Tuesday, January 31, 2012

Al Muzammil, 73 : 20

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Monday, January 30, 2012

Solar Loops

Gambar matahari dengan "solar flares" yang berlaku baru-baru ini.  Banyak teori tentang fenomena "solar flares" ini.  Teori tentang kiamat akan berlaku pada 2012 juga katanya akibat daripada letusan yang terlalu kuat dari "sun solar flares".  Pada Januari 2012 ni juga ada satu fenomena bunyi yang entah datang dari mana yang kedengaran dengan jelas dibeberapa tempat di dunia ini.  Mengikut kajian, penerangan yang paling jelas tentang fenomena ini adalah akibat daripada "solar flares ini.  Sila ke laman berikut strange loud noise around the world (jan 2012)
Apa pun yang berlaku kita kena sedar, kiamat itu teramat dekat waktunya dizaman kita ini. Tanda-tanda kiamat, sila lihat link Tanda-tanda kiamat adakah lagi yang belum berlaku?

Kesempatan yang masih ada ini, semoga dapat kita gunakan untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah.  Siapa pun kita di dunia ini, tinggi mana pun darjat kita di dunia ini, ianya tidak penting, yang penting siapa kita disisi Allah.  Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah. 

Saturday, January 28, 2012

serupa tapi tak sama

3 ekor kucing comel.  Bila jumpa mesti tdur, bila tidur mesti jumpa... :-) Setiap seekor berlainan warna.   Anak-anak kucing ni dari seekor ibu yang sama, tapi tak serupa warnanya.  Sama tapi tak serupa!
Ini ibunya, bertompok-tompok, setiap anak mengambil satu dari warna ibunya. Ada 4 ekor sebenarnya, tapi lagi seekor entah kemana dah, warna kelabu. 

Ini semua bukti kekuasaan Allah.

Manusia apatah lagi.  Walau lahir dar perut ibu yang sama tapi masing-masing punya kestimewaan dan kelebihan tersendiri. Masing-masing pasti memiliki sifat atau fizikal ibubapa.  Ada yang mendapat ketegasan ayahnya, ada yang mendapat keayuan ibunya.  Walau siapa pun kita, kita tetap ciptaan Allah yang istimewa, yang sempurna, yang cantik.  Tidak ada ciptaan Allah yang tidak cantik. 
Hanya keperibadian kita dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan dan suasana kita dibesarkan. Persekitaran kita banyak mempengaruhi keperibadian kita.  Jadi pastinya setiap dari kita berbeza. Walau lahir dari perut yang sama, kita tetap berbeza. Apatah lagi kita yang datang dari perlbagai latarbelakang, pastinya berbeza. Railah perbezaan ini.  Jangan dicari dan dibesarkan apakah perbezaan kita, tapi carilah titik persamaan.  Yang berbeza itu mungkin kecil tapi jika fokus kita hanya pada yang berbeza, maka akan terhijablah persamaan yang ada. Perbezaan kitalah yang mewarnai dunia, kalau semua sama saja, pasti hilang serinya kehidupan di dunia ini.  Jangan jadikan perbezaan kita sebagai titik permulaan sebuah persengketaan. Kita kena belajar untuk "agree to disagree".

Friday, January 27, 2012

Dua alam bayi


Bayi kecil sentiasa mengundang senyuman kepada sesiapa jua.  Bayi comel, geram melihatnya. Hati pasti terhibur melihat wajah mulus dan suci sang bayi.  Hilang rasa marah, hilang kerisauan, hilang penat apabila melihat sang bayi. Kita tatang sang bayi penuh kasih sayang. 
Tetapi apabila ibu tua kita kembali ke 'alam bayi', dengan wajahnya yang penuh kedutan dimamah usia.  Wajah penuh pengalaman, wajah yang meggambarkan kehidupan yang telah dilaluinya, belum tentu dapat kita layani dia sepertimana dia melayani kita sewaktu kita adalah bayinya.  Mungkin pandangan kita jua kini tiada lagi kasih sayang, hanya penuh dengan kejelikan.  Janganlah begitu hendaknya.  Suatu masa nanti mungkin kita juga akan jadi begitu dan mendapat layanan yang sama daripada anak-anak kita.... 

