Thursday, January 12, 2012

Gugur sebelum waktunya...



Pakcik Mi  |  JANUARY 6, 2012 @ 6:43 PM

Asmwrbt,

Terpanggil utk kongsi sikit pengalaman. Pkcik ni dah berumur 50++. Ikut usrah sejak tahun 1980. Mungkin ramai yang membaca ini masih di alam roh lagi ketika itu. Hingga sekarang pun masih lagi ikut usrah dan memang lah, tidak semua usrah itu perfect. Ada kalanya, yg hadir 2-3 kerat, borak2, habiskan air dan makanan tuan rumah dan balik. Kalau ikut logik akal, memang buang masa tambahan pula kita ni sibuk dan banyak urusan.

Itu logik akal.

Kalau layan perasaan, memang kita rasa buang masa. Perasaan itu boleh dihanyutkan oleh nafsu dan syaitan. Tapi sebenarnya tidak begitu. Pada pakcik, dapat jumpa sahabat pun dah kira seribu rahmat. Usrah juga adalah kayu ukur kepada keikhlasan kita, utk mengabdikan diri kepada Allah. Itu intipatinya. Nak beri hidayah atau tarik balik hidayah, semua ketentuan Allah swt dan bergantung kepada keikhlasan kita.

Terus terang…. dalam masa lebih 30 tahun ikut jemaah ini, pakcik lihat dah ramai ikhwah/t kita yang kecundang. Terlalu ramai yang hilang lenyap begitu sahajasedangkan ada diantara mereka adalah dari barisan pimpinan yang mempunyai pengorbanan yang teramat banyak. Hafalan mereka….masyallah. Pembacaan buku mereka…mengkagumkan. Ilmu mereka…. yang bergelar ustaz pun payah nak lawan. Malah ada diantaranya boleh berbahasa Arab dengan cukup baik walaupun bukan dari latarbelakang agama. Buku yang mereka quote bukan buku bahasa Malaysia atau Inggeris tapi buku Arab. Komitment mereka… ada yang usrah 5-7 kali seminggu dan terpaksa travel berpuluh/ratus km dengan kereta buruk. Pengorbanan mereka……masa, harta, karier, keluarga dan wang ringgit….cukup banyak…..

Tapi sayang…. ramai diantara mereka sekarang sekadar menjadi Muslim biasa….. dan yang lebih menyedihkan… ada yang kecundang terus.

Kenapa ini berlaku kepada mereka?? Kenapa tidak berlaku kepada kita?? Atau belum berlaku kepada kita?? Semua jawapan ini ada pada Allah swt kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui semua perkara, terdahulu mahupun akan datang.

Pakcik nak kongsi 3 pengalaman:

Kesah 1:
Ada sahabat dari barisan pimpinan. Beliau berkata pada Pkcik (masa tu dalam masjid). “Kita ni orang sibuk. Mana ada masa nak buat kerja voluntary ni?” Pakcik tersentak dan terlintas dalam hati, “Sejak bila pula kerja dakwah ini kerja voluntary? Bukankah ini tanggungjawab?”.

Sejak dari itu, sahabat ini mula menjauhkan diri dari dakwah, usrah dan rakan2nya. Hidupnya leka dengan kesibukkan tugas hariannya. Ya… dia memang mendapat kedudukan dalam kariernya…. tapi dalam dakwah dia tidak ada lagi. Setakat hari ini, hanya menjadi manusia biasa. Dia adalah pimpinan dalam satu organisasi tapi nak buat usrah kat sana pun dia tak bagi.

Kesah 2:
Seorang akhwat diminta memegang jawatan masuliah. Dia menolak dengan alasan, “Ana dah bincang dgn suami dan kami decide biarlah dia seorang sahaja yang komitted pada dakwah. Ana kena tumpu pada anak2″. Akhirnya, dia dengan suaminya, kedua2 lenyap dari arus dakwah. Anak2 pun turut sama sekadar menjadi insan biasa.

Kesah 3:
Seorang ikhwah (juga pimpinan) yang baru mula berniaga. Dia pernah berkata pada pakcik, “Dakwah dan business ini susah nak campur aduk”….. dan ada lagi statement dia yang…….. susah nak cakap. Akhirnya, perniagaan entah kemana, Allah uji dia dengan sekretari yang manja “macam anak kucing” (istilah yang digunakan oleh ikhwah lain), rumah tangga hancur. Pakcik pernah jumpa dia tapi…. dia masih dijalan yang dia pilih.

Kesah yang pakcik nukilkan ini adalah kesah benar yang pakcik hadapi sendiri dan bukan cerita rekaan. Mungkin masih banyak lagi kesah yang hampir sama yang pernah berlaku pada sahabat2 kita. Doa pakcik, semoga mereka2 ini kembali semula ke jalan yang benar dan manis yang pernah mereka lalui. Ini bukan perkara yang mudah sebab ada beberapa orang diantara yang “missing in action” ini kurang senang bila kita ajukan persoalan usrah, dakwah dan tarbiyah, sedangkan dulu kami sahabat karib.

