Friday, August 3, 2012

Pergi tak kembali...

"Bulan ni saya ada bonus nak bagi pada semua pekerja saya" kata big boss di dalam satu mesyuarat bulanan.
"Wah..bestnya boss..." kata kawan
"Dapat apa boss?" tanya yang lain pula

Bingit jadinya bilik meeting yang kecil tu.

"Kamu buat segala yang terbaik dalam bulan ni, ganjarannya bergantung kepada usaha yang telah kamu buat. Lagi banyak kebaikan dan improvement yang kamu buat maka lebih BESARlah ganjarannya.  Apa bentuk ganjarannya bergantung kepada penilaian saya atas prestasi kamu",Sambung boss panjang lebar.

Jika itulah senario yang tejadi ditempat kerja kita, agaknya apa yang akan berlaku di bulan tersebut?  Pasti prestasi kerja yang tinggi dan terbaekkk yang akan kita tunjukkan ya. Ganjanran dunia pasti membuat kita teruja.

Realiti: Kita kini berada di bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang penuh keberkataan, penuh rahmat. Ganjaran yang berlipat kali ganja telah dijanjikan oleh Allah untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim

Kenapa tahap keterujaan kita tidak sama dengan situasi diatas? Apakah bulan yang mulia ini hanya akan meninggalkan kita dengan penuh kemuliaan, tanpa kita perolehi apa-apa kemulian darinya?

Ramadhan masih berbaki, rebutlah kemuliaanya sebelum ia pergi dan tak kembali lagi..

No comments:

Post a Comment