Thursday, January 26, 2012

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya: apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaaikat bertanya: "Ya Tuhanku! air benih akan dsempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! darah seketul ini akan dsempurnakan atau tidak? - Ya Tuhanku! daging segumpal ini akan dsempurnakan atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! adakah ia seorang  (yang bernasib) selaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Wednesday, January 25, 2012

Dari Ibn Umar ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah." (Tirmizi)

Dari Abdullah bin Mas'ud ra, katanya: Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, "Apakah satu-satunya dosa yang terbesar di sisi Allah?"Baginda saw menjawab: "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamaiNya pada hal Dia menciptakanmu..." (Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 24, 2012



mama
kami
Melihat wajah tua ibu, dan keluarga yang semakin bertambah, menyedarkan diri ini betapa telah berusia dan semakin tua diri ini. Makcik dan pakcik jua semakin dimamah usia. Sepupu sepapat jua semakin matang dan dimakan usia. Semakin ramai yang mula pulang kekampung halaman. Kini dapat semula berkumpul ramai-ramai seperti suatu waktu dahulu.  Cuma kami saja yang masih jauh dari kampung dan hanya dapat pulang apabila waktu mengizinkan.  Bila masa kami juga akan kembali semula bermastautin di kampung, hanya Allah saja yang tahu.  Semoga sisa-sisa kehidupan yang masih ada akan mengizinkan kami untuk kembali kekampung halaman berkumpul semula seperti suatu waktu dahulu.  Rindu untuk berkumpul kembali, walau kini bicara kami bicara yang lain. Tapi kemesraan tetap terpelihara.  

Friday, January 20, 2012

"Dua maut tersedak susu di taska" 


Tajuk muka depan Harian metro hari ni.  Rasanya selalu dah dengar berita tentang kematian  bayi sebab tersedak susu.  Kenapa bayi boleh tersedak susu?


1) Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.  
2)Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
3) Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Jadi persoalannya, sebab bayi boleh tersedak susu ni sebab kelalaian ke sebab tak sengaja sebab terjadi ke sebab memang takdir ke?

Dari sebab-sebab kenapa boleh terjadinya tersedak susu ni, sebab musabab yang paling tip-top adalah ---- KELALAIAN.

Kenapalah anak yang tak berdosa tu menjadi mangsa kelalaian kita?

Thursday, January 19, 2012

Munafik?

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersanda yang bermaksud
"Tiga tanda orang munafik; Apabila dia berkata dia berbohong. Apabila dia berjanji dia
mungkir. Apabila dia diberi tanggungjawab dia khianati"  (HR:Al Bukhari, Muslim, At-tirmizi dan An Nasaie).

Kadang-kala kita merasakan "tak mungkin aku termasuk dalam golongan ini!". Kita ambil satu bahagian saja, "bohong".  Tidak pernahkah kita berbohong? Bohong pada anak? "Jangan nangis, nanti balik kita beli aiskrim nak?" Angguk2 la anak kita, petangnya kita balik, kita lupa atau buat2 lupa sebab anak tak menangis lagi. Tidak masuk dalam kategori berbohongkah kita?

Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Abdullah b Amir b Rabiah berkata:"Ketika saya kecil, Rasulullah saw pernah datang ke rumah kami.  Ketika itu saya ingin keluar bermain, lalu ibu saya berkata: Wahai Abdullah, mari sini saya mahu beri sesuatu. Apakah yang engkau mahu berikan kepadanya, tanya Rasulullah saw. Ibu menjawab?:Buah tamar. Baginda bersabda: Sekiranya engkau tidak memberikannya nescaya tercatatlah dosa menipu ketasmu."

Imam Ahmad bin Hanbal, kerana menghayati teladan Nabi saw ini telah tidak mahu menerima riwayat daripada seorang lelaki. Kerana apa? Imam Ahmad telah mengembara begitu jauh untuk menerima hadis daripada lelaki tersebut.  Tetapi bila Imam sampai ketempat lelaki tersebut, dia melihat lelaki itu merapatkan pakaiannya seolah-olah mengendong makanan, kemudian memanggil baghalnya seolah2 mahu menberikan makanan.(hakikatnya lelaki tersebut berbohong kepada baghalnya!).