Pada pengamatan pakcik, PUNCA SEMUA INI ADALAH “KATA2 YANG LAHIR DARI ISI HATI SEBENAR”. Bila kita menyatakan kita tidak mahu, tidak suka dan susah dengan kerja dakwah ini, maka Allah swt akan tarik kita keluar. Oleh sebab ituKEIKHLASAN dalam usaha dakwah ini AMAT PENTING. Jika kita tidak sudi nak buat kerja yang Allah swt telah amanahkan, Allah pun tak sudi nak terima kita dan Allah swt tidak rugi apa2 pun.

Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata,
“Saya dah bosan la dengan usrah ini…”
“Buang masa aje pergi usrah, baik baca buku…” (tapi tak baca pun…)
“Pergi usrah pun bukan dapat apa2…”

dan juga alasan2 yang munasabah tapi tidak benar atau tepat bila kita tak mahu datang usrah.
“Ana kurang sehat….”, sedangkan masa itu sibuk layan TV atau internet.
“Ana ada tamu….”, sedangkan masa tu hanya jiran sebelah rumah datang sebentar.

Bila kita rasa malas, enggan, banyak alasan, tak mahu, tidak ikhlas, berkata kurang benar (berbohong)…… cepat2lah bertaubat kerana kita khuatir masa itu Allah boleh pusingkan hati kita hingga kita merasa seronok pula tidak ada usrah, tak ada kerja dakwah dan dilekakan dengan hidup di dunia ini.

Kalau setakat menjadi Muslim biasa, masih kekal dengan solat dan amalan ibadah yang lain, itu dah kira cukup baik. Akan tetapi, pakcik pernah jumpa sahabat (yang cukup hebat satu ketika dahulu) berkata, “Kita kat dunia ni kena rasa semua yang ada”. Dia seolah2 tidak merasakan apa-apa walaupun melakukan maksiat, malah macam rasa bangga pula.

Kita boleh mencipta berbagai alasan untuk tidak mahu datang usrah, tak mahu buat kerja dakwah dsbnya dan kadangkala alasan itu memang ada kesahihannya (valid). Akan tetapi, sepertimana yang Allah gambarkan dalam perang Tabuk, hanya mereka yang ikhlas sahaja (kesah Kaab bin Malik) yang Allah tidak balikkan hati mereka.

Bab hati ini, hanya tuan punya hati dan Allah sahaja yang tahu. Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata2 yang boleh menyebabkan Allah keluarkan kita dari jalanNya.

Pakcik ni pun takut dan berdoa saban masa agar tidak dipusingkan hati oleh Allah. Kalau Allah pusingkan hati, tidak ada satu makhluk atau apa2 pun yang boleh membantu kita. Kalau mereka yang hebat satu ketika dulu boleh jatuh, bagaimana dengan kita? Apa lebihnya kita dari mereka. Kurang mungkin ada.

Kita sebenarnya tidak tahu macam mana akhirnya hayat kita kat dunia ini. Apakah kita dapat menerima buku amalan ditangan kanan dan bukan ditangan kiri? Macam mana penilaian Allah terhadap amalan kita selama ini? Apakah kita telah membuat yang terbaik atau pura-pura baik? Apakah timbul dalam hati kita sifat ujubriak danmegah bila kita beramal ibadah atau diberikan kedudukan yang tinggi dalam jemaah dan karier? Apakah amalan kita ibarat rumput kering yang akan dimamah api? Apakah kita merasa hebat dan seronok dipuji oleh ikhwah kita sebagai orang yang komitted dalam dakwah? Dan tersinggung bila ada yang menegur?

Pakcik ini dah tua. Iman turun naik adalah mainan hidup selama ini. Alhamdulillah setakat ini masih dapat bertahan walaupun tidak sebaik mana. Masih terlalu banyak kekurangan. Penilaian dan harapan pakcik, semoga Allah redha dgn pakcik. Penilaian Allah tak tahu lagi. Kalau sebaliknya macam mana? Nauzubillah!! Oleh kerana itulah kita disuruh bertaubat setiap masa kerana kita tidak tahu macam mana penilaian Allah terhadap kita.

Pakcik ini dah tua. Pintu alam kubur semakin dekat, ibarat tombol pintu bilik aje. Buka sahaja pintu itu, kalau gelap….habislah…..kalau terang….alhamdulillah. Cukup dekat dan hampir. Dah ramai yang telah lalui…… macam mana keadaan mereka??? Dan apa sahaja kehidupan yang buruk atau baik disebalik pintu itu….akan kekal selama-lamanya. Tak boleh nak patah balik, walau sesaat. Inilah yang paling ditakuti.

Pohon maaf kerana menukilkan dengan panjang lebar. Semoga ianya memberi munafaat kepada yang membaca. Perjalanan kita masih jauh dan hanya Allah swt yang tahu penghujungnya.

Tolong doakan untuk pakcik agar diberikan Allah swt penghujung yang baik.

Waullahua’lam.


Komen pembaca :  "Khairul a'maal, adwaamuha wa inqalla"
                        Sebaik2 amal adalah yg sederhana tetapi berterusan

No comments:

Post a Comment