Wednesday, October 22, 2014

Cukuplah...

Sekiranya kita mengikuti ajaran Islam ini dengan sebenarnya, mengikut Al-Quran dan As Sunnah, pastinya kehidupan kita di dunia ini aman dan tenteram dan pastinya benar-benar menjadi 'syurga dunia'.

Andai kita ambil satu area saja - sekiranya tidak ada perasaan irihati yang membawa padah dihati manusia tentu hidup kita aman dan damaikan.  Jika kita tidak irihati dengan kekayaan yang dimiliki oleh saudara kita @ jika kita tidak irihati dengan rumah besar, kereta mewah, intan berlian, perniagaan jutaan pulangan yang dimiliki oleh sahabat kita@ jika kita tidak merasa marah dengan tolakan sipujaan hati hanya kerana kita miskin! Jika kita ada rasa irihati dan ianya sekadar di hati kita, alhamdulillah, kerana kita mampu "berjihad" dengan sifat mazmumah (sifat yang keji dan tercela) kita. Tetapi bagi yang terlalu terpedaya dengan tipu daya syaitan (syaitan gak yang salah!!), adakalanya kerana irihati tu kita melakukan sesuatu yang melanggar hukum Islam dan juga hukum kemanusiaan!


Kenapa kita ada rasa irihati dan marah?  Kerana kita tidak ada sifat Qanaah --> merasa cukup dengan apa yang ada sebagaiman yang dikurniakan oleh Allah tetapi kita tetapi ianya tidak menghalang kita untuk berusaha bagi menambah baikan keadakan kita. Sifat yang tidak membawa keburukan dan kemudaratan kepada orang lain. 

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi) 

Rasulullah saw bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Ini hanya satu dari ajaran Islam, bagaimana jika kita melaksanakan ajaran Islam sebagai Ad Deen (cara hidup) kita? Dapat di bayangkan tak apa yang akan terjadi? 

Monday, October 20, 2014

nikmatilah kesihatanmu...

sumber
Adakalanya terasa malas nak bangun awal, macam best saja kalau boleh tidur sampai tengahari! Tetambah kalau hari tu hari cuti. Dalam erti kata lain, minta-minta dapat rehat lama sikit disuatu pagi yang nyaman itew...

Suatu hari melalui kawasan yang nampak macam sebelumnya ada aktiviti berkebun dengan tanah yang masih ada dalam polisterin (betul ke eja in BM? -  polystyrene) dengan terpacaknya tiang-tiang kayu untuk pokok menjalar. Tapi masa tu telah ditinggalkan begitu saja. Apakah cerita disebalik pemandangan itu? Kemanakah manusia yang mengusahakan 'kebun' tu? Apakah dia terlalu sibuk kini ataupun dia kini dimamah usia! Usia yang tidak lagi membolehkannya bangun untuk berkebun lagi, tidak lagi membolehkannya untuk walaupun sekadar bangun dari tidur walaupun dia sangat ingin berbuat begitu! Di saat di mana dia ingin sangat untuk bangun pagi-pagi dan memulakan aktiviti pagi tapi tidak lagi mampu!

Diri ini tersentak - bermonolog sendiri  "Dimana disaat diri ini masih mampu untuk bangun pagi dan melaksanakan urusan rumahtangga dan tanggungjawab, bangunlah, jangan malas. Andai ditarik kembali nikmat itu darimu jangan menyesal! Hargailah dan nikmatilah nikmat kesihatan yang masih Allah kurniaankan padaMu."




(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (Yaa Siin,36:67)