Inilah antara pembinaan akhlak dalam jiwa dan peribadi muslim.

Wallahua'lam

Wednesday, January 18, 2012

Amarah

Seandainya kita ditangkap kerana melakukan kesalahan yang bukan sahaja salah disisi undang-undang tetapi juga salah disisi agama, siapakah yang patut disalahkan? Andainya kita tahu siapa yang melaporkan kesalahan kita kepada pihak berkuasa, siapa yang perlu kita salahkan?  Disaat kemarahan menguasai diri pastinya dendam membara.


Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : "Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya."(HR. Bukhari dan Muslim)

Berkata Ibnu Ja?far bin Muhammad rahimahullah : "Marah itu pintu seluruh kejelekan".

Walau apa pun tujuan sahabat kita membuat laporan, patutkah dia di salahkan?  Bukankah tidak akan terjadi sesuatu itu tanpa izin Allah?  Tidak akan terhalang sesuatu itu juga tanpa izin Allah? Jika sesuatu "keburukan" itu terjadi juga kepada kita, siapa yang patut disalahkan?  Kenapa ianya diizinkan oleh Allah berlaku pada kita? Pasti ada sesuatu yang cuba di sampaikan.  Carikah hikmah terjadinya sesuatu itu, bukan mencari salah siapa ianyanya terjadi.  Mungkin jika dicari-cari pun, pesalah yang terbesar adalah diri sendiri!.

Untuk melihat sesuatu itu dari kacamata Islam dan iman terlebih dahulu kita perlu memilikinya. Insya-allah sesekali tersalah langkah dan tersadung kelembah maksiat, ia akan menarik semula kita kepada yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Wallahua'lam.

