Memuhasabah diri sepanjang perjalanan hidup ini, ada mimpi yang menjadi kenyataan ada yang tinggal sekadar mimipi. Begitu banyak impian yang diri ini impikan, tetapi banyak lagi kenyataan yang tidak pernah termimpi akan dimiliki. Dan pastinya apa yang dimiliki kini lebih baik daripada apa yang pernah diimpikan sebelum ini. Sesungguhnya perancangan Allah sentiasa lebih baik dari perancangan kita.
Teruskan bermimpi jikapun ianya tidak menjadi kenyataan kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jangan gusar dan bersedih atas impian yang tidak menjadi kenyataan kerana pasti ada hikmahnya atas segala yang terjadi pada diri kita. Pasti ada pengajarannya yang ingin DIA terjemahkan kepada kita.

La tahzan...
No comments:
Post a Comment