Tuesday, November 27, 2012

Iri hati

"Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." ( AlBukhori dan Muslim)

Selain dari itu tak perlulah "menensionkan" diri dengan perasaan iri hati atas apa yang menjadi milik orang lain. Kenapa sesuatu itu tidak menjadi milik kita?  Mungkin milik orang lain itu memang terbaik untuk dia miliki, ujian untuknya.  Mungkin jika menjadi milik kita, ianya adalah perkara terburuk yang pernah kita miliki, ataupun terus kita jatuh kufur nikmat!  Bukanlah Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita? Jadi janganlah merosakkan diri dan hati dengan perasaan iri hati yang tidak dilandasi dengan syariat Islam.

No comments:

Post a Comment