Monday, January 16, 2012

Menghadapai Ribut Rumahtangga

Fikir Sejenak
Apabila kita sedang marah, kita perlu tanya pada diri "Mengapa aku marah?", dan perlu fikir akan jawapannya. Dalam konteks rumahtangga, apabila kita marah, sebabnya ada 2 kemungkinan:
1.      Marah disebabkan perkara lain
2.      Marah kepada suami/isteri
Mungkin marah disebabkan perkara lain.
Pernah dengar kisah 'Siapa yang menendang kucing itu'? Seorang pekerja lelaki dimarahi oleh bosnya di pejabat. Lelaki tersebut cuba pertahankan bahawa bukan dia yang melakukan kesalahan. Maka lelaki tersebut pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, jalan pula sesak. Tambah pula ada pemandu lain yang memandu secara tidak berhemah. Setibanya di rumah, si isteri menjemput dengan wajah ceria. Namun fikiran si suami masih berserabut, tidak dapat membalas ceria sapaan isteri. Maka suami terus mencari kerehatan, meninggalkan isteri. Isteri pula terasa hati. Sudah tidak ceria. Si anak pula meminta izin ibunya untuk pergi keluar bermain. Ibu tidak membenarkan, si anak masam mencuka. Dilihatnya si kucing, ditendangnya akan kucing itu. Maka, siapakah yang menendang kucing itu?
Kisah ini sebagai contoh umum, dan wataknya berubah-ubah dalam kehidupan realiti. Propagasi marah boleh berlaku, dan mungkin natijahnya lebih buruk daripada seekor kucing ditendang.
Maka satu perkara atau ciri yang perlu ada pada diri kita agar propagasi gelombang marah tidak berlaku atau dapat dihentikan adalah kemampuan mengawal diri (self-control). Kemampuan mengawal diri ini adalah hasil daripada penimbaan ilmu dan pengamalan kita tentang aspek-aspek akhlaq Islamiyyah.
Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd:11).
Kita marah disebabkan kesalahan suami/isteri.
Adakah dia memang bersalah?
Atau mungkin disebabkan salah faham antara suami isteri, yang tidak tahu tentang perbezaan lelaki dan wanita dalam keperluan perasaan, berfikir dan bertutur?
Lelaki dan wanita, berbeza dalam keperluan perasaan, berfikir, bertutur, memahami, reaksi, cara memberi kasih sayang. Seolah-olah mereka menuturkan bahasa yang suami/isteri tidak dapat memahami. Perbezaan inilah yang perlu kita pelajari, ketahui, dan hormati, agar perasaan cinta suami isteri terus kekal subur dan mekar hingga ke syurga.
Kerana tidak tahu tentang perbezaan-perbezaan ini, mudah masalah dan konflik timbul dalam rumahtangga, dan sukar pula mencari penyelesaian dan jalan keluar untuk konflik tersebut. Perasaan marah mudah timbul, diri mudah berasa tension.
Seringkali suami dan isteri berada dalam konflik, apabila mereka menganggap bahawa pasangannya adalah seperti diri mereka, daripada aspek perasaan, fikiran, dan komunikasi. Suatu kesilapan juga apabila ada yang menganggap bahawa cara menyatakan cinta dan menerima cinta tiada perbezaan antara lelaki dan wanita.
1.      Apabila Mereka Berkomunikasi
Secara umumnya, apabila seorang lelaki berbicara dengan lelaki tentang masalah, bermakna dia berusaha mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan meminta bantuan rakannya. Maka mereka akan berbincang, agar jalan keluar ditemui untuk mengatasi masalah tersebut. Ini jelas kepada kita.
Dalam kehidupan rumahtangga, apabila isteri berbicara dan berkongsi perasaan tentang perkara-perkara hariannya (masalah luaran, bukan masalah rumahtangga) - terutama yang tidak menyenangkannya, suami mudah menganggap bahawa itu adalah suatu luahan masalah yang meminta cadangan solusi. Ini adalah normal sekiranya adalah urusan antara lelaki. Namun tidak sebegitu antara lelaki-wanita atau suami-isteri. Apabila wanita membuat luahan tentang perkara yang tidak menyenangkan, tidak semestinya ia adalah luahan masalah yang berhajatkan kepada cadangan penyelesaian.
Maka suami apabila mendengar luahan tersebut, dengan niat baik ingin membantu, mula menganalisa satu demi satu yang diluahkan isteri, dan memberi cadangan demi cadangan, tetapi bukanlah itu sebenarnya yang dikehendaki. Isteri terus berasa tidak gembira, atau bertambah sedih.
Langkah yang betul yang perlu diambil oleh suami, yang benar-benar membantu, adalah mendengar dengan empati, cuba memahami dan menghayati, seolah-olah turut melalui situasi yang sama, tanpa cadangan solusi.
Bukanlah cadangan solusi itu perkara yang tidak elok, ia perkara yang penting, namun perlu juga dinilai faktor masa (bila), juga cara disampaikan (bagaimana).
Wanita berubah-ubah kondisinya, mengikut keadaan dan masa, dan umumnya boleh dibahagikan kepada 3 mode:
1.      Rasional
Mode ini wanita boleh dibawa berbincang, dan mampu mendengar cadangan solusi atau penambahbaikan.
2.      Empati
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah luaran. Mode ini wanita inginkan pendengar yang memahami. Tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.
3.      Emosional
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah dalaman (masalah suami-isteri). Juga tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

2.Belajar Menjadi Pendengar Yang Baik
Kita perhatikan satu contoh daripada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.
Mary pulang ke rumah dengan hari yang meletihkan. Dia perlu dan mahu berkongsi perasaannya tentang hari tersebut.
Dia berkata, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, 
"Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."
Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata,
 "Jangan dengar kepada mereka. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."
Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata,
 "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."
Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata,
 "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."
Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata,
 "Saya sedang dengarlah ni."
Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa daripada apabila dia tiba di rumah. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.
Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.
Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, beliau secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.
Hasilnya, apabila Mary pulang ke rumah dalam keletihan, perbualan mereka agak berbeza.
Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata,
 "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."
Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata,
 " Hmmm."
Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkedut,
 "Oh, tidak."
Mary berkata, "Dia memerlukan amat saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata,
 "Awak memang seorang yang penyayang."
Tom kemudian memeluk mesra Mary. Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."

3.Kenali Dia
Know our spouse, and let our spouse know about ourself.
Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, isteri perlu belajar dan berusaha mengenali suami. Isteri perlu memberitahu tentang diri kepada suami, suami perlu memberitahu tentang diri kepada isteri.
Wujudkan sesi khas tazkirah dan perbincangan mingguan secara konsisten. Semoga perasaan cinta dan kasih saying bait Muslim terus mekar hingga ke hujung hayat dibawah naungan cinta Ilahi.
Biodata Penulis
Ahmad Faiz Muhamad Sabri Merupakan Lepasan Maahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis. Kini penuntut tahun akhir Fakulti Perubatan Universiti Kaherah di bumi Mesir. Beliau berkongsi karya di http://prince-of-islam.blogspot.com.

