Saturday, February 11, 2012


Petak kebun kami suatu ketika macam ni rupanya.  Seronok tengok pokok yang tumbuh subur.  Saya jenis yang tak suka tanam pokok yang lama baru dapat hasil. Kalau tanam jenis sayuran cepat saja dapat menikmati hasilnya.  Orang tak sabar la nampaknya saya ni!
Tapi kini petak sayur kami dah penuh dengan rumput dan semak samun.  Cuba tanam semula tapi tak menjadi dah.  Tanah dah tak subur.  Tumbuhan yang tak berfaedah (pada manusia) saja yang tumbuh.  Kata adik “Kalau nak suburkan semula tanah, kena baik pulihkan dengan taburkan garam kasar untuk meneutralkan semula tanah, bajai semula”.  Itu yang dah tak sempat nak dibuat lagi.  Kekangan masa yang tidak mengizinkan (alasan?).  Buat masa ni kekadang bersih petak kebun tu, kekadang semak samun, walaupun besarnya hanyalah sekangkang kera (ini betul, bukan bidalan, sekangkang kera saja besarnya).

Macam diri kita juga.  Ketika iman dipuncak, hidup subur amal ibadat kita.  Ketika iman menurun, semak samun amal ibadat kita.  Semak dengan aktiviti lagha.  Jangan biarkan macam petak kebun saya.  Bagi diri kita, suburkanlah sentiasa keimanan kita, pastikan hidup kita menghijau dengan amal ibadat.  Biarlah sedikit, tapi berterusan (istiqamah).  Tatkala kita merasa dah semakin “semak samun” keimanan kita, bersegeralah baik pulih semula dan “tanam semula”.  Jangan biarkan semak samun itu terus bermaharaja lela.  Jika kita mengingati Allah, sesekali “terlupa dan terleka” Allah akan “menegur” kita.  Bukankah DIA Maha Pengasih dan Penyayang?  Allah tidak akan jemu memberi rahmat kepada kita sehingalah kita sendiri jemu untuk beramal ibadat.

Thursday, February 9, 2012

Milik kitakah esok hari?

Bertaubat, perlukah kita nantikan ‘masa yang sesuai’ untuk bertaubat?  Bilakah ‘masa yang sesuai’ untuk bertaubat? “ Tua nantilah baru bertaubat.”  “Nanti bila dah betul2 tak nak buat maksiat, barulah bertaubat” “Muda lagi, banyak lagi nak buat, buat apa nak bertaubat?” Pastikah kita masa itu ada?  Pastikah kita ‘esok untuk kita’? Pastikah kita sesaat selepas ini kita masih bernyawa?


Ada juga yang berkata “bertaubat lepas tu buat jahat, lepas tu bertaubat lagi, lepas tu buat jahat lagi, buat apa.. baik tunggu bila sampai masa nak bertaubat, barulah betul-betul bertaubat”.  Lagi sekali, pastikah kita sempat jumpa masa itu?  Lakukanlah solat sunat taubat bila-bila masa dan ketika, walaupun selepas itu kita akan mengulangi dosa yang sama.  Laksanakan..laksanakan..teruskan saja bertaubat, insyaallah, jika selalu kita lakukan pasti ada masa dimakbulkan Allah dan saat itu pasti kita akan lakukan taubat yang sebenar-benar taubat. Allah itu Maha Pengasih , Maha Penyayang dan Maha Pemberi Taubat. 
Bila-bila masa, buatlah solat taubat, selepas zohor buatlah solat taubat, selepas isyak buatlah solat taubat, jangan ditunggu masa lain yang mungkin bukan milik kita.  Jangan ditunggu sepertiga malam yang mungkin hanya akan berlalu tanpa kita mengisinya dengan qiyamullail.  Betaubat selagi kita punya masa, masa  yang perg tidak mungkin kembali, dan masa yang tinggal mengingatkan kita masa kematian yang  semakin menghampiri.  


