Wednesday, December 5, 2012

Dunia=sementara



Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat  sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)


...Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya...

Janganlah kita merasakan "Eh! oklah, dah masuk neraka pun dapat masuk syurga kemudiannya" 
Jangan sesekali kita izinkan diri kita untuk dimasukkan ke dalam neraka.  Di dunia ini, kalau kita berada di dalam kesusahan dan kemudian kita mati, hilanglah kesusahan itu. Tapi diakhirat, kalau kita berada di dalam neraka tidak akan hilang kesengsaraan itu kerana kita tidak akan mati-mati lagi!  

Hiduplah di dunia yang sementara ini di dalam lingkungan perintah dan larangan Allah, jadikan diri kita hambanya yang beriman dan beramal, berusaha untuk  menjadi hambanya yang bertaqwa. Semoga kehidupan sementara kita di dunia ini yang penuh suka maupun duka akan dibalas syurga oleh Allah di akhirat yang abadi.  Jangan izinkan diri kita mendapat tiket ke neraka .. jangan sekali-kali...


A025

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka berolehsyurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (Al-Baqarah 2:25) |

No comments:

Post a Comment