Sunday, January 15, 2012

Mutiara kata

"Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus."

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."

Friday, January 13, 2012

Nikmat yang paling besar

Apabila disebut nikmat, terbayanglah pacaindera kita yang berfungsi dengan sempurna, kasih sayang yang tidak pernah kurang dari ibubapa, dan seribu satu nikmat yang lain yang kita miliki.  Tapi sebenarnya, nikmat yang paling besar dan paling mulia yang kita miliki adalah nikmat ISLAM....Nikmat yang tidak kita minta tapi Allah berikan pada insan terpilih seperti kita...Bagaimanakah untuk dinyatakan kesyukuran kita?

Thursday, January 12, 2012

Gugur sebelum waktunya...



Pakcik Mi  |  JANUARY 6, 2012 @ 6:43 PM

Asmwrbt,

Terpanggil utk kongsi sikit pengalaman. Pkcik ni dah berumur 50++. Ikut usrah sejak tahun 1980. Mungkin ramai yang membaca ini masih di alam roh lagi ketika itu. Hingga sekarang pun masih lagi ikut usrah dan memang lah, tidak semua usrah itu perfect. Ada kalanya, yg hadir 2-3 kerat, borak2, habiskan air dan makanan tuan rumah dan balik. Kalau ikut logik akal, memang buang masa tambahan pula kita ni sibuk dan banyak urusan.

Itu logik akal.

Kalau layan perasaan, memang kita rasa buang masa. Perasaan itu boleh dihanyutkan oleh nafsu dan syaitan. Tapi sebenarnya tidak begitu. Pada pakcik, dapat jumpa sahabat pun dah kira seribu rahmat. Usrah juga adalah kayu ukur kepada keikhlasan kita, utk mengabdikan diri kepada Allah. Itu intipatinya. Nak beri hidayah atau tarik balik hidayah, semua ketentuan Allah swt dan bergantung kepada keikhlasan kita.

Terus terang…. dalam masa lebih 30 tahun ikut jemaah ini, pakcik lihat dah ramai ikhwah/t kita yang kecundang. Terlalu ramai yang hilang lenyap begitu sahajasedangkan ada diantara mereka adalah dari barisan pimpinan yang mempunyai pengorbanan yang teramat banyak. Hafalan mereka….masyallah. Pembacaan buku mereka…mengkagumkan. Ilmu mereka…. yang bergelar ustaz pun payah nak lawan. Malah ada diantaranya boleh berbahasa Arab dengan cukup baik walaupun bukan dari latarbelakang agama. Buku yang mereka quote bukan buku bahasa Malaysia atau Inggeris tapi buku Arab. Komitment mereka… ada yang usrah 5-7 kali seminggu dan terpaksa travel berpuluh/ratus km dengan kereta buruk. Pengorbanan mereka……masa, harta, karier, keluarga dan wang ringgit….cukup banyak…..

Tapi sayang…. ramai diantara mereka sekarang sekadar menjadi Muslim biasa….. dan yang lebih menyedihkan… ada yang kecundang terus.

Kenapa ini berlaku kepada mereka?? Kenapa tidak berlaku kepada kita?? Atau belum berlaku kepada kita?? Semua jawapan ini ada pada Allah swt kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui semua perkara, terdahulu mahupun akan datang.

Pakcik nak kongsi 3 pengalaman:

Kesah 1:
Ada sahabat dari barisan pimpinan. Beliau berkata pada Pkcik (masa tu dalam masjid). “Kita ni orang sibuk. Mana ada masa nak buat kerja voluntary ni?” Pakcik tersentak dan terlintas dalam hati, “Sejak bila pula kerja dakwah ini kerja voluntary? Bukankah ini tanggungjawab?”.

Sejak dari itu, sahabat ini mula menjauhkan diri dari dakwah, usrah dan rakan2nya. Hidupnya leka dengan kesibukkan tugas hariannya. Ya… dia memang mendapat kedudukan dalam kariernya…. tapi dalam dakwah dia tidak ada lagi. Setakat hari ini, hanya menjadi manusia biasa. Dia adalah pimpinan dalam satu organisasi tapi nak buat usrah kat sana pun dia tak bagi.

Kesah 2:
Seorang akhwat diminta memegang jawatan masuliah. Dia menolak dengan alasan, “Ana dah bincang dgn suami dan kami decide biarlah dia seorang sahaja yang komitted pada dakwah. Ana kena tumpu pada anak2″. Akhirnya, dia dengan suaminya, kedua2 lenyap dari arus dakwah. Anak2 pun turut sama sekadar menjadi insan biasa.

Kesah 3:
Seorang ikhwah (juga pimpinan) yang baru mula berniaga. Dia pernah berkata pada pakcik, “Dakwah dan business ini susah nak campur aduk”….. dan ada lagi statement dia yang…….. susah nak cakap. Akhirnya, perniagaan entah kemana, Allah uji dia dengan sekretari yang manja “macam anak kucing” (istilah yang digunakan oleh ikhwah lain), rumah tangga hancur. Pakcik pernah jumpa dia tapi…. dia masih dijalan yang dia pilih.

Kesah yang pakcik nukilkan ini adalah kesah benar yang pakcik hadapi sendiri dan bukan cerita rekaan. Mungkin masih banyak lagi kesah yang hampir sama yang pernah berlaku pada sahabat2 kita. Doa pakcik, semoga mereka2 ini kembali semula ke jalan yang benar dan manis yang pernah mereka lalui. Ini bukan perkara yang mudah sebab ada beberapa orang diantara yang “missing in action” ini kurang senang bila kita ajukan persoalan usrah, dakwah dan tarbiyah, sedangkan dulu kami sahabat karib.

Pada pengamatan pakcik, PUNCA SEMUA INI ADALAH “KATA2 YANG LAHIR DARI ISI HATI SEBENAR”. Bila kita menyatakan kita tidak mahu, tidak suka dan susah dengan kerja dakwah ini, maka Allah swt akan tarik kita keluar. Oleh sebab ituKEIKHLASAN dalam usaha dakwah ini AMAT PENTING. Jika kita tidak sudi nak buat kerja yang Allah swt telah amanahkan, Allah pun tak sudi nak terima kita dan Allah swt tidak rugi apa2 pun.

Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata,
“Saya dah bosan la dengan usrah ini…”
“Buang masa aje pergi usrah, baik baca buku…” (tapi tak baca pun…)
“Pergi usrah pun bukan dapat apa2…”

dan juga alasan2 yang munasabah tapi tidak benar atau tepat bila kita tak mahu datang usrah.
“Ana kurang sehat….”, sedangkan masa itu sibuk layan TV atau internet.
“Ana ada tamu….”, sedangkan masa tu hanya jiran sebelah rumah datang sebentar.

Bila kita rasa malas, enggan, banyak alasan, tak mahu, tidak ikhlas, berkata kurang benar (berbohong)…… cepat2lah bertaubat kerana kita khuatir masa itu Allah boleh pusingkan hati kita hingga kita merasa seronok pula tidak ada usrah, tak ada kerja dakwah dan dilekakan dengan hidup di dunia ini.

Kalau setakat menjadi Muslim biasa, masih kekal dengan solat dan amalan ibadah yang lain, itu dah kira cukup baik. Akan tetapi, pakcik pernah jumpa sahabat (yang cukup hebat satu ketika dahulu) berkata, “Kita kat dunia ni kena rasa semua yang ada”. Dia seolah2 tidak merasakan apa-apa walaupun melakukan maksiat, malah macam rasa bangga pula.

Kita boleh mencipta berbagai alasan untuk tidak mahu datang usrah, tak mahu buat kerja dakwah dsbnya dan kadangkala alasan itu memang ada kesahihannya (valid). Akan tetapi, sepertimana yang Allah gambarkan dalam perang Tabuk, hanya mereka yang ikhlas sahaja (kesah Kaab bin Malik) yang Allah tidak balikkan hati mereka.

Bab hati ini, hanya tuan punya hati dan Allah sahaja yang tahu. Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata2 yang boleh menyebabkan Allah keluarkan kita dari jalanNya.

