Friday, August 24, 2012

Serupa tapi tak sama rasanya!

Pantas sungguh masa berlalu.  Tup tap tup tap dah selesai sebulan berpuasa, kini di syawal ke enam sudah! Puasa sunat syawal belum terlaksana lagi.  Bercuti hari raya di kampung tidak memungkinkan untuk memulakan puasa enam segera.  Hari-hari beginilah di ambil untuk melawat sanak saudara.  Dari pagi keluar hinggalah kemalam dari satu rumah ke satu rumah dilawati.  Pengertian raya pasti berbeza antara anak-anak dan kita yang dewasa.  Di zaman kanak-kanak dulu, setiap kali mendengar penyimpan mohor besar raja-raja (dulu-dulu begitulah panggilannya), mengisytiharkan "esok raya", wah.. gegak gempita rumah dengan sorakan.  Entah apa yang paling seronok pun tidak pasti kini, seronok tak payah berpuasa lagi, atau seronok nak kumpul duit raya atau seronok nak pakai baju raya (yang dah beberapa kali dicuba sepanjang ramadhan :-)) atau seronok nak beraya di rumah kawan-kawan. Yang pasti, seronok betul bila tiba hari raya.
 
Tetapi apabila telah dewasa dan bergelar ibu dan ayah, makcik dan pakcik, keseronokan itu entah hilang kemana! Kita menyambut syawal yang sama tapi tidak serupa rasanya! Itulah yang sepatutnya terjadi, pengertian raya kanak-kanak tidak sama lagi dengan kita yang dewasa.  Di akhir-akhir Ramadhan, kesedihan dan kepedihan terasa kerana bulan yang mulia, penuh keberkatan dan keampuan kini hampir meninggalkan kita.  Telah berjayakah kita meraih ketakwaan sepanjang Ramadhan yang kita lalui? 

Bagaimana ketaqwaan mampu kita miliki andai keampunan Allah tidak kita perolehi?  Semoga segala usaha yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan melayakkan kita untuk mendapat keampunan Allah dan melayakkan kita untuk meraikan syawal dengan sebenarnya.

"Ya Allah, andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhirku, semoga ianya adalah Ramadhan terbaik yang

No comments:

Post a Comment