Tuesday, February 7, 2012

Mulianya mereka yang bertaubat

Dari buku ('7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG' - DR DANIAL)

MULIANYA MEREKA YG BERTAUBAT: Di zaman nabi, seorang wanita telah melakukan zina dan dengan penuh penyesalan telah menceritakan tentang perbuatannya itu kepada nabi. Beliau pun dihukum oleh nabi. Selepas beliau meninggal dunia, nabi melaksanakan solat jenazah ke atas mayatnya. Perbuatan nabi ini memelikkan Omar Al-Khattab lantas Omar pun bertanya, "Kamu bersembahyang ke atas mayatnya sedangkan beliau pernah berzina?" Nabi menjawab, "Dia telah bertaubat dengan satu taubat yang andai kata diagihkan taubat itu kepada tujuh puluh orang ahli-ahli maksiat di Madinah (yakni orang-orang munafik), nescaya ia mencukupi bagi mereka." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. 

Mengikut satu riwayat oleh Kalbi, "Dua orang sahabat, seorang dari Ansar dan seorang lagi dari Bani Thaqif, telah dipersaudarakan oleh nabi. Hubungan antara mereka berdua cukup mesra dan pada suatu hari sahabat dari Ansar telah keluar berperang bersama nabi. Beliau mengamanahkan sahabat beliau dari Bani Thaqif untuk menjaga isterinya ketika beliau tiada. Kesemuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Namun pada suatu hari ketika sahabat dari Bani Thaqif menziarahi rumah sahabatnya untuk meninjau keadaan isteri sahabatnya, beliau ternampak wanita itu dalam keadaan yang terdedah auratnya. Beliau terus masuk ke dalam rumah dan secara spontan terus menyentuh muka isteri sahabatnya serta mencium tangannya. Tiba-tiba beliau berasa malu atas perbuatannya dan terus melarikan diri ke atas bukit. Di situ beliau menjerit dan menangis meminta ampun kepada Allah tanpa henti. Apabila sahabatnya kembali dari medan perang isterinya menceritakan tentang apa yang berlaku dan berita ini kemudiannya sampai kepada nabi. Akhirnya Jibrail pun datang menyampaikan wahyu daripada Allah, iaitu ayat 135 dari surah Ali-Imran, yang telah disebutkan sebelum ini iaitu, "Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui."

Justeru Allah mengasihi mereka yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat Ia adalah langkah penting menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dalam Risalah Qusyairiyah, Imam Qusyairi berkata, "Taubat ialah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah." (

Monday, February 6, 2012

Cuti lagi... banyak betul cuti diawal-awal tahun ini.  Bila cuti produktiviti pun menurun.  Patutnya cuti diisi dengan masa bersama keluarga, tapi bagaimana masa itu nak diisi dengan bermakna apabila difikiran masih memikirkan tentang tugasan pelajaran yang belum siap. PhD ini terlalu menguasai diri walaupun cuba untuk tidak menjadikannya sebagai punca "stress" tapi ia tetap menguasai diri selagi tidak habis.  Semoga tidak mendapat "permanent head damage (PhD) ) sudahlah!  
Cuti panjang kali ini hanya dirumah saja. Dari sabtu - ahad, anak kedua ada program di Nur Laman Bistari program anjuran kelab kelas tingkatan 2 yang telah tertunda beberapa kali(dari kelab kelas tingkatan satu, hingga sekarang dah jadi kelab kelas tingkatan 2), program " we are born champions" Semoga anak-anak yang hadir akan menjadi "champions" di dunia dan akhirat.
Suami pula ada mukhayyam di Jeram, ahad- selasa.  Yang lain hanyalah dirumah.  
Cuti maulidur rasul, sana sini perarakan dan sambutan bukan main meriah lagi.  Macam-macam acara ada.  Ada juga tajuk seperti "Rasulullah contoh terbaik".  Ya! Rasulullah adalah role model terbaik.  Setiap tahun rasanya berbagai acara diadakan, tapi cukupkah itu saja yang kita lakukan setiap tahun?  Kalau rasullah ada, akan tersenyum gembirakah baginda dengan segala macam bentuk acara yang kita adakan untuk baginda ini? Andai program yang dianjurkan dapat mendekatkan lagi kita kepada baginda, alhamdulillah, tapi bagaimana jika ianya hanya sekadar program tanpa terkesan langsung dihati?  
Kita tahu baginda adalah contoh terbaik, tapi setakat manakah kita mengikuti baginda?  Baginda yang menyintai kita umatnya sehingga hujung nyawa "ummati..ummati..", terbalaskah kita cinta baginda itu?  Benar-benar kenalkah kita akan Rasul kita ini?  Orang kata tak kenal tak cinta, kita bagaimana? 
Tidak ditanya persoalan ini melainkan untuk diri sendiri yang lemah ini jua... 