Pakcik ni pun takut dan berdoa saban masa agar tidak dipusingkan hati oleh Allah. Kalau Allah pusingkan hati, tidak ada satu makhluk atau apa2 pun yang boleh membantu kita. Kalau mereka yang hebat satu ketika dulu boleh jatuh, bagaimana dengan kita? Apa lebihnya kita dari mereka. Kurang mungkin ada.

Kita sebenarnya tidak tahu macam mana akhirnya hayat kita kat dunia ini. Apakah kita dapat menerima buku amalan ditangan kanan dan bukan ditangan kiri? Macam mana penilaian Allah terhadap amalan kita selama ini? Apakah kita telah membuat yang terbaik atau pura-pura baik? Apakah timbul dalam hati kita sifat ujubriak danmegah bila kita beramal ibadah atau diberikan kedudukan yang tinggi dalam jemaah dan karier? Apakah amalan kita ibarat rumput kering yang akan dimamah api? Apakah kita merasa hebat dan seronok dipuji oleh ikhwah kita sebagai orang yang komitted dalam dakwah? Dan tersinggung bila ada yang menegur?

Pakcik ini dah tua. Iman turun naik adalah mainan hidup selama ini. Alhamdulillah setakat ini masih dapat bertahan walaupun tidak sebaik mana. Masih terlalu banyak kekurangan. Penilaian dan harapan pakcik, semoga Allah redha dgn pakcik. Penilaian Allah tak tahu lagi. Kalau sebaliknya macam mana? Nauzubillah!! Oleh kerana itulah kita disuruh bertaubat setiap masa kerana kita tidak tahu macam mana penilaian Allah terhadap kita.

Pakcik ini dah tua. Pintu alam kubur semakin dekat, ibarat tombol pintu bilik aje. Buka sahaja pintu itu, kalau gelap….habislah…..kalau terang….alhamdulillah. Cukup dekat dan hampir. Dah ramai yang telah lalui…… macam mana keadaan mereka??? Dan apa sahaja kehidupan yang buruk atau baik disebalik pintu itu….akan kekal selama-lamanya. Tak boleh nak patah balik, walau sesaat. Inilah yang paling ditakuti.

Pohon maaf kerana menukilkan dengan panjang lebar. Semoga ianya memberi munafaat kepada yang membaca. Perjalanan kita masih jauh dan hanya Allah swt yang tahu penghujungnya.

Tolong doakan untuk pakcik agar diberikan Allah swt penghujung yang baik.

Waullahua’lam.


Komen pembaca :  "Khairul a'maal, adwaamuha wa inqalla"
                        Sebaik2 amal adalah yg sederhana tetapi berterusan

