Monday, January 27, 2014

U-Turn setiap masa...

Hari Ahad yang lepas patutnya kami ke jemputan kenduri di Serendah. Pengetahuan kami tengtang Serendah membuatkan kami yakin tak yah la cari-cari, apatah lagi dah ada GPS coordinate kat kad jemputan tu.    Dengan 'pengetahuan dan ilmu' kami tentang di mana Serendah, suku jalan baru kami ambil GPS dan setkan coordinatenya. Abang 2 tak ikut sekali kerana baru balik dari ibadah camp kat sekolah. Minta tolong anak yang ketiga masukkan coordinate (umminya ada masalah kronik "motion sickness" memang tak leh baca apa-apa ketika jadi penumpang, kalau tak habislah isi perut akan berpusu-pusu nak melepaskan 'diri', :-) masalah dulu dan kini dan diwarisi oleh anak keempat! sian dia..). Then bila asyik "recalculating" saja, suami pun mulalah tengok...alamak! jalan yang kami ambil untuk keserandah tu rupanya jauh dari tempat yang dituju, Serendahnya opposite Serendah yang dalam pengetahuan kami! Terpaksa buat u-turn yang jarakknya sama dengan jarak permulaan kami!

"Tak sempat sampai sebelum jam 4 ni!!" kata suami

Kenduri di kota ni kan ikut time, kalau habis pukul 4 memang sampai jam 4 sajalah. Berlainan kalau di kampung datanglah malam pun insyaallah akan ada lagi makanan dan akan tetap di layan.

Jadi kami u-turn terus balik rumah, perut yang belum diisi tak dapatlah diisi dengan nasi minyak hari tu , tak ada rezeki kami.

Itulah gambaran kehidupan kita, di dunia ini kita masih berpeluang untuk buat u-turn dimana-mana tatkala kita tersasar dari jalan Allah. Tapi diakhirat nanti, dengan segala kecanggihan dan ketepatan catatan malaikat Raqib dan Atid tidak mungkin kita akan tersasar dari jalan syurga atau pun neraka.  Tak mungkin akan terjadi salah tempat! Tak mungkin kita akan tersalah masuk pintu!

Di samping itu, ilmu yang kita ada, selalulah check, apakah benar dan mengikut ajaran Islam. Jangan terlalu yakin ilmu kita itulah yang benar, mungkin ianya sesat dan menyesatkan!

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ('Āli `Imrān,3:185)

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1273.
Dari Anas bin Malik r.a., Dari Nabi S.A.W., beliau bersabda: "Seseorang yang meninggal, sedang dia mempunyai kebaikan pada sisi Tuhan, tiada menyukai untuk kembali ke dunia, biar diberikan kepadanya dunia dan seisinya, melainkan orang mati syahid, kerana telah dilihatnya kelebihan mati syahid itu. Sesungguhnya dia suka kembali ke dunia, lalu terbunuh sekali lagi."

No comments:

Post a Comment