Raihan...Ya Rasulullah

Sunday, February 5, 2012

Ikhlas

Diizinkan Allah untuk bersama-sama adik di Raudhatus Sakinah untuk berbincang tentang topic "Ikhlas". Secara ringkasnya, setiap amal soleh kita akan diterima jika kita melakukanya dengan ikhlas dan bertepatan dengan sunnah dan syarak.  Jika kita ikhlas melakukannya tetapi melanggar hukum syarka, amalan kita itu akan tertolak begitu juga sebaliknya.  
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : 


 “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
  
  “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.” 


Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud : 

“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.” 

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud : 


“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.” 

“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.” 
Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud : 

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.” 

Wahai kaum hawa, jika ada yang berkata "aku ikhlas menyintaimu" tetapi meminta kehormatan diri kita diserahkan untuk membuktikan ikhlasnya kita pula menyintainya. Benarkah tutur bicaranya "ikhlas" menyintai kita. Lelaki yang ikhlas adalah mereka menjadi pelindung bukan perosak...

Friday, February 3, 2012

Rindu yang bertamu

Rindu.. rasanya terlalu halus menusuk jauh disudut hati. Rindu mengundang keresahan, rindu mengundang kepedihan, rindu mengundang gundah gulana.  Kerinduan yang terlalu rasanya sukar dibendung. Kata pujangga perindu "seorang perindu akan rela menyeberangi samudera untuk menemui orang yang dirinduinya". Kerinduan adakalanya menjadi pendorong.  Bagi diperantauan, kerinduan kampung halaman, ayah bonda dan sanak saudara, mendorongnya untuk cepat-cepat pulang kekampung. Rindunya sang kekasih, ingin segera mendapatkan kekasihnya.  Rindu sang anak, ingin cepat berada didalam pelukan ibunya. 

Janganlah kerinduan menjadi pemusnah, jika terlalu rindu, jangan dirosakkan diri hanya untuk menghilangkan kerinduan itu. Jadikan rindu inspirasi diri untuk terus melangkah dengan jayanya.  
Rindu... bahasa cinta yang halus. Kerinduan adakalanya terubat dengan melihat kembali lakaran kenangan, adakalanya dengan menyelurusi kembali jalan-jalan kenangan itu, adakalanya hanya dengan kembali kepada yang dirindui baru terubat rindu di hati.

Saat ini, hati ini terlalu merindui, rindu yang makin dilihat, makin dikenang, makin kuat rasanya.  Jikaku punya pilihan, ingin saja aku terus ketempat yang dirindui itu. Tapi apakan daya, belum masanya lagi untukku kembali kesana.  

Sebagaimana rintihan sebelum berpisah dibisikkan "Jangan kedatanganku ini Kau jadikan yang terakhir,  jemputlah aku kembali. Jika inilah terakhir kalinya aku bertamu didaerahMu ini, kumohon syurga sebagai gantinya". Jemputkan aku kembali menjadi tetamuMu.


Thursday, February 2, 2012

Are you the eraser or the pencil?

From a friend:

Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) 

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. 

This is for all parents out there..... 
Hang in there!