Tuesday, January 10, 2012

CEDAW & Dasar Wanita Negara


CEDAW & Dasar Wanita Negara: Kesannya Terhadap Pembangunan Wanita

17 Disember 2011 bertempat UIAM Gombak telah berlangsung Wacana CEDAW & Dasar Wanita Negara : Kesannya Terhadap Pembangunan Wanita anjuran bersama IMAN (Interactive Muslimah Association), Wanita IKRAM dan WPRU (Women Progress & Research Unit IIUM). Wacana ini amat penting kerana ia memberi penerangan tentang dasar dan halatuju Dasar Wanita Negara dan CEDAW yang mencorak masa depan wanita, termasuk wanita muslim di negara ini. Keprihatianan terhadap perkara ini adalah untuk memastikan kedudukan dan kepentingan Islam dan umat, terutamanya kaum wanita Islam tidak terjejas.
(CEDAW - Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women)
Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim selaku Timbalan Ketua Wanita IKRAM telah menyampaikan ucapan aluan bagi pihak penganjur.
Wacana dirasmikan oleh Prof. Dato Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor UIAM.
Seramai lebih dari 80 orang menghadiri program. Dua orang daripada empat ahli panel pembentang adalah dari wanita IKRAM iaitu Prof. Dr. Najibah dan Puan Azlina Roszy Abd Ghaffar. Hampir lebih 20 orang ahli wanita IKRAM turut hadir sebagai peserta wacana.
Ucapan perasmian Prof. Dato Sri Dr. Zaleha Kamaruddin telah menceritakan tentang sejarah penubuhan CEDAW iaitu setelah PBB ditubuhkan pada tahun 1946. Ketika itu CSW (Commission on The status of Women) ditubuhkan. Antara peranannya adalah untuk menentang diskriminasi terhadap wanita dengan tujuan menaikkan status wanita.
CEDAW dipelopori oleh seorang aktivis wanita bernama Jane Connors yang merupakan satu perjuangan golongan feminis sebagai cara mereka membebaskan diri mereka dari diskriminasi. Malaysia adalah antara negara yang mengiktiraf atau menerima (ratify) CEDAW, maka mahu tidak implikasinya kepada wanita Malaysia perlu diberi perhatian penting.
Puan Azlina Roszy telah membentangkan kertaskerja Imbasan CEDAW dan Dasar Wanita Negara. Penglibatan beliau melihat sendiri perjuangan wanita feminis di CSW di United Nation (UN) telah memberikan perspektif tentang asal usul CEDAW ini. Kebaikan dan keburukan CEDAW ini telah dibentangkan.
Pembentangan seterusnya oleh kita Prof. Dr. Najibah mengenai Hak-hak asasi wanita : Perbandingan antara CEDAW dan Islam. Antara poin yg menarik perbincangan ini ialah mengenai hak kesamaan dan kesamarataan; dua perkara yang berbeza. Kepentingan CEDAW yg boleh membuat polisi, undang2 dan agenda ke United Nation,kesan kepada perundangan dan pindaan undang-undang negara yg berkaitan dengan wanita. Pembentangan Prof. Dr. Najibah merumuskan peranan dan tanggungjawab kita yg perlu mengadakan /membaharui undang-unadang ke arah yg lebih baik tentang hak, peranan dan tanggungjawab wanita, keluarga dan masyarakat.
Pembentang ketiga adalah Prof. Dr. Amriah Buang dari UKM yg membentangkan kertaskerjanya Pemberdayaan Pendidikan dan Politik Wanita Islam di Timur Tengah. Satu kajian beliau bagaimana wanita di negara-negara Arab seperti Arab Saudi di mana pendidikan wanita mereka ke hadapan (maju) namun di sudut politik penglibatan wanita masih kurang. Ini kelihatan sebagai satu paradox ( memperlihat satu keadaan atau suasana yang berlawanan.- a statement that contradicts itself)
Sesi terakhir adalah sesi dialog dan soal jawab yang dikendalikan Puan Kamar Ainiah seorang peguambela/peguamcara juga aktivis wanita. Antara yg ditimbulkan adalah tentang apa peranan kita bila melihat perlaksanaan CEDAW ini yg bercanggah dgn syariah , apa sikap kita terhadap golongan spt LGBTIQ dan perlunya kita mengetengahkan ‘working model’ yang boleh ditunjukkan dalam masyarakat bagaimana kita menaikkan martabat wanita dlm masyarakat.
Wacana diakhiri dengan ucapan ringkas penuh bermakna dari Prof. Madya Dr. Kamar Oniah, Pengerusi IMAN.
Menjadi harapan beliau agar usaha ini dapat diteruskan Antara inisiatif yang sedang dijayakan sekarang adalah penubuhan gabungan pertubuhan wanita yg akan memperjuangkan pemartabatan wanita Islam di Malaysia secara strategik. Penubuhan IMAANA dilihat sebagai satu wahana ke arah ini. Melalui usaha gabungan ini pelbagai cara boleh dilakukan utk menyatakan suara wanita dalam isu-isu yg membabitkan kepentingan wanita.

Thursday, January 5, 2012

Persistence

Persistence - there is no Giant steps that does it. Its a lot of Little steps.


Senyap lagi dari berblogging..bukan tak minat tapi kekangan masa menghentikan  segala.  Mungkin perlu lebih pandai membahagikan masa.  


Terlalu banyak yang berlaku sepanjang masa hibernasi dari blog ni.  Sekarang rasa terlalu banyak yang nak ditulis, tapi masih belum mampu untuk menulisnya dan terus istiqamah menulis.


From William Shakepears
Three sentences for getting success
a) Know more than others
b) Work more than others
c) Expect less than others





“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”
Saidina Ali r.a.