Tuesday, July 8, 2014

Teropong, Cabaran, Telur ayam :-D

Teropong
Hampir 10 Ramadhan berlalu!.  Pantas memang pantas, lebih pantas bila banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan setiap minggu ada saja program!
Biras : "Bila nak kumpul-kumpul, iftar sekali?". 
Me: "Nanti kami 'teropong' tarikh dulu ya"
Cam tak nampak cahaya saja di hujung teropong tu! Err... kena pinjam teropong tok moh tu kot!! :-D

Cabaran
Cabaran menghabiskan Ramadhan kali ini
-Menu sahur suami dan anak-anak! Kalau sendiri saja puasa kurma dan air dah cukup. Apa pun Alhamdulillah Allah beri peluang untuk beramal dengan tugasaan penyediaan makanan untuk orang-orang berbuka dan bersahur. :-). Alhamdulillah.

Telur ayam
Semalam suami minta buatkan telur kicap (telur hancur+kicap+sos(s)) - permintaan yang mudah, no problem ..suka..suka. :-D. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan suami dan anak-anak yang tidak cerewet bab makanan.

Berbalik cerita telur ayam.  kat luar rumah ada sepasang "ayam gelandangan". Rasanya tahu ayam sapa tapi bila di tanya, tak nak ngaku dan tak sapa nak ngaku!.  Jadi kami ambil jadikan "ayam angkat" sebab dah "bermastautin" kat rumah kami sejak berbulan-bulan dulu. Si ayam tina masih bertelur.  Jadi dapatlah kami "telur ayam kampung" (walaupun dok kat Taman :-)).  Oh BTW, pasangan ayam ni dah ada anak, dah teruna dah anak mereka, bertelur dan menetas kat rumah. Sekarang si maknya tengah mengeram lagi, kali ni atas "monitoring" ayah manusia dapatlah ayam betina tu ram 5 biji telur. Kalau mak manusia yang "monitor" sebijik saja la yang ada (hee...hee...).

Macam nilah lebih kurang
 bezanya semalam
(sumber)
Berbalik cerita telur kicap semula(:-)), semalam "combine" telur ayam beli dan telur ayam free.

Tengah kalut-kalut tu terlepas sebiji telur kedalam sinki!, Alhamdulillah, tak pecah!.  Bila pecahkan, kedengaran lain kekerasan telur kulit ayam beli dan ayam free. Warna kuning telurnya pun lain. Lebih kuning telur ayam free dari telur ayam beli. Katanya lebih kuning telur ayam itu lebih tinggi beta carotennya, semakin tinggi vitamin A nya! Doakan banyak lagilah anak ayam betina yang akan menetas nanti supaya dapat kami telur ayam yang lebih berkhasiat.  Tapi boleh ke biarkan saja mereka bergelandangan begitu?  ;-)


Thursday, June 26, 2014

Kesilapan dan Ramadhan

Ramadhan semakin menghampiri...

Semoga Allah temukan kita dengan Ramadhan tahun ini. Bulan yang penuh kerahmatan ini pastikan kita lalui dengan kejayaan yang sebernarnya.  Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh untuk sebuah kejayaan dalam pekerjaan ataupun pelajaran, semoga kita sama-sama berjaya mengharungi tarbiyyah Ramadhan kali ini dengan lebih berjaya berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Nikmat yang Allah berikan untuk kita dapat lalui Ramadhan (temukan kami ya Allah, insyaallah..) janganlah kita sia-siakan.  Semoga kita mampu untuk memperolehi A diakhir Ramadhan nanti.

Ustaz Zaharudin adalah menulis beberapa tahun yang lalu "Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan". Semoga bermanfaat.

*********************************************************************
Oleh
 Zaharuddin  Abd Rahman
  
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur hingga tidak puasa. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian
*********************************************************************

Friday, May 2, 2014

Mampu jika mahu!

Alhamdulillah telah 12 hari "terlibat" dengan group odoj (one day one juz).  Masa mula-mula nak join rasa ...
hmm... tak sempat la nak habiskan satu juz sehari ni!!  Tapi atas paksa rela diri sendiri, register juga dalam group tu.  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lebih bnyk masa di habiskan bersama alquran dan mampu untuk di habiskan satu juzuk satu hari.  Masa2 terluang diisi dengan ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya kita mampu jika kita mahu. Kita ada masa yang cukup dan mungkin hanya perlu diletakan mana yang utama dan mana yang kedua.

Dari hikmahnya odoj, satu lagi cabaran di lalui, marathon 5.5km.  Sama lebih kurang masa nak mula odoj, berpeluh rasanya nak habiskan satu pusingan dalam stadium pun! 400m saja apatah lagi nak habiskan 5.5km!! Fikirkan saja pun dah rasa nak pitam! Tapi sekali lagi mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan diusia muda dulu apatah lagi diusia yang meningkat senja ini. Ya sekali lagi, kita mampu jika kita mampu. Sekadar mengetahui dan amalkan teknik pernafasan yang betul kita mampu untuk pergi berpusingan-pusingan sebenarnya walaupun kita berada di usia senja begini.  Alhamdulillah, mampu juga di habiskan 5.5km.

Tarbiyyah dari dua peristiwa ini, setiap apa yang kita lalui ada hikmahnya dan memang benar kita belum lagi menggunakan sepenuhnya potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Kita mampu pergi lebih jauh jika kita mahu. Ya benar kata-kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".


Monday, March 31, 2014

Percaya mimpi....??


Terlalu banyak mehnah dan musibah yang melanda Malaysia khususnya dan dunia amnya. Segala yang kita lalui ada  hikmah yang tersembunyi disebaliknya walau betapa berat sekalipun peristiwa itu.  Semoga setiap ujian yang mendatang lebih mendekatkan lagi kita kepada DIA yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana..

Di antara kurafat yang terzahir seperti perbuatan para bomoh yang menggunakan alatan (teropong, tikar 'terbang' etc) dan mimpi-mimpi seorang ustaz. Pasti perlakuan para bomoh itu jelas kekufarannya.  Tapi mimpi seorang ustaz tentang perkara ghaib memerlukan ilmu untuk menanganinya.

Apakah hukumnya percaya pada mimpi-mimpi seseorang?

As Syahid Imam Hassan Al Banna membahaskan dalam Usul 20 (usul keempat) akan perkara ini:

Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al- Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)

Penjelasan:
Muslim adalah dituntut melakukan sebab-sebab yang telah dijanjikan Allah untuk mencapai sesuatu natijah, umpamanya: Makan adalah menjadi sebab hilangnya lapar dan untuk menyambung hidup, minum adalah menjadi sebab kepada hilangnya kehausan dan bekerja menjadi sebab untuk menghasilkan pendapatan dan kekayaan dan begitulah seterusnya. Di samping sebab-sebab yang bersifat kebendaan ini terdapat juga sebab-sebab maknawi yang boleh menghasilkan natijah, seperti doa. Boleh jadi penyakit seseorang itu sembuh kerana doanya begitu juga orang yang sesat mendapat petunjuk kerana doanya, demikianlah seterusnya, kerana semua perkara adalah di tangan Allah. Beliaulah yang menjadikan doa dan permintaan manusia kepadaNya sebagai sebab untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatkan setelah orang yang berdoa memenuhkan syarat-syarat yang menyebabkan doanya tidak disia-siakan. Termasuk dalam sebab-sebab maknawi ini jampi dan doa yang dilakukan oleh Muslim sewaktu beliau ditimpa kesempitan atau sakit, atau beliau dijampi dan didoakan oleh orang lain sebagaimana yang tersebut dalam hadith-hadith seperti:

 “Dengan nama Allah saya menjampimu, dan Allah menyembuhkanmu dari segala penyakit yang menyakitimu, dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada bulu-bulu dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”.

Jampi-jampi dan doa seperti ini harus di segi syariat kerana telah berlaku dalam sunnah yang suci, tetapi jampi-jampi yang lain termasuklah tukang-tukang nujum, dakwaan mengetahui perkara-perkara yang ghaib, menulis kalimah-kalimah yang tidak difahami, menjadikan batu-batu atau tulang-tulang sebagai tangkal adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib ditolak dan tidak harus diterima.

sumber
Mungkin orang bertanya: “Kenapakah di sini kita mengingkari dakwaan mengetahui perkara-perkara ghaib sedangkan pada asas ketiga, asas yang mengatakan bahawa sebahagian dari kesan iman yang benar ialah kassyaf dan termasuk dalam kassyaf ini ialah mengetahui sebahagian dari perkara-perkara ghaib?” Untuk menjawab soalan ini kita katakan: bahawa kassyaf ini berlaku kepada orang-orang yang beriman tanpa dimintanya dan beliau tidak berhak memintanya. Beliau juga tidak berkuasa mengetahui perkara-perkara ghaib itu menurut masa dan keadaan yang dikehendakinya dan beliau tidaklah memilik suatu kuasa pancaindera yang tertentu untuk kassyaf, cuma kassyaf itu dilakukan Allah padanya lantas perkara-perkara batin dan yang tersembunyi itu terbuka kepadanya. Kassyaf yang sedemikian ini berbeza dengan dakwaan mengetahui perkara ghaib, kerana mereka yang mendakwa mengetahui perkara ghaib mendakwakan bahawa mereka berkuasa melihat perkara-perkara ghaib itu bila-bila masa sahaja menurut kehendaknya, sebagaimana beliau berkuasa melihat benda-benda yang wujud di depan mata bila-bila masa beliau kehendaki. Dakwaan seperti ini ditegah dalam syariat.

Saturday, February 22, 2014

Abu Nawas Menangkap Angin

Abu Nawas kaget bukan main ketika seorang utusan Baginda Raja datang ke rumahnya. Ia harus menghadap Baginda secepatnya. Entah permainan apa lagi yang akan dihadapi kali ini. Pikiran Abu Nawas berloncatan ke sana kemari. Setelah tiba di istana, Baginda Raja menyambut Abu Nawas dengan sebuah senyuman.

"Akhir-akhir ini aku sering mendapat gangguan perut. Kata tabib pribadiku, aku kena serangan angin." kata Baginda Raja memulai pembicaraan.
"Ampun Tuanku, apa yang bisa hamba lakukan hingga hamba dipanggil." tanya Abu Nawas.
"Aku hanya menginginkan engkau menangkap angin dan memenjarakannya." kata Baginda. Abu Nawas hanya diam. Tak sepatah kata pun keluar dari mulutnya. Ia tidak memikirkan bagaimana cara menangkap angin nanti, tetapi ia bingung bagaimana cara membuktikan bahwa yang ditangkap itu memang benar-benar angin.

Karena angin tidak bisa dilihat. Tidak ada benda yang lebih aneh dari angin. Tidak seperti halnya air walaupun tidak berwarna tetapi masih bisa dilihat. Sedangkan angin tidak. Baginda hanya memberi Abu Nawas waktu tidak lebih dari tiga hari. Abu Nawas pulang membawa pekerjaan rumah dari Baginda Raja. Namun Abu Nawas tidak begitu sedih. Karena berpikir sudah merupakan bagian dari hidupnya, bahkan merupakan suatu kebutuhan. Ia yakin bahwa dengan berpikir akan terbentang jalan keluar dari kesulitan yang sedang dihariapi. Dan dengan berpikir pula ia yakin bisa menyumbangkan sesuatu kepada orang lain yang membutuhkan terutama orang-orang miskin. Karena tidak jarang Abu Nawas menggondol sepundi penuh uang emas hadiah dari Baginda Raja atas kecerdikannya.

Tetapi sudah dua hari ini Abu Nawas belum juga mendapat akal untuk menangkap angin apalagi memenjarakannya. Sedangkan besok adalah hari terakhir yang telah ditetapkan Baginda Raja. Abu Nawas hampir putus asa. Abu Nawas benar - benar tidak bisa tidur walau hanya sekejap. Mungkin sudah takdir; kayaknya kali ini Abu Nawas harus menjalani hukuman karena gagal melaksanakan perintah Baginda, Ia berjalan gontai menuju istana. Di sela-sela kepasrahannya kepada takdir ia ingat sesuatu, yaitu Aladin dan lampu wasiatnya.

"Bukankah jin itu tidak terlihat?" Abu Nawas bertanya kepada diri sendiri. ia berjingkrak girang dan segera berlari pulang. Sesampai di rumah ia secepat mungkin menyiapkan segala sesuatunya kemudian manuju istana. Di pintu gerbang istana Abu Nawas langsung dipersilahkan masuk oleh para pengawal karena Baginda sedang menunggu kehadirannya. Dengan tidak sabar Baginda langsung bertanya kepada Abu Nawas.

"Sudahkah engkau berhasil memenjarakan angin, hai Abu Nawas? "
"Sudah Paduka yang mulia." jawab Abu Nawas dengan muka berseri-seri sambil mengeluarkan botol yang sudah disumbat. Kemudian Abu Nawas menyerahkan botol itu. Baginda menimbang-nimang batol itu.
"Mana angin itu, hai Abu Nawas?" tanya Baginda. Di dalam, Tuanku yang mulia." jawab Abu Nawas penuh takzim. "Aku tak melihat apa-apa." kata Baginda Raja.
"Ampun Tuanku, memang angin tak bisa dilihat, tetapi bila Paduka ingin tahu angin, tutup botol itu harus dibuka terlebih dahulu." kata Abu Nawas menjelaskan. Setelah tutup botol dibuka. Baginda mencium bau busuk. Bau kentut yang begitu menyengat hidung.
"Bau apa ini, hai Abu Nawas?" tanya Baginda marah. "Ampun Tuanku yang mulia, tedi hamba buang angin dan hamba. masukkan ke dalam botol. Karena hamba takut angin yang hamba buang itu keluar maka hamba memenjarakannya dengan cara menyumbat mulut botol." kata Abu Nawas ketakutan.

Tetapi Baginda tidak jadi marah karena penjelasan Abu Nawas memang masuk akal. "Heheheheh kau memang pintar Abu Nawas."

Tapi... jangan keburu tertawa dulu, dengar dulu apa kata Abu Nawas. "Baginda...!"
"Ya Abu Nawas!"
"Hamba sebenarnya cukup pusing memikirkan cara melaksanakan tugas memenjarakan angin ini."
"Lalu apa maksudmu Abu Nawas?"
"Hamba. minta ganti rugi."
"Kau hendah memeras seorang Raja?"
"Oh, bukan begitu Baginda."
"Lalu apa maumu?"
"Baginda harus memberi saya hadiah berupa uang sekedar untuk bisa belanja dalam satu bulan."
"Kalau tidak?" tantang Baginda.
"Kalau tidak... hamba akan menceritakan kepada khalayak ramai bahwa Baginda telah dengan sengaja mencium kentut hamba!"
"Hah?" Baginda kaget dan jengkel tapi kemudian tertawa terbahak-bahak. "Baik permintaanmu kukabulkan!"

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 11, 2014

THE PROGRAMMING IN GENES

Semester 2 baru bermula.  Minggu ini adalah minggu ke dua.  Berazam untuk buat yang lebih baik semester ni.  Semester yang lepas macam tak “ready”, mengajar “ikut-ikutan” saja. Lama dah “berhenti” mengadap pelajar, bila kena mula balik jadi kekok.  Jadi semester ni berazam untuk memulakan dan buat cara lain pula. 
image
sumber
Mata pelajaran “C programming” kebanyakan pelajar menganggap ianya susah.  Tapi alhamdulillah sekarang ni sekurang-kurangnya semua pelajar ada “basic programming”, jadi mudahlah sikit tugas kami Open-mouthed smile

 Siapakah programmer terbaik? 
Allah is the greatest programmer, right?  Untuk membolehkan sesuatu robot itu bergerak, kita perlukan “hardware” dan “software”. Maka Allah adalah “the greatest programmer” sebab tidak terjadi satu pun conflict ataupun ketidak sempurnaan dalam “software” penciptaan kita.  Kalau begitu kenapa sakit jantung berlubang la, sakit paru-paru la kalau semuanya “perfect”? Kitalah yang menjadikan ciptaan Allah itu tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya ia berfungsi! 

Kalaulah susah kita rasa nak faham “programming language” yang "simple-simple”, pastinyalah Allah itu “the greatest programmer” yang Maha Berilmu, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana….
Masyaallah….

“Nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kita dustakan?”.