Wednesday, February 15, 2012

Jauhi perkara yang membinasakan

Dari Abu Hurairah, ra, bahawa Rasulullah saw, bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?" Baginda saw menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah..." (Bukhari dan Muslim)

Dari Mahmud bin Labid, ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat -sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda saw menjawab: (Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment