila sahabatnya kembali dari medan perang isterinya menceritakan tentang apa yang berlaku dan berita ini kemudiannya sampai kepada nabi. Akhirnya Jibrail pun datang menyampaikan wahyu daripada Allah, iaitu ayat 135 dari surah Ali-Imran, yang telah disebutkan sebelum ini iaitu, "Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui."

Justeru Allah mengasihi mereka yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat Ia adalah langkah penting menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dalam Risalah Qusyairiyah, Imam Qusyairi berkata, "Taubat ialah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah." (

1 comment:

  1. terima kasih atas kisah yang dikongsi, membakar semangat untuk terus bertaubat

    ReplyDelete